LPI Pusat

LPI Pusat

Share

LPI Pusat merupakan halaman Facebook rasmi Lajnah Sarjana Muda Pendidikan Islam, di bawah Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Photos from LPI Pusat's post 06/06/2026

๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰ *[UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR KELUARGA LPIUM SESI 2025/2026]* ๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ

ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู€ูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู
ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

6 JUN 2026๐ŸŽŠ

Tarikh ini dengan izin dan inayah-Nya, telah lahir insan yang menjadi buah hati buat pasangan keluarga kecilnya. Dengan tarikh itu juga, maka bertambah juga usianya. Semoga dengan pertambahan usia ini menjadi peringatan untuk lebih meningkatkan amal ibadah kepada Allah dalam meraih kebahagian dan kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Di kesempatan ini, Lajnah Pendidikan Islam Universiti Malaya sesi 2025/2026 ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada saudari Rezki Rismayana Binti Galam merangkap Timbalan Setiausaha Lajnah Pendidikan Islam Universiti Malaya. Semoga kebaikan, nikmat, rahmat dan berkat-Nya sentiasa mengiringimu. Aamiin.

โ€œMemperkukuh Profesionalisme, Membina Ukhuwah, Membentuk Sahsiahโ€

Selamat Hari Lahir saudari Rezki ๐ŸŽ‰

05/06/2026

๐ŸคŽ [1 MINGGU 1 HADIS] ๐ŸคŽ

Daripada Abu Hurairah RA,

Daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

โ€œTidaklah seorang muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus sebahagian daripada dosa-dosanya (melalui ujian itu).โ€

(Hadis Sahih, Riwayat Bukhari, No.5641)

Disediakan oleh:
~ Majlis Eksekutif Kerohanian & Kebajikan LPI Sesi 2025/2026

/2026

02/06/2026

โœจ[JEMPUTAN KE _ANNUAL GENERAL MEETING_ LAJNAH PENDIDIKAN ISLAM 2025/2026]โœจ

Assalamualaikum w.b.t,

Majlis Tertinggi Lajnah Pendidikan Islam sesi 2025/2026 dengan sukacitanya ingin menjemput semua mahasiswa/i Sarjana Muda Pendidikan Islam untuk turut serta menyaksikan pimpinan baharu Lajnah Pendidikan Islam bagi sesi 2026/2027.

๐Ÿ”ธHari : Jumaat
๐Ÿ”ธTarikh : 5 Jun 2026
๐Ÿ”ธMasa : 2.30 petang hingga 5.00 petang
๐Ÿ”ธTempat : Balai Ilmu Mahmood Zuhdi (BIMZ), Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
๐Ÿ”ธKod Pemakaian : Baju Korporat/ Baju Formal (Hitam)/ Baju Kurung/Jubah Sopan (Hitam)

๐Ÿ”— Pautan pendaftaran: https://forms.gle/PsE7mL2uhxZw2aRM9

Diharapkan agar mahasiswa dan mahasiswi Sarjana Muda Pendidikan Islam dapat turut serta menghadiri dan memeriahkan Majlis _Annual General Meeting_ ini.

"๐˜”๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ด๐˜ฎ๐˜ฆ, ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข ๐˜œ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜š๐˜ข๐˜ฉ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฉ"

Photos from LPI Pusat's post 02/06/2026

โœจ[SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEMENANGAN DIUCAPKAN KEPADA LAJNAH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA SESI 2025/2026]โœจ

Dengan sukacitanya Lajnah Pendidikan Islam Universiti Malaya mengucapkan syukur, syabas dan tahniah kepada semua wakil Lajnah Pendidikan Islam dalam dua pertandingan besar di peringkat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Lajnah Pendidikan Islam Universiti Malaya telah memperoleh dua kemenangan dengan membawa gelaran Johan Keseluruhan bagi pertandingan Inter-Department Sport APIUM (INDEPS 4.0) dan Festival Kesenian Dan Budaya Malaysia (FKISBUM 4.0) pada sesi 2025/2026 ini.

Dengan kemenangan yang membanggakan ini menunjukkan bahawa bakal guru begitu kompeten dan aktif serta seimbang dalam bidang akademik dan sukan.

Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi dan motivasi untuk semua.

"๐˜”๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ด๐˜ฎ๐˜ฆ, ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข ๐˜œ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜š๐˜ข๐˜ฉ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฉ"

Photos from LPI Pusat's post 02/06/2026

โœจ๐Ÿฉต [RANGKUMAN PROGRAM KURSUS PENGENDALIAN KES RASUKAN DAN HISTERIA] ๐Ÿฉตโœจ

Alhamdulillah, Kursus Pengendalian Kes Rasukan dan Histeria anjuran Majlis Eksekutif Kerohanian dan Kebajikan, Lajnah Pendidikan Islam (LPI) sesi 2025/2026 dengan kerjasama Bahagian Ijazah Dasar APIUM serta Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM) telah berjaya dilaksanakan pada 21 Mei 2026 bertempat di Balai Ilmu Mahmood Zuhdi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa/i berkaitan pengendalian dan pencegahan kes rasukan dan histeria sebagai persediaan menjadi bakal pendidik yang lebih peka dan bersedia menghadapi cabaran di sekolah.

Pengisian program merangkumi lima slot utama iaitu pengenalan gangguan berdasarkan nas al-Quran dan al-Sunnah, peranan guru dalam menghadapi kes histeria di sekolah, perkongsian pengalaman pengendalian kes oleh perawat, kepentingan gaya hidup sihat sebagai benteng diri serta sesi praktikal pengendalian kes rasukan dan histeria.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penceramah, ahli jawatankuasa dan semua peserta atas komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga program ini memberi manfaat dan menjadi nilai tambah kepada semua peserta pada masa akan datang.

โœจ [RANGKUMAN : PROGRAM EDU-HIKE ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF SUKAN DAN REKREASI LAJNAH PENDIDIKAN ISLAM] โ›ฐ๏ธ๐Ÿƒ

Alhamdulillah, program Edu-Hike telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mei 2026 di Bukit Batu Putih, Port Dickson dalam suasana penuh semangat, kesungguhan dan kebersamaan ๐Ÿ’š

Seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini yang bertujuan untuk memupuk kecintaan mahasiswa/i Lajnah Pendidikan Islam terhadap alam sekitar melalui pendedahan dan pengalaman langsung dengan alam semula jadi, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan alam. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada peserta untuk melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi yang mencabar bagi membina ketahanan fizikal dan mental serta mengukuhkan semangat kerjasama berpasukan. Program ini juga menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui penyertaan aktif dalam aktiviti luar yang dapat meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan diri.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini sama ada sebagai urus setia mahupun peserta. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan berharga serta memberi manfaat dalam pembentukan sahsiah dan pembangunan diri โค๏ธ

-Hike

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Aras 4, Blok A, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603