SIRAJ Al-Alusi

SIRAJ Al-Alusi

Share

Laman facebook rasmi SIRAJ Al-Alusi. Laman sosial rasmi Sekolah Agama Rasmi Al-Alusi Kg.

Datuk Keramat yang dibuka pada 2014 ini merupakan satu platform baru buat ibu bapa mendapat maklumat semasa berkaitan perjalanan aktiviti sekolah. InsyaAllah sebarang aktiviti yang bakal dan sedang dilangsungkan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Photos from Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI's post 10/06/2026
Photos from Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan's post 10/06/2026
Photos from SIRAJ Al-Alusi's post 07/06/2026

Warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada Qaireen Humaira binti Adi Saufi yang telah berangkat ke Johor bagi mewakili pasukan MSSWPKL ke Kejohanan Tennis MSSM 2026

Turut mengiringi beliau ialah Sir Mohamad Zull Helmiezan bin Buang yang telah diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Pasukan Tenis MSSWPKL sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga Qaireen diberikan kesihatan yang baik, semangat juang yang tinggi dan dapat mempamerkan aksi terbaik sepanjang kejohanan. Penyertaan di peringkat kebangsaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah.

Seluruh warga sekolah mendoakan yang terbaik buat Qaireen dan pasukan MSSWPKL. Semoga p**ang dengan kejayaan yang membanggakan! 💪🎾





26/05/2026

Alhamdulillah, tahniah, Ahmad Tariq🥳

Terus maju jaya✨

PERTANDINGAN KUIZ (KATEGORI AHLI BSMM MUDA)

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang Pertandingan Kuiz (Kategori Ahli BSMM Muda) sempena Hari Palang Merah & Bulan Sabit Merah Sedunia 2026.

Memandangkan senarai merangkumi 898 orang pemenang, senarai penuh pemenang boleh diperolehi dari google drive pertandingan: https://bit.ly/InfoPertandinganWRCD2026
ataupun akses terus di: https://drive.google.com/file/d/1AbhUTfWZDlsEJYXV-0pUQhqTnc48Josk/view?usp=drive_link

E-sijil akan dihantar secara berperingkat selepas ini. Sila pastikan inbox anda tidak penuh.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang!!

Nota: Nama disusun mengikut A-Z untuk memudahkan anda mencari nama anak/murid anda.



Photos from SIRAJ Al-Alusi's post 23/05/2026

22.5.2026 | SAMBUTAN HARI GURU SIRAJ AL ALUSI 2026

Sekalung penghargaan terima kasih kepada ibu ayah yang bersusah payah memberi guru-guru hadiah.

Kadang guru penat mengajar, tapi penat hilang bila mengenangkan murid itu pengharapan (أَمَلاً) kita.

"Tanpa murid siapalah kita?"

Guru tidak mengharapkan apa-apa hadiah, tapi yang penting ilmu yang disampaikan berkat dan murid yang sentiasa beradab sepanjang hayat.

"SELAMAT HARI GURU"

Guru bitara, nadi negara.

Photos from SIRAJ Al-Alusi's post 17/05/2026

16.5.2026 | PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA SIRAJ AL ALUSI 2026

Semalam telah berlangsung program gotong royong perdana bagi semua ibu bapa dan murid tahap 2 SIRAJ Al Alusi. Program ini dapat membantu murid tahap 2 untuk bersama-sama dalam aktiviti kemasyarakatan dengan komuniti sekolah.

Malah, aktiviti ini membantu markah murid dalam PAJSK. Penglibatan murid-murid bersama ibu ayah dapat banyak memberikan manfaat yang baik.

Terima kasih banyak kepada ibu ayah yang membantu dalam menjayakan program ini dengan sumbangan makanan potluck dalam program ini.

Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada DBKL dan PIBG dalam menyumbangkan peralatan gotong royong, makanan dan roro kepada pihak sekolah.

Semoga semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung diberkati dan dirahmati Allah.

Photos from SIRAJ Al-Alusi's post 11/05/2026

📌 MESYUARAT PIBG INDUK SESI 2026/2027

Bersama Melakar Halatuju Kejayaan Anak-anak Alusi

Mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Induk PIBG secara bersemuka bagi sesi 2026/2027 telah berlangsung seperti butiran berikut:

📍 Lokasi: Bilik Mesyuarat SIRAJ Al-Alusi
📅 Tarikh: Sabtu, 9 Mei 2026
⏰ Masa: 8.30 pagi

Antara agenda utama perbincangan:

✅ Pelaksanaan Rakaman Video Pendidikan berkenaan Keselamatan Trafik Di Hadapan Sekolah
✅ Pembentangan perancangan awal aktiviti dan program sekolah & PIBG
✅ Perbincangan halatuju dan fokus strategik transformasi PIBG

Semoga mesyuarat ini menjadi pencetus kepada kerjasama erat antara ahli baharu, seterusnya memacu pencapaian holistik anak-anak dalam aspek akademik, sahsiah dan rohani.

"Bersama Mendidik, Membina Masa Depan"

Photos from SIRAJ Al-Alusi's post 09/05/2026

9.5.2026 | MAJLIS PERSARAAN MANTAN GURU BESAR, Ustaz Mohamad Nor Bin Hasan.

Sebuah perjalanan telah berakhir…namun legasi akan terus kekal selamanya.

Terima kasih ustaz atas segala pengorbanan, kepimpinan dan jasa yang tidak ternilai.

Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kelab sarana setiap kelas yang telah menyumbang cenderahati kepada ustaz Mohamad Nor Bin Hasan.

Semoga setiap amal menjadi saham akhirat yang berpanjangan dan semoga kehidupan selepas ini dipenuhi ketenangan, kebahagiaan serta rahmat daripada-Nya.

SELAMAT BERSARA, USTAZ✨

09/05/2026

Kembara Ilmu KRS 2.0 - HO CHI MINH

Photos from SIRAJ Al-Alusi's post 09/05/2026

27-30 APRIL 2026 | ISNIN HINGGA KHAMIS | KEJOHANAN TENNIS MSSWPKL 2026

Pada 27-30 April 2026 telah berlangsung kejohanan tennis MSSWPKL yang diadakan di Gelanggang Tennis Kompleks Sukan Taman Tasik Titiwangsa.

Nur Qaireen Humaira binti Adi Saufi yang mewakili Siraj Al Alusi bagi kategori perseorangan perempuan bawah 12 tahun telah berjaya mengharumkan nama sekolah apabila berjaya merangkul tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut, lebih manis apabila kejayaan tersebut hadir selepas 4 tahun mencuba nasib di pentas MSSWPKL, Team Tennis Alusi diuruskan oleh Sir Mohamad Zull Helmiezan bin Buang. Qaireen juga telah terpilih untuk mewakili pasukan tennis MSS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala Sir Mohamad Zull Helmiezan p**a telah dilantik sebagai pegawai teknikal pasukan tennis MSS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke kejohanan Tennis MSSM yang akan diadakan di Johor pada 6-13 Jun 2026. Tahniah diucapkan, semoga dengan kejayaan ini dapat membakar semangat pelajar pelajar lain untuk lebih maju dan lebih hebat di masa akan datang dan semoga Qaireen peroleh kejayaan di kejohanan MSSM nanti.


Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Kampung Datuk Keramat
Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 05:30
Thursday 07:30 - 05:30
Friday 07:30 - 17:30