12/06/2026
π BAKAT MURID TERUS GEMILANG DI KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA 2026 π
12 Jun 2026 | TAR, UMT
SMK Raja Abdullah sekali lagi melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok terbaik di Karnival Semarak Perpaduan Bahasa 2026, sekali gus membuktikan bahawa bakat, kreativiti dan kecemerlangan murid RAKL terus bersinar di pentas yang berprestij.
Dengan penuh rasa syukur dan bangga, dimaklumkan bahawa murid-murid SMK Raja Abdullah telah mencatat pencapaian yang amat memberangsangkan sepanjang karnival ini berlangsung.
π Koakademik Bahasa Melayu
Gema Warisan Pantun
Tempat Kelima
Barisan peserta yang telah mengharumkan nama sekolah ialah:
Iffah Qistina binti Saleh (3 Amal)
Puteri Arissa binti Aefae (3 Bijaksana)
Siti Hafizah Hani binti Muhaad Hakim Rizal(3 Bijaksana)
Samrotun Nafsiyah binti Azmuni (3 Amal)
Nur Jannah binti Muhammad Rifaee Adib Asyraf (3 Amanah)
π Koakademik Bahasa Inggeris
Poetry Recitation
Tempat Keempat
Peserta yang telah mempamerkan persembahan cemerlang ialah:
Quek Zhi Hao (1 Amal)
Dhia Amani binti Awzair (2 Amanah)
π PENCAPAIAN ISTIMEWA π
Lebih membanggakan, SMK Raja Abdullah turut dinobatkan sebagai TOP 5 TERBAIK KESELURUHAN dalam Karnival Semarak Perpaduan Bahasa 2026, suatu pengiktirafan yang mencerminkan komitmen, kesungguhan dan kecemerlangan warga sekolah dalam memartabatkan bahasa serta memperkasa potensi murid.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha bersepadu antara murid, guru pembimbing, guru pengiring, panitia, ibu bapa serta barisan pentadbir yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam memastikan kemenjadian murid terus berada pada tahap yang membanggakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, idea dan komitmen sepanjang karnival ini berlangsung. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin semangat untuk kita terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.
Insya-Allah, usaha murni ini akan terus diperkasakan, digandakan dan dimantapkan demi melahirkan generasi murid SMK Raja Abdullah yang berilmu, berdaya saing dan mampu mengharumkan nama sekolah di persada yang lebih tinggi.
β€οΈπ€π
RAKL SENTIASA MARA UNGGUL
"Kemenjadian Murid, Keutamaan Kami"
24/05/2026
SELAMAT BERCUTI WARGA SMKRAKL
Selamat bercuti kepada semua guru dan murid-murid. Semoga cuti ini memberi kedamaian, menjadi detik merawat lelah, mengisi semula jiwa dan menghargai keluarga yang sentiasa menjadi kekuatan.
Rehatlah dengan tenang, tetapi jangan pernah alpa ilmu tetap perlu digilap, tugasan disempurnakan dan keselamatan diri dijaga. Pulanglah nanti dengan hati yang lebih kental, semangat yang lebih menyala dan tekad yang tidak mudah goyah untuk terus berjaya.
Buat murid RAKL gunalah di kesempatan cuti ini untuk mengulang kaji pelajaran, siapkan latihan yang dibekalakan dan jaga keselamatan diri. Murid tingkatan 5 jangan lupa kamu ada tugas berat untuk disemputnakan pada tahun ini. Tahun ini Tahun kita. Ayuh RAKL BANGKIT.
Ikhlas daripada
Zainudin bin Zakaria
Pengetua
RAKL
23/05/2026
π *SELAMAT HARI GURU & TAHNIAH CIKGU!*π
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang berlangsung dengan penuh meriah pada hari ini.
Terima kasih kepada semua jawatankuasa, murid-murid, dan seluruh warga sekolah yang menjayakan majlis ini.
π Butiran Majlis:
π
Tarikh: 22 Mei 2026 / Jumaat
ποΈ Tempat: Dewan Sri Murni
β° Masa: 11.00 pagi - 12.30 tengah hari
2.10 petang - 3.40 petang
Kemuncak majlis hari ini menyaksikan penyampaian Anugerah Guru dan Pakaian Terbaik. Syabas diucapkan kepada para pemenang:
β‘ Energy Unlimited:
Cikgu Muhammad Iqbal bin Ibrahim
Cikgu Nabila binti Hassan
β€οΈ Favourite Murid:
Cikgu Muhammad Nur Aiman bin Junaidi
Siti Nur Adiba binti Jushim
π₯ Aura Paling Powerful:
Cikgu Mohd Zaki bin Zakaria
Cikgu Syamir Arif binAhmad Yusof
π Tegas Tapi Cool:
Cikgu Emilia binti Mahmud
Cikgu Ahmad Taqiyuddin bin Ahmad Yusuf
π₯° Inspirasi Penyayang:
Cikgu Sharulniza binti Md Noor
Cikgu Nur Sofiah binti Mohd Subki
πΊ Pakaian Terbaik (Lelaki):
En. Zainuddin bin Zakaria
En. Syamir Arif bin Saiful Anuar
π Pakaian Terbaik (Perempuan):
Cikgu Nurnaim binti Yahya
Cikgu Nur Sofiah binti Mohd Subki
Terima kasih Cikgu atas segala jasa, pengorbanan, dan kasih sayang dalam mendidik kami. Anda semua adalah inspirasi kami! π©βπ«π¨βπ«β¨
------------------------------
19/05/2026
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SMK RAJA ABDULLAH TAHUN 2026
Pada hari Isnin (18/5/2026) telah berlangsung Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SMK Raja Abdullah Tahun 2026 dengan penuh gilang-gemilang dan semangat kepimpinan dalam kalangan para pengawas sekolah.
π : 18 Mei 2026 ( Isnin )
β° : Sesi Pagi & Petang
π : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah
Seramai 119 orang pengawas sekolah yang terdiri daripada 64 orang pengawas sesi pagi dan 55 orang pengawas sesi petang telah menerima watikah pelantikan sebagai tanda amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak sekolah.
Majlis bagi sesi pagi telah disempurnakan oleh En. Ahmad Bin Nawawi, Penolong Pengarah Sahsiah, Unit HEM, JPWPKL selaku perasmi jemputan.
Majlis ini diadakan bagi menghargai komitmen para pengawas serta menyuntik semangat kepimpinan, disiplin dan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah sebagai barisan pemimpin murid sekolah.
Semoga semua pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, berdisiplin, berwibawa serta menjadi contoh teladan kepada seluruh warga sekolah.
Syabas dan tahniah kepada semua pengawas yang telah dilantik! πͺβ¨
19/05/2026
Intervensi Peningkatan Kehadiran Tahun 2026
(Penyampaian Anugerah Jaguh Kehadiran Bulanan - Bulan Mac & April)
Tarikh : 18 Mei 2026 (Isnin)
Masa : 7.30pg (Sesi Pg) & 2.10ptg (Sesi Ptg)
Tempat : Dewan Sri Murni
JAGUH BULAN MAC
1 AMANAH
2 AMANAH
3 CERDAS
4 BETA
5 PERINTIS 2
JAGUH BULAN APRIL
1 AMANAH
2 AMAL
3 AMAL
4 BETA
5 ALFA
15/05/2026
KESELAMATAN DALAM LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DITITIKBERATKAN
Pada 15 Mei 2026, telah berlangsung Latihan Pengungsian Kebakaran Asrama Putera SMK Raja Abdullah (ASPURA RAKL) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi meningkatkan kesiapsiagaan warga asrama menghadapi situasi kecemasan.
Latihan ini memberi pendedahan kepada penghuni asrama mengenai tatacara menyelamatkan diri, tindakan semasa kecemasan serta prosedur pengungsian yang selamat dan sistematik. Para pelajar turut diberikan penerangan berkaitan langkah keselamatan dan tindakan awal sekiranya berlaku kebakaran.
Turut hadir menyantuni warga ASPURA RAKL ialah Pengetua SMK Raja Abdullah, Encik Zainudin bin Zakaria serta Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zulkifli bin Alang Mahat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak bomba, guru-guru, warden dan semua penghuni ASPURA atas kerjasama yang diberikan sepanjang latihan dijalankan.
βSedia, Pantas dan Selamat β Keselamatan Tanggungjawab Bersama.β π₯π
15/05/2026
KUNJUNG BANTU UNIT SAINS DAN MATEMATIK JPWPKL
Kuala Lumpur, 14 Mei 2026 β Unit Sains dan Matematik JPWPKL telah mengadakan kunjung bantu ke SMK Raja Abdullah melibatkan pegawai JPWPKL dan barisan guru bidang Sains dan Matematik sekolah.
Perbincangan tertumpu kepada faktor penurunan Gred Purata SPM 2025 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Ketua-ketua panitia turut membentangkan keputusan PASA Tingkatan 4 2025, sasaran ETR SPM 2026 serta program intervensi yang dirancang bagi meningkatkan kecemerlangan akademik.
Selain itu, pihak JPWPKL turut berkongsi cadangan dan amalan terbaik daripada sekolah-sekolah Zon Sentul yang berjaya meningkatkan peratus kelulusan. Perbincangan juga menyentuh tentang pakej STEM yang ditawarkan di SMK Raja Abdullah serta usaha meningkatkan enrolmen murid STEM pada masa akan datang.
Pihak sekolah merakamkan penghargaan atas bimbingan dan cadangan yang diberikan demi memperkukuh kecemerlangan bidang Sains dan Matematik pada tahun 2026.
13/05/2026
KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM PERINGKAT SMK RAJA ABDULLAH TAHUN 2026
Hari ini telah berlangsung Kursus Kepimpinan Kokurikulum Peringkat SMK Raja Abdullah Tahun 2026 dengan penuh semangat dan penglibatan aktif daripada para peserta.
π : 13 Mei 2026 ( Rabu )
β° : 11.00 pagi
π: Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah
Seramai 140 orang murid, terdiri daripada Ahli Jawatankuasa tertinggi dalam Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan serta Rumah Sukan, melibatkan murid sesi pagi dan petang, telah bersama-sama menjayakan kursus ini.
Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti _Ice Breaking (Saham Diri), Tali Konflik, Kerja Berpasukan_ dan _Analisis S.W.O.T_, yang bukan sahaja mencabar minda tetapi juga menguji keupayaan mereka untuk bekerjasama dan berfikir secara kritis.
Melalui kursus ini, murid berpeluang membina dan memperkukuh kemahiran kepimpinan, khususnya dalam aspek komunikasi berkesan, penyelesaian masalah, membuat keputusan serta semangat kerja berpasukanβselaras dengan peranan mereka sebagai pemimpin kokurikulum di sekolah.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memimpin dengan lebih yakin, berwibawa dan berintegriti pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat! πͺβ¨