UniSZA Holdings Sdn Bhd

UniSZA Holdings Sdn Bhd

Share

UniSZA Holdings Sdn Bhd (1016800-W) is a wholly-owned investment company of Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Photos from UniSZA Holdings Sdn Bhd's post 11/06/2026

11 JUN 2026 l KHAMIS
📍Hemodialisis UniSZA Cawangan Besut

🏥 LAWATAN TAPAK PROJEK UNIT

Satu lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau perkembangan Projek Unit Hemodialisis Cawangan Besut yang kini berada di peringkat akhir pelaksanaan.

Projek ini mengalami sedikit kelewatan berbanding jadual asal disebabkan beberapa isu yang tidak dapat dielakkan. Sehubungan itu, sesi perbincangan dan penyelarasan telah diadakan bersama kontraktor, perunding serta pegawai yang bertanggungjawab bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut sasaran baharu yang dipersetujui.

📌 Pelan Tindakan dan Garis Masa Terkini:

✅ Kerja-kerja Awam (Civil Works)
• Kerja lantai, naik taraf partition, kemasan, pemasangan pintu dan kerja berkaitan.

✅ Pemasangan Sistem & Peralatan
• Pemasangan sistem dan paip Reverse Osmosis (R/O)
• Pengujian sistem, pensampelan air dan kerja pentauliahan (commissioning)

✅ Kerja-kerja Luaran
• Pembersihan kawasan dan kerja penyelenggaraan persekitaran

Insya-Allah, semua kerja awam dan pemasangan sistem dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir Jun 2026, sekali gus membuka laluan kepada persediaan operasi Unit Hemodialisis bagi memberikan perkhidmatan yang lebih dekat dan mudah diakses oleh masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan projek ini dapat direalisasikan dengan jayanya.





Photos from UniSZA Holdings Sdn Bhd's post 10/06/2026

10 JUN 2026 | RABU
📍UniSZA@Putrajaya

🐾 Cadangan Penubuhan Klinik Veterinar & Hospital Pengajaran Veterinar UniSZA

Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan antara Ketua Pegawai Eksekutif UniSZA Holdings Sdn. Bhd. (UHSB), Dekan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) UniSZA serta wakil rakan industri daripada Vet Partners Sdn. Bhd., iaitu Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi, bagi membincangkan cadangan penubuhan Klinik Veterinar dan Hospital Pengajaran Veterinar UniSZA.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniSZA ini memberi tumpuan kepada pembangunan sebuah hospital pengajaran yang bakal berfungsi sebagai pusat latihan klinikal bagi pelajar veterinar, selaras dengan keperluan akademik dalam penawaran Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah:

✅ Model perniagaan dan kerjasama strategik
✅ Garis masa pelaksanaan projek
✅ Cadangan lokasi pembangunan

Inisiatif ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor veterinar negara melalui pengukuhan aspek pendidikan, latihan profesional dan perkhidmatan veterinar yang berkualiti.

Semoga usaha ini memberi manfaat kepada pembangunan perniagaan dan pendidikan veterinar serta menyumbang kepada kemajuan industri veterinar di Malaysia. 🐾✨





Photos from UniSZA Holdings Sdn Bhd's post 09/06/2026

MESYUARAT PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN PROJEK SOLAR UniSZA

Satu sesi mesyuarat penyelarasan dan pemantauan Projek Solar UniSZA telah diadakan melibatkan pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), UniSZA Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) dan Synergy Generated Sdn. Bhd. (SGSB) bagi meneliti perkembangan semasa projek serta memastikan pelaksanaannya berjalan lancar selaras dengan perancangan yang telah ditetapkan.

Mesyuarat ini memberi fokus kepada kemajuan pelaksanaan projek, penyelarasan aspek teknikal, pematuhan terhadap jadual kerja, serta tindakan susulan yang diperlukan bagi memastikan sasaran Commercial Operation Date (COD) dapat dicapai mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Komitmen dan kerjasama strategik antara semua pihak yang terlibat merupakan faktor penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan projek ini. Inisiatif tenaga solar ini dijangka memberikan manfaat yang signifikan kepada UniSZA, khususnya dalam memperkukuh agenda kelestarian tenaga, meningkatkan kecekapan kos utiliti serta menyokong pembangunan kampus hijau yang mampan sejajar dengan aspirasi pembangunan lestari negara.

Photos from UniSZA Holdings Sdn Bhd's post 04/06/2026

4 JUN 2026 l KHAMIS

📍 Lawatan Tapak (Tanah Lot) dan Pemantauan Projek Pusat Hemodialisis UMSSB Cawangan Besut.

✅ Sesi lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau tiga lot tanah milik Permai Properties Sdn. Bhd. (PPSB) di Tembila yang masih belum terjual. Lawatan ini bertujuan menilai potensi pembangunan serta meneroka strategi terbaik untuk meningkatkan nilai komersial dan daya tarikan aset tersebut.

✅ Turut berlangsung adalah lawatan pemantauan ke tapak pembangunan Pusat Hemodialisis UniSZA Medical & Services Sdn. Bhd. (HDU) cawangan di Besut bagi menilai kemajuan semasa projek, memastikan pelaksanaan berjalan mengikut perancangan serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

Komitmen berterusan dalam pemantauan dan perancangan strategik adalah penting bagi memastikan setiap projek dan aset memberi impak serta nilai terbaik kepada organisasi dan pihak berkepentingan.






Photos from UniSZA Holdings Sdn Bhd's post 04/06/2026

4 JUN 2026 l KHAMIS

📍 Lawatan Tapak & Perbincangan Pengambilalihan Green House Melon Manis Terengganu (MMT)

Ke arah memperkukuh pembangunan aset serta mengoptimumkan kemudahan sedia ada, satu lawatan tapak dan sesi perbincangan strategik telah diadakan bagi meneliti proses pengambilalihan Green House Melon Manis Terengganu (MMT) oleh UniSZA Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Besut.

Sesi ini memberi peluang kepada semua pihak untuk menilai keadaan fasiliti secara menyeluruh, membincangkan aspek teknikal dan operasi, serta menyelaras tindakan susulan bagi memastikan proses pengambilalihan dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Turut dibincangkan ialah perancangan pelaksanaan fasa pertama projek di bawah UHSB yang dijadualkan bermula pada Julai 2026, sejurus tamat musim pengeluaran semasa.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen UHSB dalam memperkasa pengurusan aset universiti, memanfaatkan kepakaran sedia ada serta meneroka potensi pembangunan berimpak tinggi yang mampu menjana nilai dan manfaat berterusan kepada organisasi.

Membina potensi, mengoptimumkan aset dan mencipta peluang ke arah masa depan yang lebih mampan dan berdaya saing.


Photos from UniSZA Holdings Sdn Bhd's post 04/06/2026

4 JUN 2026 l KHAMIS

Meneroka peluang, memperkukuh kerjasama dan mencipta nilai bersama.

Mesyuarat bersama UniSZA Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) dan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Perbincangan tertumpu kepada penerokaan peluang baharu dalam bidang kepakaran, penyelidikan, latihan serta perkhidmatan profesional yang berpotensi untuk diperkasakan melalui sinergi antara UHSB dan FPV. Kerjasama ini diharapkan dapat membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif yang lebih berimpak, mampan dan memberi nilai tambah kepada universiti serta komuniti.

Bersama membina jaringan, memperkasa kepakaran dan merealisasikan peluang ke arah kecemerlangan yang berterusan. 🐾✨

Photos from UniSZA Holdings Sdn Bhd's post 03/06/2026

3 JUN 2026 l RABU

Memperkukuh jaringan, menyelaras strategi dan meneroka peluang baharu.

Perjumpaan strategik bersama Universiti Sultan Zainal Abidin Penasihat Undang-Undang (PUU) dan Pusat Pemindahan Ilmu & Pendidikan Berterusan (P2P) menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama, menyelaras hala tuju serta meneroka potensi inisiatif baharu.

Sesi ini turut menjadi medan perkongsian idea, pertukaran pandangan dan perancangan yang komprehensif bagi memastikan setiap agenda yang dirangka dapat dilaksanakan secara lebih efektif, mampan dan berimpak tinggi, seterusnya memberikan nilai tambah kepada semua pihak berkepentingan.

Bersama melangkah ke hadapan, membina sinergi dan merealisasikan kecemerlangan yang berterusan.

01/06/2026

✨DAULAT TUANKU✨

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Sultan Ibrahim

pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Patik sekalian mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebahagiaan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Semoga Tuanku terus bersemayam di singgahsana dengan penuh kedaulatan, memayungi rakyat serta memimpin negara ke arah kemakmuran, kestabilan dan kesejahteraan yang berterusan.

Daulat Tuanku.🫸🫷

Sembah Takzim Daripada
UniSZA Holdings Sdn. Bhd. & Anak Syarikat









31/05/2026

🪷Selamat Menyambut Hari Wesak🪷

Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya. Marilah kita bersama-sama menyemarakkan nilai saling menghormati, toleransi dan perpaduan demi membina masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera.

Selamat Hari Wesak.
Semoga berbahagia bersama keluarga dan insan tersayang. 🙏✨

Ikhlas daripada warga UniSZA Holdings Sdn Bhd.

26/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga
UniSZA Holdings dan Anak-anak Syarikat.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang dibawa oleh Aidiladha terus menyatukan hati, mengeratkan ukhuwah serta membawa keberkatan dalam setiap langkah kehidupan kita.

“Dengan Pengorbanan, Terbit Keikhlasan.
Dengan Keikhlasan, Lahir Keberkatan.”

Maaf Zahir & Batin 🌿🐄🐑🐐

















Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 1, Bangunan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UniSZA Kampus Gong Badak
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00