Perlawanan antara Albania dan Israel bertukar tegang apabila seorang pemain Israel dilaporkan terkena kasut yang dibaling dari tempat duduk penyokong.
Situasi semakin panas selepas sambutan gol Oscar Gloukh dianggap provokatif oleh pihak lawan, mencetuskan pertelingkahan antara pemain di atas padang. Apa yang sepatutnya menjadi aksi bola sepak akhirnya bertukar menjadi insiden yang mengundang perhatian ramai. β½οΈπ³
Rush Sports
All Sports. All Drama. Powered By @rushmediacorp
https://linktr.ee/rush.media
05/06/2026
Piala Dunia FIFA 2026 bakal jadi cabaran besar untuk peminat bola sepak Malaysia. Dengan kejohanan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, kebanyakan perlawanan dijangka berlangsung antara tengah malam hingga pagi waktu Malaysia. π
Kalau dulu ramai berjaga sampai 3 pagi, kali ini ada kemungkinan kena tengok bola sambil sarapan sebelum pergi kerja atau sekolah. Apa pun, demi Piala Dunia, tidur memang boleh tunggu dulu. π
Rumput becak, lopak air depan gol, tapi abang ni tetap yakin dia penjaga gol level kebangsaan. Netizen p**a bukan rakam bola, diorang tunggu babak bila kuasa kungfu keluar dari lopak.
Kalau Stephen Chow tengok video ni pun mungkin terus buka casting Shaolin Soccer 2. π
Pendedahan AFC bahawa FAM didakwa beroperasi tanpa laporan bajet tahunan sejak 2016 mencetuskan persoalan besar tentang tadbir urus bola sepak negara. Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengakui terdapat kekhilafan dalam pengurusan FAM sepanjang tempoh tersebut.
Isu ini muncul ketika AFC mencadangkan reformasi besar terhadap struktur dan pentadbiran FAM, menjadikan Kongres Luar Biasa FAM minggu ini antara yang paling penting dalam sejarah badan induk itu. π
Azeem Fahmi kini berada di tahap yang sukar dicabar di Malaysia apabila tiada lagi pelari tempatan yang benar-benar mampu menandingi kelajuannya dalam latihan.
Pengalaman berlatih dan berlumba bersama pelari elit di Amerika Syarikat memberi persaingan yang lebih sengit serta membantu meningkatkan prestasinya. Dengan rekod 10.09 saat dan tiket ke final NCAA, Azeem kini bukan sekadar harapan negara, malah antara pelari terpantas Asia. π₯
Bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan berpendapat skuad kendalian Peter Cklamovski masih berada dalam fasa βbulan maduβ menjelang Piala ASEAN Hyundai 2026.
Prestasi semasa memang meyakinkan, tetapi cabaran sebenar hanya akan bermula apabila Harimau Malaya berdepan tekanan kejohanan kompetitif dan pasukan-pasukan terbaik rantau ini. Julai nanti bakal menjadi pentas ujian sebenar buat revolusi skuad negara. π―π₯
03/06/2026
Piala Dunia FIFA 2026 kini rasmi memasuki fasa akhir apabila kesemua 48 negara telah menyerahkan senarai skuad final mereka kepada FIFA π₯
Seramai 1,248 pemain bakal beraksi dalam edisi terbesar dalam sejarah, melibatkan Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Format baharu ini bukan saja tambah persaingan, tapi buka ruang kepada lebih banyak negara dan bakat baharu untuk curi pentas dunia π
CuraΓ§ao bakal jadi antara negara terkecil beraksi di Piala Dunia, tapi kisah mereka memang luar biasa π Dengan pop**asi sekitar 150,000 orang, majoriti skuad sebenarnya berdarah Belanda dan dibentuk melalui projek pembangunan pemain dari Eropah.
Bekas jurulatih terkenal Dick Advocaat antara individu penting di sebalik kebangkitan pasukan Caribbean ini. Kecil tak semestinya lemah, kadang-kadang semangat lagi besar daripada saiz negara π₯
Berita kurang gembira buat peminat sepak takraw π²πΎ apabila tekong nombor satu dunia, Syahir Rosdi dilaporkan terpaksa berehat selama dua bulan akibat kecederaan otot betis yang dialami ketika Piala Dunia ISTAF 2026.
Kehilangan Syahir pastinya beri kesan besar kepada persiapan skuad negara, namun ramai berharap jaguh negara itu dapat pulih lebih kuat dan kembali menggegar gelanggang. Cepat sembuh champion πͺ
Chelsea rasmi melancarkan jersi home musim 2026/27 bersama Nike dengan slogan berani β βCanβt Tame Us.β Rekaan baharu ini tampil dengan identiti singa yang sinonim dengan kelab London itu, membawa mesej fearless dan relentless kepada penyokong The Blues.
Persoalannya sekarang, adakah jersi baru ni bakal jadi simbol kebangkitan Chelsea musim depan atau sekadar hype awal musim?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
Kuala Lumpur
53000