Prasekolah PPD Kuala Nerus

Prasekolah PPD Kuala Nerus

Share

Info dan Aktiviti Prasekolah Kuala Nerus

Photos from Prasekolah PPD Kuala Nerus's post 11/05/2026

Alhamdulillah selesai Program Peningkatan Enrolmen Murid Prasekolah Daerah Kuala Nerus sempena Sambutan Lembara Lestari Dewan Bahasa dan Pustaka Zon Timur.

๐Ÿ“… 9โ€“10 Mei 2026
๐Ÿ“ SMK Kompleks Seberang Takir

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak JPN Terengganu, PPD Kuala Nerus serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua AJK, guru-guru dan warga kerja yang telah bertungkus-lumus memberikan kerjasama, komitmen serta sokongan sepanjang program berlangsung. Segala jasa dan usaha yang dicurahkan amat dihargai.

Semoga usaha ini terus memberi manfaat dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pendidikan prasekolah.




06/05/2026

๐ŸŒˆ JOM DAFTAR PRASEKOLAH SEKARANG! ๐ŸŒˆ

Ibu ayah, nak anak belajar dalam suasana ceria & penuh kasih sayang? ๐Ÿ˜Š

Di sinilah tempatnya!

โœจ Belajar sambil bermain
โœจ Aktiviti menyeronokkan setiap hari
โœจ Bina keyakinan & kemahiran sosial anak
โœจ Guru penyayang & berpengalaman

Anak-anak bukan saja belajar ABC & 123, tapi juga belajar berkawan, berdikari dan jadi lebih berani ๐Ÿ’•

๐Ÿ“ข Tempat sangat terhad!
๐Ÿ“ข Pengambilan kini dibuka!

๐Ÿ‘‰ Jangan tunggu lama-lama, nanti penuh!







Photos from Prasekolah PPD Kuala Nerus's post 05/05/2026

~~TAKLIMAT KARNIVAL KECEMERLANGAN MURID PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS 2026~~

Tarikh : 15 April 2026 / Rabu
Masa : 12.30 tgh - 4.00 ptg
Tempat : Pusat Transformasi Modal Insan Orang Asli

""Sesungguhnya, peranan cikgu bukan sekadar melatih untuk menang, tetapi membentuk keyakinan, disiplin dan semangat dalam diri setiap murid. Di tangan cikgu-cikgu lahirnya anak-anak yang berani mencuba, tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik ""


02/03/2026

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ (๐—ž๐—ฃ๐— ) ๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ

๐Ÿ“…TARIKH PERMOHONAN
Secara Dalam Talian : 2 Mac - 31 Mei 2026
๐Ÿ’ป https://eprasekolah.moe.gov.my

โœ…SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
b. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023 sahaja yang layak untuk memohon.



Photos from Prasekolah PPD Kuala Nerus's post 25/02/2026

Bengkel Bimbingan Verifikasi Penilaian Kendiri Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) 2.0 Daerah Kuala Nerus Tahun 2026 anjuran PPD Kuala Nerus.

๐Ÿ“† 11 Februari 2026 (Rabu)
๐Ÿ“ Prasekolah An Nuur 3, SK Mengabang Telipot, Kuala Nerus

โœจ Semoga segala perkongsian dan input yang diperoleh dapat memperkukuh kualiti pengurusan SKPK 2.0 serta pengoperasian Prasekolah Daerah Kuala Nerus.

Photos from Prasekolah PPD Kuala Nerus's post 25/02/2026

~~BENGKEL VERIFIKASI DATA SMPK BIL TAHUN 2026~~

TARIKH : 25.02.2026
MASA : 12.00 TENGAH HARI - 4.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT AULA MESTIKA, PPD KUALA NERUS

25/02/2026

25.02.2026

~~Tahniah dan terima kasih diucapkan kpd semua Jurulatih Utama Prasekolah atas segala kerja buat,komitmen yg tinggi sepanjang tahun 2025..

Teruskan Kecemerlangan dan sumbangan bakti demi kecemerlangan Prasekolah Daerah Kuala Nerus utk tahun-tahun yg akan datang..Jua Tk tidak dilupakan kpd semua guru-guru dan PPM atas kerjasama yg mantap selama ini..Tk semua

~~Tahniah diucapakan kpd Prasekolah SK Bukit Guntong dan SK Darat Batu Rakit atas penyertaan Program Pemakanan Sihat Peringkat Kebangsaan..
Tahniah๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Photos from Prasekolah PPD Kuala Nerus's post 21/01/2026

~~ TAKLIMAT PEMANTAPAN PENGURUSAN KELAS PRASEKOLAH KEPADA GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) PRASEKOLAH DAERAH KUALA NERUS TAHUN 2026 ~~

TARIKH. : 21/01/2026
MASA : 2.00 - 5.00 PTG
TEMPAT : DEWAN MAHYUDDIN, UMT



14/01/2026

#2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada cikgu Nor Syahida atas sumbangan, dedikasi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi sepanjang berkhidmat di PPDKN.

Semoga perpindahan ini membawa lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan buat cikgu.

Selamat maju jaya di tempat baharu.

18/12/2025

~~18 DISEMBER 2025~~

Pagi hari memetik melur,
Disusun indah di dalam jambangan;
Selamat hari lahir sahabat guru,
Moga bahagia sepanjang kehidupan.


14/12/2025

14 DISEMBER 2025

Anak itik berenang di Selat,
Ayam berkokok menyambut hari,
Selamat hari lahir cikgu yang hebat,
Semoga dikurniakan rahmat dan berkat hari-hari.

๐ŸŒป Happy Birthday, cikgu Saiful Amir (SK LKTP BELARA). Semoga sentiasa sihat, ceria, dan terus menjadi rakan sekerja yang inspirasi kepada kami semua.


Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Kuala
21060