PSS SMK Chung Hwa Wei Sin

PSS SMK Chung Hwa Wei Sin

Share

Pusat Sumber ini terletak di Tingkat 1 Bangunan Smk Chung Hwa Wei Sin

03/11/2022

Jom ikuti aktiviti Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

JADUAL AKTIVITI BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2022
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU

Boleh sertai kami dengan hadir ke perpustakaan mengikut jadual aktiviti di bawah.

Sila patuhi S.O.P. yang telah ditetapkan.

Pakat mari ramai-ramai...



12/10/2022

Are you ready guys... ayouuhhhh...

Pesta Buku TERBESAR DI TERENGGANU

Jangan ketinggalan untuk bersama kami di Pestabuku@ppat2022 nanti yang pastinya menjanjikan pelbagai genre buku dan aktiviti menarik..

PESTABUKU@PPAT2022
(Temanku Buku)

Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
26 Oktober - 31 Oktober 2022
9.00 pagi - 10.00 malam

P/s - Imbas QR kod untuk mendapatkan senarai aktiviti penuh
Pestabuku@ppat2022

31/08/2022

SALAM MERDEKA!!
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!!
YANG KE 65 TAHUN.

Keputusan Perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-65 peringkat Negeri Terengganu.

Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform (Bertanding)
Ketiga - Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu.
Kedua - Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu.
PERTAMA - PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU.

Kategori Badan Berkanun Tidak Beruniform (Bertanding)
Ketiga - Majlis Daerah Besut
Kedua - Yayasan Islam Terengganu
PERTAMA - PERBADANAN MEMAJUKAN IKHTISAD NEGERI TERENGGANU (PMINT)

Kategori Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, IPT, Swasta Beruniform (Bertanding).
Ketiga - Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Negeri Terengganu.
Kedua - KPDNHEP Negeri Terengganu.
PERTAMA - JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU.

Kategori Pasukan SMK Tidak Beruniform (Tidak Bertanding).
Ketiga - SMK Padang Midin, Kuala Terengganu.
Kedua - SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu.
PERTAMA - SM Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Kategori Swasta, GLC Tidak Beruniform (Bertanding)
Ketiga - Terengganu Inc.
Kedua - Kolej Universiti TATI
PERTAMA - PETRONAS Terengganu

Kategori Khas DUN (Bertanding)
Ketiga - Pusat Khidmat DUN Wakaf Mempelam
Kedua - Pusat Khidmat DUN Bukit Tunggal
PERTAMA - PUSAT KHIDMAT DUN KOTA PUTERA, BESUT.

Kategori Pasukan SMK Beruniform (Bertanding)
Ketiga - Kadet Koreksional SMK Merchang
Kedua - Ko-Kadet Polis SMK Tg Mahmud, Besut.
PERTAMA - KADET BERSATU MALAYSIA (DARAT) SMK SERI NERING, BESUT.

Kategori Pancaragam Sekolah (Bertanding)
Ketiga - SMK Sultan Sulaiman, KT
- SMK Chung Hwa Wei Sin
PERTAMA - SMK LEMBAH BIDONG, SETIU

Ketua Perbarisan Terbaik - PMINT

JUARA KESELURUHAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2022 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN - *PERBADANAN MEMAJUKAN IKHTISAD NEGERI TERENGGANU (PMINT)*

Sekian.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Disediakan oleh :
Fariszuan
_Experience Terengganu_
*Like dan Share Page Experience Terengganu di Facebook dan Instagram.*

TAHNIAH BUAT PASUKAN PANCARAGAM
SMK CHUNG HWA WEI SIN!!

Photos from PSS SMK Chung Hwa Wei Sin's post 24/08/2022

PROGRAM BICARA SANTAI BERSAMA YANG BERBAHAGIA PROF DATUK SERI AWANG BIN SARIYAN
Tempat: Bilik Frog Weisin
Pelantar: Secara online
Tarikh: 22 Ogos 2022
Penglibatan: 5 pelajar pengawas PSS tingkatan 5

Tahniah buat pelajar yang terlibat

Photos from PSS SMK Chung Hwa Wei Sin's post 24/08/2022

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022
Tarikh: 15 Ogos 2022
Tempat: Perpustakaan Sekolah.

Tahniah buat pelajar yang terpilih!!
Tokoh BM: Caelyn Soh Huey Thunng 4 Alamanda
Tokoh BI: Muhammad Harry Nazwin Danial bin Mohd Hanafiah 4 Alamanda

Semoga Berjaya buat Tokoh Nilam Weisin!!

14/04/2021

PERTANDINGAN REKA CIPTA KOMIK PERINGKAT KEBANGSAAN
Tema: Bebaskan Lautan Dari Plastik

Jom, jangan lepaskan peluang untuk mengambil peluang mengetengahkan bakat pelajar SMK Chung Hwa Wei Sin.!!!

WEBINAR PENGKARYA MUDA TERENGGANU 14/03/2021

Berita baik buat semua guru dan murid. Satu Webinar Pengkarya Muda akan diadakan pada 15 Mac 2021 pada jam 10.00 pagi melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=i7iwUu0dFoI
Antara yang akan dikongsi ialah Teknik penulisan kreatif cerpen, penulisan Anekdot,Catatan dan Memori. Antara rahsia penulisan cerpen yang akan didedahkan ialah teori penulisan cerpen, bagaimana memulakan cerpen?dan pelbagai lagi rahsia penulisan. Panel jemputan merupakan seorang penulis terkemuka negeri Terengganu dan kebangsaaan. Jangan lupa kepada semua guru dan murid. Jangan lepaskan peluang terbaik ini. Jumpa anda nanti!!

WEBINAR PENGKARYA MUDA TERENGGANU Webinar Pengkarya Muda Negeri Terengganu 2021 | Perkongsian Teknik Penulisan (Cerpen, Anekdot, Catatan dan Memori)

Photos from PSS SMK Chung Hwa Wei Sin's post 10/03/2021

*PENGUMUMAN!!*πŸ—£πŸ—£πŸ“’πŸ“’πŸ’πŸ’

*PELANCARAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH SMK CHUNG HWA WEI SIN 2021*

*TARIKH: 10 MAC 2021*

*PERASMIAN OLEH: TN LAW KOK CHEAN*

*Tuan-tuan dan puan-puan mari kita saksikan video pelancaran program ini, disertakan juga poster pelancaran dan aktiviti yang akan berjalan.Jom saksikan..*πŸŒŸπŸŒŸβœ¨βœ¨βš‘οΈβš‘οΈπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ˜

https://www.youtube.com/watch?v=uWYKXEN5nVk

*GARIS PANDUAN SERTA SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA SMK CHUNG HWA WEI SIN TAHUN 2021*

1. 1 MINIT BERSAMA BUKU

β€’ Terbuka kepada semua pelajar Peralihan, Tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
β€’ Pelajar perlu menghantar rakaman video mengulas sebuah buku berdurasi tidak lebih dari 1 minit.
β€’ Penilaian dikira berdasarkan keyakinan diri mengulas buku, ucapan yang menarik, dan jenis dan judul buku yang dpilih.
β€’ Pelajar boleh menghantar video dengan memaut pautan telegram https://t.me/joinchat/UpqdGP8f96c1ZTNl lengkap beserta nama, nombor kad pengenalan serta kelas.
β€’ Tarikh tutup penyertaan pada 30 April 2021.

2. PERTANDINGAN MINI PERPUSTAKAAN DI RUMAH

β€’ Syarat pertandingan pelajar perlu mengambil gambar sudut bacaan yang boleh boleh dikategorikan sebagai Mini Perpustakaan di Rumah.
β€’ Penilaian adalah berdasarkan jumlah bahan bacaan yang terdapat di ruangan Mini Perpustakaan, Susun atur Mini Perpustakaan yang cantik dan tersusun kemas, serta keadaan persekitaran ruangan Mini Perpustakaan yang menarik.
β€’ Gambar Mini Perpustakaan di Rumah boleh dihantar melalui pautan telegram
https://t.me/joinchat/BOfnhGtMGBcxYmVl
β€’ Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April 2021.

3. Pertandingan Rekabentuk Penanda Buku bertemakan β€œMembaca di mana-mana sahaja”

β€’ Syarat pertandingan: Rekabentuk penanda buku yang dihasilkan mestilah rekabentuk asli yang tidak ditiru dari mana-mana pihak.
β€’ Pelajar perlu menghantar rekabentuk penanda buku kepada Cikgu Asmahanispu bt Hamad atau Cikgu Chua Hoon Yew apabila sekolah secara bersemuka dibuka nanti.
β€’ Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April 2021.

4. Pertandingan Pembaca Terbanyak dalam IQ NILAM

β€’ Pertandingan IQ NILAM mengambilkira jumlah bacaan yang diisi dalam IQ NILAM https://iqnilam.moe.gov.my/
β€’ Pertandingan ini akan dilaksanakan sepanjang tahun. Pemberian hadiah kepada pembaca terbanyak dlm IQ NILAM akan diberikan dua bulan sekali iaitu bermula bulan Jun, Ogos dan Oktober .
(nota : PERTANDINGAN INI DITANGGUHKAN TERLEBIH DAHULU SEHINGGA DASHBOARD IQ NILAM SELESAI DISELENGGARA. TARIKH PELAKSANAAN AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN)

5. Pertandingan Rekod Membaca Terbanyak Ibubapa

β€’ Terbuka kepada semua ibubapa/penjaga pelajar Peralihan, Tingkatan 1 hingga tingkatan 5, guru dan staf SMK Chung Hwa Wei Sin.
β€’ Rekod bacaan di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdUAMSths3kntokfXeECdnrPWiKxM-A8G2aZ1Fzb5Huh2Etdg/viewform
β€’ Jumlah keseluruhan rekod bacaan oleh ibubapa, guru dan staf akan direkod dlm google docs.
β€’ Pertandingan ini akan dilaksanakan sepanjang tahun. Pemberian hadiah kepada ibubapa membaca terbanyak dlm NILAMIBUBAPA akan diberikan kepada anak jagaan setiap dua bulan sekali iaitu bermula bulan Mei, Julai, Ogos dan Oktober. Termasuk guru dan staf

6. Pertandingan INFO HUNT RAK MAYA CHUNG HWA WEI SIN

β€’ Pelajar boleh mendapatkan borang soalan kuiz di perpustakaan SMK Chung Hwa Wei Sin apabila sekolah secara bersemuka akan dibuka pada bulan April nanti.
β€’ Soalan kuiz yang dikemukakan adalah berdasarkan buku yang dipaparkan dalam pautan https://fliphtml5.com/bookcase/luoms ini sahaja.
β€’ Penyertaan pertandingan ini adalah sehingga 30 April 2021.

14/02/2021

Selamat Datang Ke Rak Maya PSS Weisin.πŸ“£πŸ“£

Di sini anda semua boleh merekod ke dalam iqnilam tanpa perlu ke perpustakaan untuk membaca.

Hanya klik sahaja anda terus sampai ke PSS Weisin.
https://fliphtml5.com/bookcase/luoms

Isi p**a ke iqnilam
https://iqnilam.moe.gov.my/

Terima kasih atas lawatan anda. Jumpa lagi..😍😍😍

Photos from PSS SMK Chung Hwa Wei Sin's post 11/02/2021

Selamat Tahun Baru Cina buat guru-guru dan pelajar yang berbangsa Cina. Semoga berbahagia selalu. Terimalah Pameran Bertema Tahun Baru Cina

11/02/2021

Memperkenalkan Pusat Sumber Sekolah SMK Chung Hwa Wei Sin, merangkumi semua bilik-bilik PSS.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


SMK Chung Hwa Wei Sin, Jalan Bukit Kecil
Kuala
21100

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:15
Tuesday 08:00 - 14:15
Wednesday 08:00 - 14:15
Thursday 08:00 - 14:15
Sunday 08:00 - 02:15