MARA Negeri Terengganu

MARA Negeri Terengganu

Share

Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa

Photos from MAJLIS AMANAH RAKYAT's post 12/06/2026
12/06/2026

๐—–๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ ๐— ๐—”๐—ก๐—œ๐—” @ ๐—š๐— ๐—œ ๐—›๐—ฌ๐—ฃ๐—˜๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Nak tengok teknologi, muzik, cosplay dan peluang melanjutkan pengajian dalam satu lokasi? GMI HypeFest 2026 ada semuanya!

German-Malaysian Institute (GMI) menjemput orang ramai, khususnya pelajar dan ibu bapa, untuk hadir ke GMI HypeFest 2026 yang bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik berteraskan teknologi, inovasi, kreativiti dan pendidikan TVET.

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚)
๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ : ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ โ€“ ๐Ÿฑ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ : ๐—™๐—ฒ๐—ถ๐˜€๐—ผ๐—น ๐—›๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ป-๐—›๐—ฎ๐—น๐—น๐—ฒ, ๐—š๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ป-๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐˜€๐˜๐—ถ๐˜๐˜‚๐˜๐—ฒ (๐—š๐— ๐—œ), ๐—ž๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด

Antara pengisian program yang akan berlangsung termasuk pameran teknologi seperti 3D Printing, animasi dan inovasi pelajar, Battle of the Band, pertandingan nyanyian, pertandingan cosplay, permainan sukan interaktif serta sesi konsultasi program akademik.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan surat tawaran segera bagi kemasukan Julai dan Ogos 2026.

Jangan lepaskan peluang untuk mengenali dengan lebih dekat ekosistem TVET bertaraf industri yang ditawarkan oleh GMI dan meneroka laluan pendidikan serta kerjaya masa hadapan.GMI HYPE FEST 2026







12/06/2026
12/06/2026

๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—œ๐—ก ๐—™๐—”๐—ฆ๐—›๐—œ๐—ข๐—ก (๐— ๐—œ๐—™) | ๐—ช๐—ข๐— ๐—˜๐—ก ๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ฅ๐—–๐—› ๐—ข๐—™ ๐—˜๐—ซ๐—–๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ (๐—ช๐—ถ๐—ฆ๐—˜) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Sebagai sebahagian daripada pengisian Women In Search of Excellence (WiSE) 2026, MARA In Fashion (MIF) mengetengahkan kreativiti dan bakat usahawan fesyen MARA menerusi persembahan runway yang menampilkan koleksi berkonsepkan Modest Fashion.

Platform ini bukan sahaja memperagakan hasil karya pereka fesyen tempatan, malah menjadi medium promosi jenama, memperluas jaringan industri serta membuka peluang pasaran kepada usahawan fesyen wanita.

Selaras dengan tema โ€œElevating Women, Empowering Communitiesโ€, MIF terus menjadi platform dalam memperluas potensi usahawan fesyen wanita ke arah pembangunan jenama yang lebih berdaya saing dan berpotensi menembusi pasaran lebih luas.

16 Jun 2026 (Selasa)
8.00 pagi โ€“ 10.30 malam
Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar, Perlis








11/06/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—œ๐—ญ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—ง *SIRI 2*
๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฅ ๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง, ๐“๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ง

Usahawan Bumiputera Terengganu dijemput menyertai Program HALAL BizStart, sebuah program pembangunan usahawan yang memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan keperluan pensijilan halal serta pelaksanaan perniagaan patuh syariah.

Program ini amat sesuai kepada usahawan yang ingin meningkatkan kredibiliti perniagaan dan menembusi pasaran yang lebih luas melalui pematuhan piawaian halal.

๐Ÿ“… Tarikh : 24 JUN 2026 (Rabu)
โฐ Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat : Paya Bunga Hotel Terengganu, Kuala Terengganu

๐Ÿ’ฐ Yuran Komitmen : RM50.00

โœ… Syarat Penyertaan
โœ”๏ธ Warganegara Malaysia (Bumiputera)
โœ”๏ธ Umur 18 hingga 60 tahun
โœ”๏ธ Mempunyai pendaftaran SSM
โœ”๏ธ Menjalankan perniagaan sepenuh masa
โœ”๏ธ Perniagaan patuh syariah
โœ”๏ธ Terbuka kepada usahawan yang ingin
mendapatkan pensijilan HALAL
๐Ÿ“ฒ Pendaftaran di Laman web
https://myusahawan.mara.gov.my/default.aspx
atau Imbas QR Code pada poster hebahan.
โš ๏ธ Tempat adalah terhad.

๐Ÿ“ž Maklumat Lanjut
En. Mukhlis โ€“ 013-275 4558
Pn. Nur Aini โ€“ 019-277 4042
๐Ÿ‘‰ Ayuh tingkatkan nilai perniagaan anda melalui pensijilan halal.
Halal adalah keperluan, bukan sekadar pilihan.









Photos from MARA Negeri Terengganu's post 11/06/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—•๐—œ๐—ญ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—ง ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก

HULU TERENGGANU, 10 Jun 2026 - MARA Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat MARA Daerah Hulu Terengganu terus komited dalam memperkasa usahawan Bumiputera melalui penganjuran Program BizStart : Permulaan Strategik Usahawan Kompeten Siri 04/2026 pada 9 hingga 10 Jun 2026 bertempat di Serai Cottage Kuala Berang.

Program intensif selama dua hari ini telah disertai oleh 15 orang usahawan daripada pelbagai industri. Antara objektif program ini adalah untuk membina asas perniagaan yang kukuh, mampan dan berdaya tahan dalam menghadapi landskap ekonomi yang semakin mencabar.

Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan elemen penting dalam pengurusan perniagaan merangkumi tadbir urus perniagaan, pengurusan kewangan strategik, pendigitalan perniagaan serta kawalan kredit yang efektif sebagai persediaan membangunkan perniagaan yang lebih tersusun dan kompetitif.

Program ini dikendalikan oleh Encik Mohd Tajul Rizal bin Ab Aziz, Ketua Penolong Pengarah (Pembiayaan Perniagaan), Encik Mohd Yaziddi bin Mat Amin, Pegawai MARA Daerah Besut, Encik Mohd Firman bin Mohd Fakri, Pegawai MARA Daerah Marang, Encik Mohamad Syafiq bin Mohamad, Pegawai MARA Daerah Hulu Terengganu, Encik Mohd Asri bin Mohd Azhar, Pensyarah Keusahawanan TVETMARA Kemaman serta Encik Wan Azrul bin Wan Mahmud, Penolong Pegawai Kawalan Kredit dan Penguatkuasaan, Unit Kawalan Kredit.

Sesi Libat Urus telah disempurnakan oleh Puan Norharyati binti Saat, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Usahawanan) MARA Negeri Terengganu. Turut hadir Encik Mohd Rahim bin Hamat, Ketua Unit Infrastruktur Komersial MARA Negeri Terengganu, Puan Nur Aini binti Ahmad dan Encik Mukhlis bin Abdul Aziz.








02/06/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—•๐—œ๐—ญ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” (๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ & ๐—œ๐—œ) ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐——๐—œ๐—•๐—จ๐—ž๐—”!

Khas buat Alumni IPMA yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan, inilah peluang untuk anda melangkah lebih jauh dalam dunia keusahawanan ๐Ÿ’ผ

Program ini memberi pendedahan kepada ekosistem keusahawanan MARA serta kemudahan sokongan yang disediakan. Peserta juga akan dibimbing untuk membina kapasiti diri, merancang strategi perniagaan dan menghadapi cabaran sebenar dunia bisnes.

Selari dengan Pelan Strategik MARA 2026โ€“2030, program ini menyasarkan untuk melahirkan usahawan yang mampan, berdaya saing serta mampu mencipta peluang pekerjaan, sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi.

๐Ÿ“… 14 โ€“ 16 Jun 2026 (Ahad โ€“ Selasa)
๐Ÿ“ Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu
๐Ÿฝ๏ธ Penginapan & makan minum disediakan

๐Ÿ’ฐ Yuran komitmen: RM100

๐Ÿ“ฒ Imbas QR pada poster atau layari:
๐Ÿ‘‰ https://myusahawan.mara.gov.my/

โ˜Ž๏ธ Sebarang pertanyaan, hubungi:
โ€ข En. Mukhlis: 013-2754558
โ€ข Pn. Nur Aini: 019-2774042

Tempat adalah terhad!

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Bangunan KWSP, Jalan Kemajuan, Padang Hiliran
Kuala
21100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00