Program Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam - SGPI

Program Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam - SGPI

Share

Halaman Facebook rasmi Program Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Sains/Teknologi Maklumat, APIUM Bioteknologi
2. Sains Biokesihatan
3.

Sarjana Muda Pengajian Islam & Sains (SMPIS) dan Sarjana Muda Pengajian Islam & Teknologi Maklumat (SMPITM) -- dahulunya dikenali sebagai Sains Gunaan dengan Pengajian Islam (SGPI) atau 'Applied Sciences with Islamic Studies' (ASIS) -- merupakan sebuah program bersifat kerjasama antara Akademi Pengajian Islam UM (sebagai pentadbir dan menawarkan kursus-kursus major Pengajian Islam), Fakulti Sains

Photos from Program Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam - SGPI's post 09/06/2026

🌙⊱⊷ MALAM APRESIASI DAN QIYADAH (MASS-Q) 2025/2026 ⊶⊰🌙

Assalamualaikum dan salam agamawan saintis!

╭─── ˗ˏˋ ༻❁༺ ˎˊ˗ ───╮

Pada malam yang mekar dengan kenangan dan kejayaan,

Kita bertemu untuk menghargai usaha dan meraikan perjalanan,

Dan menjadikan setiap detik sebagai legasi yang terpahat di ingatan,

Dalam sebuah malam yang menyatukan kebanggaan, ukhuwah dan penghargaan.

╰─── ˗ˏˋ ༻❁༺ ˎˊ˗ ───╯

✨ Tema: Guardian Luxury Night
📅 Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
🕠 Masa: 5.30 Petang - 11.00 malam
📍 Tempat: Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu

💫 Bersama-sama kita raikan sebuah malam penuh penghargaan, kemeriahan dan kenangan bermakna. Hadirlah untuk mengabadikan detik istimewa yang akan menjadi sebahagian daripada legasi kita bersama.




Photos from Program Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam - SGPI's post 07/06/2026

🎉 [SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PESERTA KISBUM MEWAKILI LAJNAH SGPI] 🎉

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kesemua peserta Festival Kesenian Islam dan Budaya Malaysia 4.0 (KISBUM) yang telah mewakili Lajnah SGPI, terutamanya kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat tempat:

🏆 Muhammad Adam Azis bin Azam (Johan Hafazan al-Quran (L))
🏆 Muhammad Fadhil Adam bin Rahadi (Johan Public Speaking)
🏆 Asyrafuddin Arif bin Amaluddin Arip (Naib Johan Kuiz Seni Budaya)
🏆 Muhammad Adam Afiq Zainorin (Naib Johan Senandika Islam)
🏆 Dayang Nurfadylla binti Fadly Farid (Naib Johan Lantunan Puisi Jejak Rasul)

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SGPI untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran insaniah. Semoga lebih banyak kejayaan dapat diraih pada masa hadapan! 🌟💪



Photos from Program Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam - SGPI's post 07/06/2026

🎉 [TAHNIAH SAUDARA ADAM AFIQ & SAUDARA NAJMI!] 🎉

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Adam Afiq Zainorin , pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains pengkhususan Biologi, kohort 21 dan Muhammad Najmi Bin Ahmad Hafiz , pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains pengkhususan Kimia Gunaan, kohort 23, atas kejayaan mendapat Tempat Kedua Busana Terbaik dalam Sayembara Pantun Piala Mestika Embun (MESTIKA) 2026 pada 15-17 Mei 2026.

Tahniah juga buat Muhammad Adam Afiq Zainorin , pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains pengkhususan Biologi, kohort 21 atas kejayaan mendapat sagu hati pertandingan Pantun Semerah Saga VI, Temasya Pantun Kerabat Bestari (Tepak Bestari) 2026 pada 10-29 April 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SGPI untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran insaniah. Semoga lebih banyak kejayaan dapat diraih pada masa hadapan! 🌟💪



Photos from Program Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam - SGPI's post 07/06/2026

🏆 [UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA MAHASISWA SGPI YANG MENDAPAT TEMPAT DALAM FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA (FESENI)] 🏆

Lajnah Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam mengucapkan tahniah kepada:

🏆 NURUL WASILAH BINTI NORDIN (Pertandingan Dikir Barat)

🏆 MUHAMMAD AZIQ FITRI BIN MOHD ZAILA (Pertandingan Kompang Selawat)

Syabas dan Tahniah kami ucapkan di atas kejayaan ketika menyertai Festival Seni Universiti Malaya (FESENI) 2026. Tahniah juga buat kesemua warga SGPI yang turut menyertai FESENI 2026. Kekalkan momentum dan kecemerlangan kalian. ✨



Photos from Program Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam - SGPI's post 07/06/2026

🏆 [RANGKUMAN INDEPS 4.0 LAJNAH SGPI] 🏆

Assalamualaikum dan salam agamawan saintis! ✨

Alhamdulillah pada 11-12 & 18-19 April 2026, telah berlangsungnya Inter Department Sports anjuran Exco Sukan dan Perpaduan PMAPIUM dan Lajnah SGPI telah menyertai beberapa acara sukan sepanjang program tersebut.

Syabas kepada kesemua ahli Lajnah, lebih-lebih lagi Majlis Eksekutif Sukan dan Perpaduan kerana telah mengatur atlet-atlet SGPI serta memberikan pelbagai keperluan kepada atlet-atlet. 🤩🙌🏻

Tahniah dan terima kasih kepada kesemua atlet SGPI yang telah menyertai acara-acara sukan. Menang atau kalah itu adat permainan, yang penting semangat kesukanan dan kerjasama antara pasukan itulah yang amat berharga. Kalian telah membanggakan Lajnah SGPI. Teruskan kecemerlangan anda semua. ✨




05/06/2026

Week 12: Jangan Berputus Asa daripada Rahmat Allah 🤍

📖 Ayat al-Quran

Allah SWT berfirman:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu serta berserah diri kepada-Nya sebelum datang azab kepada kamu, kemudian kamu tidak akan diberikan pertolongan.”
(Surah Az-Zumar, 39:53–54)

✨ Ayat ini mengingatkan kita bahawa pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa belum sampai ke kerongkong.

⭐️ 1. Jangan berputus asa daripada rahmat Allah
Sebesar mana pun dosa yang dilakukan, rahmat dan keampunan Allah sentiasa luas.

⭐️ 2. Sentiasa kembali kepada Allah
Setiap kesilapan adalah peluang untuk memperbaiki diri melalui taubat yang ikhlas.

⭐️ 3. Yakin dengan sifat Maha Pengampun Allah
Allah SWT sentiasa menerima hamba-Nya yang ingin berubah ke arah kebaikan.

⭐️ 4. Jangan menangguhkan taubat
Kita tidak mengetahui bila ajal akan tiba, maka segeralah kembali kepada Allah.

⭐️ 5. Membina harapan dan kekuatan diri
Ayat ini memberi semangat untuk terus bangkit walaupun pernah melakukan kesalahan.

Marilah kita sentiasa mengharapkan rahmat Allah SWT, memperbanyakkan istighfar dan tidak berputus asa dalam mencari reda-Nya. 🌸

Segalanya Lillahi Ta'ala.

📌 Rujukan:
Surah Az-Zumar ayat 53–54, Tafsir al-Muyassar




30/05/2026

WEEK 11: Kepentingan Sabar Dalam Agama

Rasulullah SAW bersabda:

يَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيْهِم عَلَى دِيْنِهِ كَالقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ

"Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya."
(Riwayat Muslim)

📖 Ibrah Hadis:

📚 Ujian Akhir Zaman itu Nyata: Cabaran menjaga agama (sama ada daripada godaan gaya hidup bebas mahupun kecelaruan pemikiran) akan sentiasa meningkat.

📚 Mahalnya Nilai Istiqamah: Mempertahankan prinsip Islam memang menyakitkan dan memerlukan pengorbanan yang besar, seumpama pedihnya menggenggam bara api.

📚 Pentingnya Benteng Ilmu: Pelajar perlukan kefahaman agama yang kukuh sebagai pelindung diri agar tidak mudah goyah atau keliru dengan trend semasa.

📚 Keperluan Sahabat yang Baik: Sukar untuk bertahan sendirian, mahasiswa perlukan persekitaran dan rakan-rakan yang soleh untuk saling menguatkan.

Kesimp**an:
Hadis ini adalah suntikan motivasi, bukan alasan untuk berputus asa. Walaupun menjaga batas syariat dan integriti diri di luar, adakalanya terasa berat dan dipandang asing, ketahuilah bahawa kesabaran bertahan demi agama menjanjikan ganjaran yang amat besar di sisi Allah SWT.

📌 Rujukan:
✅ Laman Web Pejabat M***i Wilayah Persekutuan - Irsyad Al-Hadith Siri Ke-144: Kepentingan Sabar Dalam Agama




27/05/2026

🐄 [SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H] 🐄

Assalamualaikum dan salam agamawan saintis! 🤩🙌🏻

Aidiladha merupakan hari yang penuh dengan pengorbanan, keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Hari yang mengingatkan kita akan kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang menunjukkan ketaatan dan keikhlasan yang tulus kepada perintah Allah. ✨

Kami daripada Lajnah Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga SGPI. 🫱🏻‍🫲🏻

Marilah sama-sama kita berusaha menjadi hamba yang penuh dengan keikhlasan dan sedia berkorban dalam mentaati perintah-Nya. 🤍



25/05/2026

👨🏻‍🎓 POSTER JEJAK ALUMNI 👩🏻‍🎓

Poster "Jejak Alumni" kini kembali! Pastinya anda semua tidak sabar untuk mengikuti kisah-kisah inspirasi yang cukup hebat daripada alumni SGPI, kan? 🤩

Jangan risau, Lajnah SGPI di bawah Majlis Eksekutif Kebajikan dan Perhubungan Luar telah menyediakan poster "Jejak Alumni" yang memaparkan kejayaan alumni daripada Kohort 13 iaitu Saudari Nabilah Binti Rumainor ✨

💌 "The world won't always be gentle, so build resilience. University is one of the places that shapes it."
—Saudari Nabilah Binti Rumainor

Semoga poster ini dapat menjadi sumber inspirasi untuk semua pelajar SGPI agar terus bersemangat meneruskan perjuangan ilmu 🔥💪🏻




22/05/2026

Week 10: Tabayyun dalam Menerima Sesuatu Berita 📰✨

📖 Ayat al-Quran
Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا
أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (tabayyun) kebenarannya,
agar kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini kerana kejahilan, lalu kamu menyesal atas perbuatan itu.”
(Surah al-Hujurat, 49:6)

✨ Tabayyun bermaksud menyelidik dan memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

⭐️ 1. Mengelakkan penyebaran berita palsu
Tabayyun membantu memastikan hanya maklumat yang sahih disebarkan.

⭐️ 2. Menghindari penyesalan
Menyemak fakta terlebih dahulu mengelakkan tindakan terburu-buru yang boleh membawa penyesalan.

⭐️ 3. Menjaga keharmonian masyarakat
Berita yang tidak sahih boleh menimbulkan fitnah dan perpecahan.

⭐️ 4. Melatih sikap berhati-hati dan bertanggungjawab
Seorang Muslim perlu teliti dan tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu berita.

⭐️ 5. Mendapat keredaan Allah SWT
Mengamalkan tabayyun adalah tanda ketaatan kepada perintah Allah.

Marilah kita membudayakan tabayyun dalam kehidupan seharian agar terhindar daripada fitnah dan sentiasa berada di jalan yang benar.

Segalanya Lillahi Ta’ala.

📌 Rujukan:
Surah al-Hujurat ayat 6, Pejabat M***i Wilayah Persekutuan




Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Aras 4, Blok A, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00