UBK Kusess

UBK Kusess

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UBK Kusess, Education, Bandar Malawati, Kuala Selangor.

Photos from UBK Kusess's post 16/05/2026

“Guru Bitara Nadi Negara”

Di balik senyum seorang guru,
tersimpan sabar seluas langit,
mendidik tanpa jemu,
membimbing tanpa memilih.

Guru…
bukan sekadar penyampai ilmu,
tetapi pelita yang menyuluh
jalan-jalan gelita anak bangsa.

Saat dunia berubah arah,
guru tetap teguh berdiri,
menjahit harapan di dada murid,
menganyam mimpi menjadi realiti.

Dari bilik darjah kecil,
lahir insan besar cita-cita,
kerana tangan seorang guru
tidak pernah lelah mencorak masa depan negara.

Buat semua pendidik,
terima kasih atas kasih yang tidak bersyarat,
atas doa yang diam-diam dipanjat,
dan atas pengorbanan yang sering tidak terlihat.

Semoga terus mekar jasamu,
menjadi inspirasi sepanjang zaman.

Selamat Hari Guru 2026

Ikhlas daripada
Cikgu Alwani, Cikgu Ira & Cikgu Dyla
Unit Bimbingan & Kaunseling
SM Sains Kuala Selangor

16/05/2026

*SELAMAT HARI GURU*
✨🩷✨🩷✨🩷✨🩷
*_dari UBK KUSESS_*

Cikgu…
Di sebalik senyumanmu mungkin ada lelah yang disembunyikan,
Ada penat yang dipendam, ada air mata yang mungkin tidak pernah diceritakan.
Namun setiap hari, cikgu tetap ada.. tetap kuat.. tetap memilih untuk mendidik dengan penuh sabar dan kasih sayang.

_*Terima kasih, cikgu..*_
Kerana terus melangkah walaupun tugas ini tidak mudah,
Kerana tetap menghulur ilmu dan membentuk jiwa walaupun hati sendiri pernah lemah,
Kerana terus bertahan walau diri hampir lelah,
Kerana tidak pernah jemu percaya bahawa setiap anak didik mampu menjadi insan yang berjaya..

*_Terima kasih cikgu.._*
Kerana terus setia mencurahkan ilmu, mendidik hati dan membina masa depan anak-anak bangsa dengan penuh keikhlasan,
Kerana tidak pernah jemu memberi harapan dan semangat kepada setiap anak didikmu.

Semoga segala penat menjadi pahala.
Semoga setiap pengorbanan dibalas dengan kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan.
Dan semoga segala jasa yang dicurahkan menjadi saksi bahawa cikgu telah meninggalkan kesan yang indah dalam kehidupan ramai insan.

*_Selamat Hari Guru, cikgu. Terima kasih untuk setiap ilmu, kasih sayang dan pengorbanan yang tidak ternilai._*

Photos from UBK Kusess's post 28/04/2026

Sudah semak tawaran pengajian selepas SPM? Masih menunggu keputusan tawaran?

Ambil masa untuk faham setiap pilihan sebelum buat keputusan. Pilih laluan yang sesuai dengan minat, kemampuan dan perancangan masa depan anda.

Tiada laluan yang “lebih hebat” — yang penting, sesuai untuk diri anda.

Selamat maju jaya dan teruskan perjuangan kalian!


26/04/2026

UBK KUSESS mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) kepada semua murid Tingkatan 4 & 5 serta Pentaksiran Sumatif Pertengahan Tahun kepada semua murid Tingkatan 1, 2 dan 3. Berusahalah bersungguh-sungguh demi kejayaan masa hadapan anda! Cipta kisah anda berusaha sehingga berjaya. Semoga dipermudahkan urusan anak-anak KUSESS dan beroleh kecemerlangan.

UBK KUSESS : Sederap Bersama Inspirasi Minda Memacu Potensi Maksima

Photos from UBK Kusess's post 23/02/2026

PENDAFTARAN MURID-MURID BAHARU TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4
AMBILAN KEDUA TAHUN 2026

Tarikh/Hari : 23 Februari 2026/Isnin
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Dewan Mahsuri, SMSKS

Pendaftaran murid baharu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ambilan kedua bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 telah dilaksanakan dengan lancar dan teratur mengikut ketetapan masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan semakan dokumen, diikuti dengan taklimat ringkas kepada ibu bapa serta murid berkaitan peraturan sekolah, pengurusan asrama dan hal ehwal akademik. Murid-murid kemudiannya dibenarkan keluar bersama keluarga masing-masing bagi melengkapkan keperluan yang belum lengkap. Secara keseluruhannya, perjalanan pendaftaran berjalan dengan baik hasil kerjasama erat antara pihak pentadbir, guru-guru, warden asrama serta ibu bapa. Selain itu murid-murid tingkatan 4 Nilam juga turut membantu adik-adik dan rakan sebaya yang baru mendaftar hari ini.

Bunga melati di tepi perigi,
Harum mewangi di waktu pagi;
Melangkah masuk penuh berani,
SBP disertai janji ditepati.

Terbang tinggi si burung helang,
Hinggap sebentar di dahan jati;
Datang ke SBP penuh gemilang,
Mencipta nama membina jati diri.

Mentari pagi bersinar terang,
Embun jernih di hujung laman;
Ambilan kedua bukan penghalang,
Usaha gigih jadi pegangan.

Selamat datang dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga KUSESS…




Photos from UBK Kusess's post 22/02/2026

MAJLIS AKU JANJI & PENETAPAN TARGET SPM 2026

Tarikh: 13 Februari 2026
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Prima, SMSKS
Anjuran: Unit Kurikulum, JK Kecemerlangan Tingkatan 5 & Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sasaran : Semua murid-murid tingkatan 5,SMSKS

📝 Objektif
Majlis ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran murid Tingkatan 5 tentang kepentingan SPM 2026, membina komitmen terhadap sasaran akademik serta menyemai semangat tanggungjawab dan disiplin diri.

📝Pelaksanaan
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan, bacaan doa dan amanat Pengetua. Murid seterusnya membaca teks Aku Janji sebagai tanda komitmen terhadap target yang ditetapkan berdasarkan analisis keputusan peperiksaan dan headcount.

📝 Impak
Program berjaya meningkatkan motivasi, kesedaran hala tuju akademik dan akauntabiliti murid dalam mencapai sasaran SPM 2026.

📝Rumusan
Secara keseluruhannya, Majlis Aku Janji & Penetapan Target SPM 2026 berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan murid dapat mengekalkan komitmen serta berusaha secara konsisten demi kecemerlangan SPM 2026.

"Empowering Excellence"
Kusess Number One

Photos from UBK Kusess's post 22/02/2026

10-13 Februari 2026 ( Selasa hingga Jumaat)

Penaziran Jaminan Kualiti bagi Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dilaksanakan bagi menilai tahap pengurusan, pelaksanaan program serta keberkesanan perkhidmatan kepada murid selaras dengan SKPM Kualiti (SK@S).
Penilaian merangkumi standard 3.3.6 Dan 3.3.7. dari aspek perancangan tahunan, pelaksanaan sesi kaunseling individu dan kelompok, dokumentasi rekod perkhidmatan serta intervensi murid berisiko.
Secara keseluruhannya, semua GBKSM memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi penaziran dijalankan. Unit B&K menunjukkan komitmen yang baik dalam menyokong kemenjadian murid, namun penambahbaikan dicadangkan dari segi KPI bilangan Sesi KI/KK, pengukuhan eviden dokumentasi dan pemantauan impak program secara berterusan.

Terima kasih diucapkan kepada rakan setugas C. Maizira Makhtar dan C. Dylapis Adila kerana bertungkus-lumus menyediakan bahan2, eviden serta sesi temubual dengan jayanya.

Bunga melur di tepi perigi,
Harum mewangi penyeri taman,
Khidmat kaunseling terus diperkukuh lagi,
Demi membina sahsiah dan masa depan gemilang.

Photos from UBK Kusess's post 21/02/2026

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID Tahun 2026

Tarikh/Hari : 9 Februari 2026/Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Prima, SMSKS
Anjuran: Unit HEM dengan kerjasama JK Kepimpinan Murid
Sasaran : Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

📑 Objektif :
Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada murid yang dilantik sebagai pemimpin murid serta menyemai semangat kepimpinan, tanggungjawab dan integriti dalam kalangan mereka.

📑Pelaksanaan Program

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis, bacaan doa dan ucapan perasmian oleh Pengetua. Seterusnya, acara penyampaian watikah pelantikan kepada barisan pemimpin murid seperti:
• Lembaga Pengawas Sekolah (LPS)
• Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR)
• Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
• Pengawas Pusat Sumber
• Ketua Dormitri
• Ketua dan Penolong Ketua Kelas

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas sebagai simbol komitmen dan tanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.

📑 Impak Program
Majlis ini berjaya meningkatkan keyakinan diri serta semangat kepimpinan dalam kalangan murid. Selain itu, ia turut memberi kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah.

📑 Rumusan
Secara keseluruhannya, Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan barisan pemimpin murid dapat melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan menjadi contoh teladan kepada rakan sebaya.

#"Empowering Excellence"
Memimpin

Photos from UBK Kusess's post 12/01/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MAJLIS PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 & 4 (BAHARU)

_Tahniah dan selamat datang ke KUSESS buat anakanda putera puteri Tingkatan 1 & 4 (Baharu)_

🗓️ 13 Januari 2026 (Selasa)
🕗 9 pagi - 1 tengah hari
📌 Dewan Prima, KUSESS

Jadual Tentatif
9.00 - 11.00 am : Pendaftaran asrama
11.00 - 1.00 pm : Taklimat pentadbir

✨_*"Empowering Excellence"*_
Kusess Number One
Kita Memimpin
Go For Gold

07/11/2025

Semoga dipermudahkan segala urusan kami Sepanjang Karnival Pendidikan & Kerjaya SBP Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.

Photos from UBK Kusess's post 05/11/2025

Majlis Apresiasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Peringkat Daerah Kuala Selangor

Tarikh /Hari : 4 November 2025 / Selasa
Tempat : Hotel UiTM, Shah Alam
Sasaran : Guru Bimbingan & Kaunseling
Sepenuh Masa (GBKSM)
Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Kuala
Selangor (PPDKS) dan Majlis Guru
Kaunseling Daerah Kuala Selangor
(MGKKS)

Bunga melati mekar berseri,
Harum mewangi di taman permai;
Syukur kami ke hadrat Ilahi,
UBK berjaya, usaha tidak ternilai.

Pada kesempatan ini, saya mewakili Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kejayaan UBK menerima penghargaan dan pencapaian dan Majlis Apresiasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Peringkat Daerah Kuala Selangor tahun ini.

Bimbingan diberi sepenuh hati,
Kaunseling dijalankan penuh amanah;
Usaha gigih kini bererti,
UBK berjaya, harum sudah.

UBK KUSESS melakar kejayaan dengan 3 Anugerah. Alhamdulillah. Iaitu :
1. Pencapaian Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling – Naib Johan (Pn. Nor Al Wani binti Sulaiman)
2. Guru Inspirasi PRS – Pn. Maizira binti Makhtar
2. Poster Pendidikan Kerjaya – Ketiga (Pn. Noradila binti Nor Rusli)

Ucapan setulusnya buat Pentadbir Sekolah yang sentiasa memberikan kepercayaan dan sokongan terhadap pelaksanaan program-program kaunseling yang menyokong kesejahteraan murid.

Tidak dilupakan barisan guru dan PRS yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada setiap aktiviti yang dijalankan — sama ada program motivasi, bimbingan kerjaya, intervensi salah laku, mahupun khidmat sokongan emosi kepada murid-murid yang memerlukan.

Kejayaan ini bukan milik UBK semata-mata, tetapi hasil usaha bersama seluruh warga sekolah yang sentiasa berganding bahu demi melahirkan murid seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Kami berjanji akan terus memperkukuh peranan UBK agar terus menjadi nadi kepada kesejahteraan murid dan suasana sekolah yang harmoni.

Indah sungguh si pelangi senja,
Warna berjalin indah berseri;
Terima kasih semua warga sekolah tercinta,
Bersama kita terus menabur bakti.

“Bersama Membimbing, Menyemai Harapan, Menjayakan Impian.”


Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Selangor?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Bandar Malawati
Kuala Selangor
45000