PASTI Darul Amilin Alam Suria Puncak Alam

PASTI Darul Amilin Alam Suria Puncak Alam

Share

Halaman ini ditubuhkan khas untuk sebarang kemaskini berkaitan aktiviti di PASTI Darul Amilin.

Photos from PASTI Darul Amilin Alam Suria Puncak Alam's post 03/06/2026

HUH, PUAS HATI TENGOK

Nak bukak sekolah dah kita ni. Team pengurusan sempatlah mandi peluh kejap pagi tadi, dengan menebas dua batang pokok yang berada di luar premis PASTI Darul Amilin.

Pengurus siap bawa dua jentera cilik lagi untuk turut sama gotong-royong tadi.

Walaupun banyak kerengga, tapi kami seronok dan puas hati dapat cantas 2 pokok ini yang tumbuh membesar, menutupi signboard PASTI, menghalang pandangan orang menaiki kenderaan serta memberi ancaman kepada warga PASTI.

Seronoklah murid dan muallimah nanti bukak sekolah isnin depan.

PASTI DARUL AMILIN PUNCAK ALAM

Photos from PASTI Darul Amilin Alam Suria Puncak Alam's post 15/05/2026

SELAMAT HARI GURU

Terima kasih banyak diucapkan kepada semua muallimah PASTI Darul Amilin atas khidmat bakti mengajar dan mendidik anak-anak murid dengan penuh sabar dan tekun.

Esok 16 Mei 2026, ulangtahun hari guru, sambutan peringkat PASTI ini kita buat awal sehari. Kami team pengurusan yang hadir raikan dengan pemberian sedikit jamuan dan cenderahati kepada semua muallimah, tanda ingatan atas sumbangan besar mereka yang tidak dapat dibalas dengan harta benda.

Terima kasih cikgu.

SELAMAT HARI GURU PASTI DARUL AMILIN, ALAM SURIA

28/04/2026
11/04/2026

Selamat hari raya kepada semua warga PASTI.

Meriah betul sambutan raya di PASTI Darul Amilin ya. Masing-masing dapat duit raya lagi.

Ceria betul anak-anak PASTI.


Photos from PASTI Darul Amilin Alam Suria Puncak Alam's post 28/08/2025

JOM DAFTAR ANAK KE PASTI....

Tahun depan sekolah bukak bulan 1 dah kan...

Meh ibu ayah hantar anak masing-masing seawal usia 4-6tahun ke PASTI Darul Amilin Puncak Alam....

Dengan aktiviti2 menarik sepanjang tahun, kami jugak menyediakan pembelajaran berteraskan korikulum dan kokurikulum bersepadu dalam usia 4-6tahun ini...

Sebarang pertanyaan, boleh direct ws guru kanan ya di talian:

019-9686145 (Muallimah Hazami)

PASTI DARUL AMILIN PUNCAK ALAM

Photos from PASTI Darul Amilin Alam Suria Puncak Alam's post 23/08/2025

BESAR NANTI NAK JADI APA

Tahun ini kami team PASTI Darul Amilin mencipta sejarah tersendiri.

Apabila memilih Kidzania Kuala Lumpur sebagai tempat lawatan pada tahun ini.

Banyak sangat gerai-gerai, pejabat, syarikat dan pelbagai lagi lah yang boleh dimasuki oleh anak murid PDA ini.

Best giler weh diorg dapat main sambil belajar aktiviti yang merupakan gambaran sebenar dalam pelbagai perkhidmatan dalam kerjaya setelah dewasa nanti.

Lepas kerja, dapatlah upah kan, begitulah konsep di sini akan diberi duit olok olok dan duit tu bolehlah guna untuk beli goodies ataupun masuk gerai-gerai berbayar.

PASTI DARUL AMILIN ALAM SURIA

Photos from PASTI Darul Amilin Alam Suria Puncak Alam's post 29/05/2025

BANYAKKAN FRIENDLY GAMES

Hari tu kami team bola sepak PASTI Darul Amilin Alam Suria Puncak Alam (PDA) bermain perlawanan persahabatan dengan PASTI Muhammad Al-Fateh (PAF) di court futsal Fasa 3 Puncak Alam.

Weh masing-masing main penuh komited nak cari gol. Pertahanan pun bukan kaleng2.

Dua games yang main. Masing-masing team menang 1-0, iaitu PDA menang dulu game kedua PAF pulak menang. Jadilah kann.

Keep it up!

Photos from PASTI Darul Amilin Alam Suria Puncak Alam's post 22/05/2025

hari ni friendly match bolasepak dengan Pasti Ar-Raudhah Puncak Alam, PASTI Taqwa, dan PASTI Khadijah

Photos from PASTI Darul Amilin Alam Suria Puncak Alam's post 13/01/2025

Mesyuarat akhir Majlis Anugerah Prestasi PASTI Darul Amilin Alam Suria Puncak Alam ...nantikan debarannya

Photos from PASTI Darul Amilin Alam Suria Puncak Alam's post 20/11/2024

SUKANEKA 2024

Selesai sudah sukaneka PASTI Darul Amilin Alam Suria Puncak Alam Isnin lepas.

Riang ria anak-anak Syurga ini bila dapat main aktiviti sukaneka yang berlangsung...

Ibu bapa juga ramai yang turut hadir memberi sokongan, ambil gambar dan memeriahkan lagi suasana program sukaneka pada kali ini...

Terima kasih kepada semua muallimah yang membuat latihan, serta menjadi jurulatih bagi setiap rumah sukan yang dipertandingkan...

Terima kasih juga kepada ajk-ajk yang banyak membantu serta tidak lupa juga kepada dua orang ayah murid yang menjadi sukarelawan membantu kelancaran program ini, korang memang ohsem...


Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Selangor?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Selangor
42300

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00