29/05/2026
Hari Tasyrik merujuk kepada tiga hari berturut-turut selepas Hari Raya Aidiladha, iaitu pada 11, 12, dan 13 bulan Zulhijjah. Tempoh ini adalah waktu umat Islam dilarang (haram) berpuasa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam bergembira menikmati juadah, selain digalakkan memperbanyakkan zikir.
26/05/2026
Amalan sunnah pada 10 hari pertama Zulhijjah
Melakukan Ibadah Korban
Ibadah paling afdal untuk dilaksanakan pada hari Raya Aidiladha adalah dengan menumpahkan darah korban. Ia akan datang pada hari akhirat seperti mana ia di dunia tanpa terdapat kekurangan padanya. Dan ia juga akan menjadi tunggangan orang yang berkorban itu ketika melintasi titian sirat.
Diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ
Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).
Riwayat al-Tirmizi (1493)
26/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 / 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 ✨🌙
26/05/2026
Amalan sunnah pada 10 hari pertama Zulhijjah
3. Bersedekah
Sedekah dalam bentuk wang, makanan, atau barang keperluan, semuanya sangat dianjurkan.
Daripada Muaz bin Jabal RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.
Sahih, Riwayat Al-Tirmizi, 614
25/05/2026
Amalan sunnah pada 10 hari pertama Zulhijjah
2. Zikir: Takbir, Tahmid, Tahlil
Mulakan hari dengan zikir seperti “Allahu Akbar”, “Alhamdulillah”, “La ilaha illallah”.
Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إلِيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ أَيَّامِ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ أَوْ قَالَ : هَذِه الْأيَّامِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّسْبِيح وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ وَالتَّهْلِيلِ
Tiada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini. Maka, perbanyakanlah tahlil,takbir, dan tahmid pada-Nya.
Riwayat Imam Ahmad (6154)
25/05/2026
DOA PADA HARI ARAFAH
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan, sebaik- baik yang kuucapkan, begitu p**a diucapkan oleh para Nabi sebelumku adalah ucapan
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Tidak ada yang berhak disembah selain Allah, yang satu sahaja tidak ada sekutu bagi-Nya milik-Nya kekuasaan-Nya dan milik-Nya segala pujian dan Dia maha mampu atas segala sesuatu"
(HR At-Tirmizi)
25/05/2026
𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐇
Dari Abu Qatadah RA,bahawa Rasulullah SAW bersabda;
Apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)
Niat Puasa Hari Arafah;
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”
Marilah kita rebut peluang keemasan ini dengan menunaikan puasa sunat Hari Arafah, khususnya bagi yang tidak menunaikan haji. Ia adalah satu amalan yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah SWT
22/05/2026
Amalan sunnah pada 10 hari pertama Zulhijjah
1) Puasa Sunat (1 hingga 9 Zulhijjah): Disunatkan berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah, dengan keutamaan paling tinggi diberikan pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) di mana ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
16/05/2026
SELAMAT HARI GURU 2026
Terima kasih cikgu 🥰
Kerana di sebalik kejayaan seorang murid, pasti ada seorang guru yang tidak pernah berhenti percaya.
10/05/2026
KEJOHANAN SUKAN BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI SETIAWANGSA 2026 🏆
Ayuh bersama-sama kita meriahkan Kejohanan Sukan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Setiawangsa 2026 yang menghimpunkan adik-adik PASTI dari seluruh kawasan Setiawangsa dalam semangat kesukanan, ukhuwah dan disiplin. 💪🏻✨
📅 17 Mei 2026, Ahad
🕙 7.30 Pagi - 1.00 Petang
📍 Sportizza Setapak