01/10/2024
Selamat datang kepada mahasiswa mahasiswi baharu program sarjana muda ke Universiti Malaysia Terengganu(UMT) bagi sesi 2024/2025.
Semoga para pelajar dapat menimba ilmu dan pengalaman bermakna demi mencapai cita-cita murni sambil meneroka keindahan di negeri bertuah iniโจ
16/09/2024
SELAMAT HARI MALAYSIA ๐ฒ๐พ โค๏ธ๐ค๐๐!
Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) dengan penuh rasa bangga mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia! Pada hari istimewa ini, kita merayakan keunikan dan kekuatan negara kita yang tercinta. Malaysia adalah contoh cemerlang tentang bagaimana perpaduan dalam kepelbagaian dapat membentuk sebuah masyarakat yang harmonis dan progresif.
Dari sudut yang paling utara di Perlis hingga ke pulau-pulau indah di Sabah dan Sarawak, kita bersatu di bawah satu bendera, dengan satu visi, dan satu matlamat โ untuk menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik untuk generasi akan datang. Mari kita teruskan usaha dalam memelihara keharmonian, memperkukuh perpaduan, dan mengejar kejayaan bersama.
Dengan penuh harapan, kami doakan agar Malaysia terus maju, aman, dan makmur. Marilah kita kekalkan semangat perpaduan ini sepanjang tahun dan sentiasa bangga dengan identiti kita sebagai rakyat Malaysia.
Selamat Hari Malaysia!
15/09/2024
๐ MAULIDUR RASUL ๐
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Sempena Maulidur Rasul 1446H, marilah kita bersama-sama menghayati dan mencontohi akhlak mulia serta ajaran Rasulullah SAW.
Semoga hari yang berkat ini menjadi peringatan untuk kita memperkukuh iman dan memperbanyakkan kecintaan kepada Baginda dengan memperbanyakkan selawat ke atasnya.
โSesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah mereka yang paling banyak berselawat ke atasku.โ โ Hadis At-Tirmizi
15/09/2024
Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Salam edi dalam jiwa,
Kami dari barisan kepimpinan KEMAFIZ mungucapkan syabas dan Tahniah kepada saudari NURUL AIN HUSNA BINTI RAZALI pelajar tahun 2 Sarjana Muda Sains Gunaan Elektronik dan Instrumentasi (EDI) Atas pencapaiannya yang cemerlang dengan memperoleh PINGAT EMAS bagi kategori Pencak Silat Kelas B Putri pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2024.
Semoga kejayaan ini dapat menjadi pembakar semangat ๐ฅ kepada semua untuk terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburinya sama ada akademik, sukan, mahupun sahsiah agar menjadi mahasiswa/i yang holistik.
โOur greatest weakness lies in giving up. the most certain way to succeed is always to try just one more timeโ - Thomas Edison
EDI FLY HIGH๐๏ธ
15/09/2024
Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Salam edi dalam jiwa,
Kami dari barisan kepimpinan KEMAFIZ mungucapkan Syabas dan Tahniah kepada saudara MUHAMAD TAMLIKO BIN TAJUDIN pelajar tahun 3 Sarjana Muda Sains Gunaan Elektronik dan Instrumentasi (EDI) Atas pencapaiannya yang cemerlang dengan penganugerahan Pelatih Terbaik Latihan Luar pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Perlatihan Kor Suksis Kali ke-20 tahun 2024.
Semoga kejayaan ini dapat menjadi pembakar semangat ๐ฅ kepada semua untuk terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburinya sama ada akademik, sukan, mahupun sahsiah agar menjadi mahasiswa/i yang holistik. Sikap kepimpinan dan disiplin yang dimilikinya wajar dicontohi agar menjadi satu penanda aras yang baik untuk kejayaan.
โStrength does not come from winning. When you go through hardships and decide not to surrender, that is strenght.โ - Thomas Edison
EDI FLY HIGH๐๏ธ
30/08/2024
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ
Langit biru menyaksikan bendera Jalur Gemilang berkibar megah di seluruh pelusuk negara. Di setiap nadi rakyat Malaysia, semangat kemerdekaan berkobar-kobar, menyatukan kita dalam satu semangat yang padu dan teguh.
Tahun ini, kita melangkah dengan penuh rasa syukur dan bangga, menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-67. Tujuh dekad lebih telah berlalu sejak kita mengecap nikmat kebebasan, namun semangat yang diwariskan oleh pejuang-pejuang terdahulu tetap utuh di dalam hati setiap warga Malaysia.
Di dalam kesatuan, kita temui kekuatan. Di dalam kepelbagaian, kita rayakan persahabatan dan perpaduan. Marilah kita bersama-sama terus memupuk cinta terhadap tanah air, memperkukuhkan tekad, dan memperjuangkan masa depan yang lebih cemerlang untuk generasi akan datang.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-67 dari kami, Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ). Semoga semangat kemerdekaan ini terus hidup subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia, membawa negara kita ke puncak kejayaan.
29/08/2024
SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN UNTUK SELURUH MAHASISWA/I EDI
Assalamualaikum,
Selamat Sejahtera,
Salam EDI dalam Jiwa,
Barisan MTME KEMAFIZ mungucapkan syabas dan Tahniah untuk semua Mahasiswa/i Sarjana Muda Sains Gunaan Elektronik dan Instrumentasi (EDI) Atas Keputusan peperiksaan yang diperoleh.
Segulung Tahniah untuk mahasiswa/i yang peroleh keputusan Cemerlang dalam peperiksaan ini. Kekalkan Momentum.โจ
Bagi pelajar yang tidak mendapat keputusan yang ingin dicapai, Syabas kerana telah buat yang terbaik. Comeback stronger๐ช๐ฝ
Semoga pada sesi peperiksaan yang akan datang seluruh Mahasiswa/i EDI dapat memberikan yang terbaik dan juga memperoleh keputusan yang lebih baik lagi dari yang terkini.
"It is through education that the daughter of a peasant can become a doctor, that the son of a mineworker can become the head of the mine, that a child of farm workers can become the president of a great nation." - Nelson Mandela
03/08/2024
BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS TERTINGGI DAN MAJLIS EXCO KELAB MAHASISWA FIZIK (KEMAFIZ) SESI 2024/2025
Assalamualaikum, salam sejahtera & salam UMT cita warisan.
Kami dengan sukacitanya ingin memperkenalkan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi dan Majlis Exco Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) bagi sesi 2024/2025.
Tahniah & syabas di atas pelantikan. Semoga amanah dan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan dapat digalas dengan baik.
Sekian, terima kasih.
03/08/2024
๐ JOHAN PERTANDINGAN SUMO ROBOT RC 2024 ๐
๐
Tarikh: 24-25 Julai 2024
๐ Tempat: Institut Latihan Perindustrian, ILP Kuala Terengganu
โจ Kategori Pertandingan: Sumorobot RC 1KG
Team RoboTech UMT telah menghantar 4 kumpulan ke Pertandingan Robot RC sempena Karnival Jelajah MADANI: Jom Masuk TVET Zon Pantai Timur yang berlangsung di ILP Kuala Terengganu. Sebanyak 40 kumpulan telah menyertai pertandingan ini.
Salah satu kumpulan, iaitu EDIVOUR, telah dinobatkan sebagai juara pertandingan bagi kategori 1 Kg Sumo Robot RC. Peserta terdiri daripada 10 pelajar EDI dan seorang pelajar senibina kapal, diiringi oleh Dr. Siti Norbakyah, Dr. Zulkifli, dan Dr. Syarifuddin.
Kami berbangga kerana telah meraih johan dalam pertandingan ini! Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan memberi semangat! ๐ช๐ค Semoga team Robotik EDI terus cemerlang pada pertandingan masa hadapan.
25/07/2024
ANNUAL GRAND MEETING (AGM) KEMAFIZ 23/24
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Mahasiswa Fizik Sidang 2023/2024 telah diadakan pada 12 Julai 2024 secara atas talian. Turut hadir bersama,
1. Prof. Madya. Ts. Dr. Salisa Binti Abdul Rahman (TDA FTKK)
2. Saudari Humaira Binti Mohd Zaki (MPP Kelab dan Persatuan UMT)
Melalui mesyuarat ini, barisan kepimpinan KEMAFIZ sesi 2023/2024 telah dibubarkan sejurus selepas pengumuman barisan kepimpinan KEMAFIZ Sesi 2024/2025.
Tahniah diucapkan kepada calon yang terpilih, diharapkan agar anda dapat menjalankan tanggungjawab sebaiknya.
Semoga KEMAFIZ terus cemerlang! ๐ฅ