01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”
31/05/2026
📚✨ MENINGKATKAN AMALAN BUDAYA MEMBACA PELAJAR ✨📚
Membaca bukan sekadar hobi, tetapi satu pelaburan untuk masa depan.
Dalam dunia yang penuh dengan maklumat dan teknologi, budaya membaca membantu pelajar membina ilmu, memperluas pemikiran serta meningkatkan keyakinan diri. Setiap halaman yang dibaca membuka pintu kepada pengetahuan baharu dan peluang yang lebih besar.
📖 Membaca menambah ilmu dan pengetahuan
🧠 Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis
💬 Memperkaya kosa kata dan kemahiran komunikasi
🎯 Meningkatkan tumpuan serta daya ingatan
🌟 Membina jati diri dan keyakinan diri
Amalan membaca tidak perlu bermula dengan langkah yang besar. Luangkan hanya 15 minit sehari dan jadikan membaca sebagai sebahagian daripada rutin harian.
Kerana akhirnya…
📚 Pelajar yang membaca akan lebih bersedia menghadapi dunia.
📖 Bangsa yang membaca akan lebih maju.
🇲🇾 Negara yang berilmu akan lebih berjaya.
Mari kita bersama-sama membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak-anak dan pelajar Malaysia.
31/05/2026
Yeay! Cuti sekolah!
Warga SMK Rantau Panjang, Bestari Jaya mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid.
Jangan lupa:
💧 Minum air secukupnya
🚦 Patuhi peraturan jalan raya
🛵 Pakai topi keledar ketika menunggang
👨👩👧👦 Luangkan masa bersama keluarga
📚 Isi masa dengan aktiviti yang bermanfaat
Jaga diri, jaga keselamatan dan manfaatkan cuti dengan sebaiknya.
Jumpa lagi apabila sesi persekolahan bermula!
29/05/2026
Jom luangkan masa cuti sekolah bulan Mei dan cuti raya haji di acara Pesta Buku Terbesar Malaysia!
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAKL kali ke-43) kembali
📌 Simpan tarikh ini & bersama kita Merayakan Buku!
🗓 29 Mei – 7 Jun 2026
⏰ 10 pagi – 10 malam
📍 WTCKL
27/05/2026
✨ Salam Aidiladha 1447H ✨
Daripada seluruh warga SMK Rantau Panjang, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.
Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan. Mudah-mudahan setiap amal ibadah diterima serta membawa kebahagiaan, ketenangan dan rahmat buat kita semua.
🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf zahir dan batin. 🤍
25/05/2026
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Drone Edu Challenge IR 4.0 sempena DUTA@School Selangor 2025 telah diadakan di Dataran Perhimpunan dan disempurnakan oleh Tuan Pengetua dengan iringan PKKO.
Tahniah!
22/05/2026
Selamat bercuti pertengahan tahun! 🌸
Gunakan masa cuti untuk berehat dan luangkan masa bersama keluarga.
Walau bercuti, study jangan lupa ya 📚
Jaga diri dan jaga kesihatan selalu.
Semoga cuti ini memberi semangat baru untuk kembali belajar dengan lebih cemerlang 😊
19/05/2026
🚗 5 Minit Yang Mampu Menyelamatkan Nyawa! 🚲
Hai warga Serantau! 👋
Semalam (18/5/2026), sekolah kita telah mengadakan Program 5 Minit Kesedaran Keselamatan Sekolah yang memfokuskan kepada isu Keselamatan Jalan Raya.
Seperti pesanan ikhlas daripada Pn. Nur Amalina, peraturan jalan raya ini bukan sengaja dibuat untuk membebankan kita, tetapi demi melindungi diri kita sendiri serta orang-orang di sekeliling kita. 🥰
Jom semak semula Amalan Selamat yang perlu anak-anak kita praktikkan setiap hari:
👣 Pejalan kaki: Jangan melintas secara tergesa-gesa. Gunakan jejantas atau lintasan zebra.
🚴 Penunggang basikal: Sentiasa berhati-hati, patuhi isyarat lampu trafik, dan pakai topi keledar.
🚘 Penumpang kenderaan: Duduk dengan diam, pakai tali pinggang keselamatan, dan jangan mengganggu pemandu.
Semoga dengan kesedaran ringkas ini, perjalanan pergi dan balik anak-anak SMK Rantau Panjang sentiasa dilindungi dan selamat.
Sila 'Share' infografik ini demi manfaat bersama! ❤️