SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN

Share

Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Cheras, Selangor. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 3 Januari 1989.

Photos from SMK PERIMBUN's post 11/06/2026

🌟 Semangat Juara Membara!🌟

Syabas diucapkan kepada murid SMK Perimbun, Siah Kang Wei yang telah mewakili daerah dalam Pertandingan Pidato Karnival Bahasa Cina Peringkat Negeri Selangor bagi kategori Menengah Atas pada 11 Jun 2026 di Fairy Park Heritage City, Shah Alam.

Tahniah juga kerana berjaya memperoleh Anugerah Kepujian dalam pertandingan tersebut. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha dan mengharumkan nama sekolah. ✨

07/06/2026

Selamat kembali ke sekolah! 📚✨

Semoga hari pertama persekolahan selepas cuti pertengahan tahun ini membawa semangat baharu, minda yang segar dan azam untuk terus berjaya.

Mari mulakan langkah dengan senyuman dan semangat positif. Jumpa esok warga sekolah ❤️

Photos from SMK PERIMBUN's post 19/05/2026

PERTANDINGAN PIDATO BAHASA CINA PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2026

Tarikh: 19/5/26
Hari: Selasa
Tempat: SMK ENGKU HUSAIN,SEMENYIH

Tahniah dan syabas kepada Siah Kang Wei dari kelas 5 Alfa atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan Pidato BC Peringkat Daerah Hulu Langat 2026! 🏆✨

Kejayaan ini sekali gus mencipta rekod baharu dalam sejarah SMK Perimbun.
Terima kasih juga kepada Cikgu Alex atas bimbingan dan komitmen sehingga membawa kejayaan gemilang ini.

Photos from SMK PERIMBUN's post 12/05/2026

⚽ Call Up Pasukan Rimbun City ⚽

Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang terpilih untuk menyertai Latihan MSSD U18 dan U15 Pasukan Rimbun City.

Semoga semua pemain dapat memberikan komitmen terbaik, menunjukkan disiplin yang tinggi serta terus membakar semangat juara dalam setiap sesi latihan.



Photos from SMK PERIMBUN's post 12/05/2026

✨ Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2026 ✨

Pada 9 Mei 2026, telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2026 bertempat di Dataran Muhibbah, SMK Perimbun dari 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari, melibatkan seramai 168 orang murid.

Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk memupuk semangat kepimpinan, kerjasama, disiplin serta keyakinan diri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin unit kokurikulum.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid serta guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya pada masa akan datang. 🌟



08/05/2026

Esok kita jumpa di Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2026! 🔥

📅 9 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi – 1.00 petang
📍 Dataran Muhibbah

Semoga program berjalan lancar dan semua peserta dapat menimba ilmu serta pengalaman baru!

05/05/2026

⚽ Keputusan Perlawanan Rimbun Football League 2026 ⚽

Tahniah kepada semua pasukan yang telah memberikan aksi terbaik dalam perlawanan kali ini.



03/05/2026

⚽ Jadual Perlawanan Rimbun Football League 2026 ⚽

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi Round 6 yang akan berlangsung di Arena Juara.

Semoga semua pemain dapat menunjukkan prestasi terbaik serta mengamalkan semangat kesukanan sepanjang perlawanan.



Photos from SMK PERIMBUN's post 28/04/2026

🏆 MAJLIS GENGGAM IMPIAN STPM SEMESTER 1, 2026

Tarikh : 27 APRIL 2026 (ISNIN)
Masa : 7.30 - 08.00 PAGI
Tempat : Dataran Muhibah

Kejayaan yang membanggakan, hasil usaha yang gemilang! 🎉

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anak-anak STPM atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Semester 1. Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang tidak pernah luntur sepanjang tempoh pembelajaran.

Teruskan kecemerlangan demi masa depan yang gemilang!







Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


KM-16, Jalan CHERAS
Kuala Lumpur
43200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00