18/06/2026
Tahniah diucapkan kepada ๐๐ซ. ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ง๐ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐ซ๐ข๐๐ข๐ง atas pelantikan semula sebagai ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐๐ซ๐๐ฌ ๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐, Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i).
Semoga pelantikan ini terus memperkukuh kecemerlangan dan inovasi pendidik UniSZA ๐ซฑ๐ปโ๐ซฒ๐ฝโจ
๐๐ค๐ก๐ฅ๐๐ฌ ๐๐๐ซ๐ข๐ฉ๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐ง ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง & ๐๐ง๐จ๐ฏ๐๐ฌ๐ข ๐๐ค๐๐๐๐ฆ๐ข๐ค (๐๐จ๐๐๐-๐ข).
-i
24/05/2026
Tahniah dan Syabas!
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pelajar lepasan SPM yang berjaya menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi sesi akademik 2026/2027. ๐โจ
Selamat datang ke keluarga besar UniSZA dan semoga peluang yang diperoleh ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan ilmu, kecemerlangan serta kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Kementerian Pendidikan Tinggi
Zambry Abd. Kadir
Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin
23/05/2026
KAUNTER KONSULTASI PERMOHONAN RAYUAN UPUOnlineยฎ๏ธ
Lepasan SPM
๐๏ธ24 - 25 MEI 2026 (HARI BEKERJA SAHAJA) | JAM 9.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
WAKTU REHAT :
โฐJAM 1.00 PETANG HINGGA 2.00 PETANG (AHAD HINGGA ISNIN)
BERTEMPAT DI: KAUNTER BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK, UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN KAMPUS GONG BADAK
Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi
Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Permohonan, boleh hubungi kami melalui:- 09-8197943 / 8793 / 7671 / 7968
22/05/2026
https://vt.tiktok.com/ZS9g7MXPh/
Jangan skip video ini kerana persoalan yang bermain di fikiran anda akhirnya terjawab!
Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2026/2027:
๐ 22 MEI 2026 (JUMAAT)
๐ 12.00 TENGAH HARI
HINGGA
๐ 31 MEI 2026 (AHAD)
๐ 5.00 PETANG
Semakan Melalui:
1. http://upu.mohe.gov.my
2. โ Aplikasi UPUPocket
3. โ Aplikasi MyGOV
Dengar sehingga habis apa yang Bang Jieb nak sampaikan ya!
Jangan lupa follow ๐๐ป Tiktok BKPA UPU untuk hebahan terkini!
22/05/2026
*๐ขPermohonan Rayuan UPUOnlineยฎ๏ธ bagi Lepasan SPM (Sesi Akademik 2026/2027) kini TELAH DIBUKA!๐ข*
๐๏ธ Mula: 22 Mei 2026 (Jumaat) | 12.00 Tengah Hari
๐๏ธ Tutup: 31 Mei 2026 (Ahad) | 5.00 Petang
โ ๏ธ Nota Penting:
* Rayuan ke UA, IPTA, dan MARA (BPT) hanya boleh dibuat melalui portal rasmi http://upu.mohe.gov.my.
* โ Bagi yang berminat ke Kolej Komuniti, boleh mohon terus ke institusi tersebut tanpa perlu melalui UPUOnlineยฎ๏ธ.
Tenang, bincang dengan ibu bapa, dan buat pilihan rayuan dengan strategi yang betul. Semoga rezeki menyebelahi korang kali ini! ๐คฒ๐
09/05/2026
BENGKEL STRATEGIK U-OBE: MEMPERKASAKAN PROSES KERJA AKADEMIK UNISZA
PUTRAJAYA, 8 Mei 2026 โ Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i) UniSZA telah berjaya menganjurkan Pra-Bengkel Pembangunan Proses Kerja Sistem UniSZA Outcome Based Education (U-OBE) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 6 hingga 8 Mei 2026 di Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan (P2P), UniSZA Putrajaya. Bengkel strategik ini dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi CoMAE-i termasuk Pengarah, Timbalan Pengarah, Penyelaras, serta pegawai yang terlibat dalam memacu pembangunan serta penyelarasan sistem U-OBE di UniSZA.
Bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah CoMAE-i, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Khamsah Suryati Mohd, yang menekankan bahawa pelaksanaan OBE secara sistematik dan bersepadu adalah elemen kritikal bagi memastikan tadbir urus akademik UniSZA kekal relevan, berkualiti, serta mampu mendepani cabaran dinamik dalam landskap pendidikan tinggi masa kini. Sehubungan itu, penganjuran bengkel ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkukuh kefahaman warga kerja terhadap pembangunan kurikulum, malah fokus utamanya adalah untuk membangunkan dan memurnikan proses kerja Sistem U-OBE agar lebih komprehensif serta berintegrasi sepenuhnya. Langkah ini sekali gus menjadi platform penting bagi menyelaraskan mekanisme pemantauan pelaksanaan OBE supaya selaras dengan standard jaminan kualiti universiti serta memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Qualifications Framework (MQF).
Sepanjang tempoh bengkel tersebut, kolaborasi aktif melalui sesi perbincangan intensif dan pembangunan draf aliran kerja telah dilaksanakan bagi memastikan transisi sistem U-OBE dapat digerakkan dengan lebih efektif dan teratur. Hasil daripada usaha kolektif ini, beberapa cadangan penambahbaikan serta penyelarasan proses kerja telah berjaya dirangka bagi memperkukuh pengoperasian sistem tersebut di UniSZA.
Melalui pemerkasaan Sistem U-OBE ini, staf akademik akan menggunakan sistem digital yang lebih efisien dalam membangunkan Detailed Course Information (DCI) yang sistematik dan sejajar dengan hasil pembelajaran kursus serta program. Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen jitu UniSZA dalam memperkasakan pelaksanaan OBE secara holistik demi menyokong kecemerlangan akademik yang berimpak tinggi dan mampan.