10/06/2026
πTajuk: Sesi perbincangan KPTIP
πTarikh: 09 Jun 2026 (Selasa)
β±οΈMasa: 3.00 petang
πTempat: Pejabat Pentadbiran Pusat UMT Life
π₯ππMerintis peluang, membina masa depanπππ₯
Sesi perbincangan penawaran Program Pensijilan profesional KPTiP Fasa 2 bersama FTKK bagi meneroka potensi kerjasama, memperkukuh penawaran program dan meningkatkan kebolehpasaran graduan UMT.
02/06/2026
Warga Pusat UMT Life merakamkan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Puan Rohaida Haji Awang, Timbalan Pengarah Pusat UMT Life.
Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kesejahteraan yang berpanjangan, serta terus cemerlang dalam setiap amanah dan tanggungjawab yang dipikul.
Semoga hari yang bermakna ini diraikan dengan penuh kegembiraan dan keberkatan.
Ikhlas daripada: Pusat UMT Life πβ¨
26/05/2026
β¨ Salam Aidiladha 1447H β¨
Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima dan dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT. π€π
Selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Ikhlas daripada:
Pusat UMT Life
25/05/2026
π Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H π
Marilah kita bersama-sama merebut keberkatan Hari Arafah dengan memperbanyakkan doa, zikir dan amalan kebaikan.
Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita serta mengurniakan rahmat dan keberkatan dalam kehidupan. π€²β¨
Ikhlas daripada:
Pusat UMT Life
25/05/2026
πTajuk: Sesi persediaan kelas Stackable MC UMT
πTarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)
β±οΈMasa: 4.30 petang
πTempat: PED
Persediaan komprehensif bagi kelas Stackable Micro-credential UMT bertempat di Makmal Kompetensi UMT dengan kolaborasi Pusat UMT Life- Pusat Ekosistem Digital UMT.
21/05/2026
ππ MICRO-CREDENTIAL MARINE TOURISM PRODUCT : HORSESHOE CRABS
π Kod Micro-credential : MCTE10002
ποΈ Tarikh : 16 Mei 2026 (Sabtu)
π Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari
π Tempat : Bilik Seminar 6, UMTCC
π©βπ« Pengajar : Dr. Kalsitinoor binti Set dan Profesor Madya Dr. Faridah binti Mohamad
Pada 16 Mei 2026 (Sabtu) yang lalu, Pusat UMT Life telah berjaya menganjurkan program Micro-credential Marine Tourism Product : Horseshoe Crabs yang memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kepentingan belangkas sebagai produk pelancongan marin serta peranan spesies ini dalam ekosistem marin. ππ¦
Program ini telah disertai oleh seramai 40 orang pelajar yang menunjukkan minat dan penglibatan aktif sepanjang sesi berlangsung. π Antara pengisian program termasuklah pengenalan kepada spesies belangkas, potensi produk pelancongan berasaskan biodiversiti marin serta kesedaran terhadap pemuliharaan hidupan laut. ππ
Pusat UMT Life merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Kalsitinoor binti Set, Profesor Madya Dr. Faridah binti Mohamad serta semua peserta yang telah menjayakan program ini. π€ Semoga program seperti ini dapat terus meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan kelestarian sumber marin dalam kalangan pelajar. β¨
21/05/2026
πβ¨ MICRO-CREDENTIAL COACHING AND MENTORING FOR LEADERS
π Kod Micro-credential : MCBS10065
ποΈ Tarikh : 16 Mei 2026 (Sabtu)
π Masa : 10.00 pagi - 2.00 petang
π Tempat : Bilik Seminar 5, UMTCC
π¨βπ« Pengajar : Dr. Mohd Shaari bin Abd. Rahman, FPEPS
Pada 16 Mei 2026 (Sabtu) yang lalu, Pusat UMT Life telah berjaya menganjurkan program Micro-credential Coaching and Mentoring for Leaders yang memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas coaching dan mentoring dalam pembangunan kepimpinan yang berkesan. π
Program ini telah disertai oleh seramai 34 orang pelajar yang menunjukkan komitmen dan penglibatan aktif sepanjang sesi berlangsung. π Antara pengisian program termasuklah pengenalan kepada konsep coaching dan mentoring, kemahiran komunikasi dalam kepimpinan serta pendekatan membimbing individu dan pasukan secara efektif. ππ£οΈ
Pusat UMT Life merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Mohd Shaari bin Abd. Rahman serta semua peserta yang telah menjayakan program ini. π€ Semoga program seperti ini dapat terus memberi manfaat dalam membentuk graduan yang berkualiti, berdaya saing dan mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi. π
20/05/2026
π MICRO-CREDENTIAL FUNDAMENTAL MANDARIN: SELF-INTRODUCTION
πKod Micro-credential : MCBS10068
ποΈTarikh : 16 Mei 2026 (Sabtu)
πMasa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari
πTempat : Bilik Seminar 1, UMTCC
π¨βπ«Pengajar : Dr. Nurul Ain Chua binti Abdullah, PPAL
Pada 16 Mei 2026 (Sabtu) yang lalu, Pusat UMT Life telah berjaya menganjurkan program Micro-credential Fundamental Mandarin: Self-Introduction yang memberi pendedahan asas kepada peserta dalam memperkenalkan diri menggunakan Bahasa Mandarin. π
Program ini telah disertai oleh seramai 29 orang pelajar yang menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang sesi berlangsung. Antara pengisian program termasuklah pengenalan sebutan asas, komunikasi harian serta latihan memperkenalkan diri dalam Bahasa Mandarin. π£οΈ
Pusat UMT Life merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Ain Chua serta semua peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga inisiatif pembelajaran sepanjang hayat seperti ini terus memberi manfaat dan menjadi nilai tambah kepada pembangunan diri serta kebolehpasaran graduan. π
20/05/2026
π STACKABLE MICRO-CREDENTIAL MBA: BUSINESS RESEARCH METHODS π
Nama MC : Business Research Methods
Kod MC: MGM5113-MC
Pengajar : Prof. Madya Dr. Azwadi Bin Ali
Tempoh MC : 15 April - 14 Mei 2026
Pada 15 April hingga 14 Mei 2026, Pusat UMT Life telah meneruskan pelaksanaan program Stackable Micro-credential β Master of Business Administration (MBA) menerusi penganjuran Micro-credential dalam Business Research Methods. β¨
Program ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Azwadi Bin Ali, seorang pensyarah berpengalaman yang juga merupakan Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial. ππ
Seramai 11 orang peserta luar daripada pelbagai latar belakang profesional telah menyertai program ini, membuktikan minat yang tinggi terhadap penguasaan kaedah penyelidikan dalam pengajian pascasiswazah serta aplikasi penyelidikan dalam bidang profesional. π₯π‘
Sepanjang program berlangsung, peserta telah didedahkan dengan asas dan pendekatan penting dalam penyelidikan perniagaan termasuk pembentukan masalah kajian, kaedah pengumpulan data, analisis data serta penulisan akademik. Kursus ini turut membantu peserta meningkatkan kefahaman terhadap proses penyelidikan yang sistematik dan berkualiti. ππ
Program ini terus menjadi platform pembelajaran sepanjang hayat yang memberi nilai tambah kepada peserta dalam memperkukuh kompetensi akademik dan profesional. π±β¨
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan program ini dengan jayanya! ππ
18/05/2026
π’ JEMPUTAN TAKLIMAT
Program Sarjana Sains Akuakultur (ODL), UMT
Program ini memberi penekanan kepada aplikasi sains akuakultur secara komprehensif, merangkumi aspek pengurusan kesihatan hidupan akuatik, kualiti air, nutrisi, serta teknologi pembiakan. Program ini turut menyediakan graduan dengan kemahiran teknikal dan profesional yang selaras dengan keperluan industri akuakultur semasa.
Terbuka kepada pelajar tahun akhir, pelajar latihan industri, alumni UMT dan industri berkaitan.
ποΈ 24 Mei (Ahad)
β° 10.00 pagi β 12.00 tengahari
π» Platform Webex - https://umt.webex.com/umt/j.php?MTID=maf17a7f69fff48fec95e9820f1e0a5bf
π Kemasukan: Semester 1 Sesi 2026/2027 (Oktober 2026)
Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui laluan kerjaya dan kelebihan pembelajaran fleksibel!
π² Imbas Kod QR untuk penyertaan.