Smk Seri Pantai Kuala Kedah

Smk Seri Pantai Kuala Kedah

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Smk Seri Pantai Kuala Kedah, Education, Kuala.

Photos from Smk Seri Pantai Kuala Kedah's post 19/01/2023
01/07/2022

KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL ZULHIJJAH

Soalan:
Apakah benar bahawa sepuluh hari bulan Zulhijjah ini paling terbaik untuk kita beribadah.
Tidakkah Ramadan bulan yang terbaik? Jika benar sepuluh hari Zulhijjah terbaik, apakah amalan yang patut saya lakukan?

Jawapan:
Memang benar, terdapat dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang memberi maksud sepuluh hari awal Zul Hijjah merupakan hari-hari yang penuh dengan kelebihan dan kurniaan Allah.
Bahkan dalam hadis, Nabi s.a.w menyatakan sepuluh awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang paling terbaik untuk seseorang melakukan apa-apa amalan soleh.

Berikut dalil dan perbincangan;

1. Firman Allah dalam Surah al-Fajr ayat 1-2:
‎وَالْفَجْرِ (1) وَلَيَالٍ عَشْرٍ (2)
(maksudnya: Demi waktu fajar. Dan (demi) malam-malam yang sepuluh)

Menurut Ibn ‘Abbas, Abdullah bin al-Zubair, Mujahid dan ramai kalangan ulama salaf dan khalaf bahawa yang dimaksudkan dengan sepuluh malam dalam di ayat ialah sepuluh hari (awal) Zul Hijjah

Apabila Allah bersumpah dengan sepuluh hari Zulhijjah tersebut, pasti ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

2. Dalam hadis Nabi s.a.w :
‎عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ"، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ"

Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah s**ai melebihi sepuluh hari ini (sepuluh hari awal Zulhijjah)”.
Mereka bertanya: “Sekalipun jihad pada jalan Allah?”. Jawab Rasulullah s.a.w: Sekalipun jihad pada jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar (berjuang) dengan diri dan hartanya dan tidak mendapat semua itu kembali walaupun sedikit”

Dalam riwayat al-Darimi (berstatus hasan) daripada Ibn ‘Abbas, lafaz hadis seperti berikut:

‎مَا مِنْ عَمَلٍ أَزْكَى عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَلَا أَعْظَمَ أَجْرًا مِنْ خَيْرٍ يَعْمَلُهُ فِي عَشْرِ الْأَضْحَى

“Tiada amalan yang lebih mulia di sisi Allah dan lebih besar pahala daripada kebaikan yang seseorang lakukan pada sepuluh hari Adha (sepuluh hari awal Zulhijjah).”

Berdasarkan hadis di atas, maka sepuluh hari awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang paling dis**ai oleh Allah untuk kita melakukan amalan soleh. Pahala yang dijanjikan paling banyak.

3. Para ulama berbincang, apakah hadis ini menunjukkan sepuluh hari Zulhijjah itu lebih afdal dari sepuluh hari terakhir Ramadan?
Dalam menilai hal ini, para ulama berbeza pendapat, ada yang berpendapat amalan soleh semasa sepuluh hari awal Zulhijjah ini lebih afdal dari semua hari termasuk sepuluh akhir Ramadan. Ada p**a yang mempertahankan sepuluh akhir Ramadan itu lebih afdal.

Hasil dari perbahasan mereka, ada yang mentarjihkan bahawa amalan soleh pada waktu siang hari semasa sepuluh hari awal Zulhijjah lebih baik daripada semua hari termasuk sepuluh hari akhir Ramadan.
Sementara amalan soleh pada malam hari sepuluh akhir Ramadan lebih afdal dibandingkan semua malam termasuk sepuluh malam akhir Zulhijjah.

Alasan mereka kerana pada malam sepuluh akhir Ramadan terdapat Lailatul Qadar yang merupakan malam yang terbaik.
Sementara pada siang sepuluh hari awal Zulhijjah terdapat Hari Arafah yang merupakan hari yang terbaik

4. Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berpendapat keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah kerana terkumpul padanya segala ibadah-ibadah utama; solat, puasa, sedekah (zakat) dan haji. Ini tidak terdapat pada waktu yang lain.

Maka, sepuluh hari awal Zulhijjah merupakan satu tempoh yang mana manusia beribadah kepada Allah dalam segala bentuknya.
Ia benar-benar satu tempoh waktu pelbagai ibadah dipersembahkan oleh sekelian para hamba yang soleh.
Allah merahmati waktu tersebut dengan memberikan ganjaran yang besar kepada apa sahaja amalan soleh yang dilakukan semasa sepuluh hari berkenaan.

5. Apapun yang jelasnya, hadis Nabi s.a.w tersebut menggalakan amalan soleh pada sepuluh hari awal Zulhijjah. Amalan soleh pada hari-hari tersebut paling dis**ai di sisi Allah serta paling besar ganjarannya dibandingkan hari-hari yang lain.

Perkataan ‘amalan soleh’ itu merangkupi segala perbuatan baik yang dis**ai Allah. Ini termasuk solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, tahmid, takbir, tahlil, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan dan seumpamanya.

6. Maka, semasa tempoh sepuluh hari awal Zulhijjah ini marilah kita berusaha bersungguh-sungguh melakukan amalan yang mendapat pahala di sisi Allah.

Demikian kita wajar menjauhkan diri dari dosa sebagai menghormati hari-hari yang Allah muliakan.
Kita berusaha membanyakkan ibadah dan apa sahaja amalan baik. Ini kerana, semasa pahala meningkat, semasa itu amalan patut meningkat. Maka bergandalah amalan yang banyak dengan pahala yang besar.

Sementara amalan sunat ataupun nafilah seperti puasa sunat boleh dilakukan semasa hari-hari tersebut, apatahlagi pada Hari Arafah (kecuali hariraya). Demikianlah membaca al-Quran, beristighfar, berdoa, bersedekah, membantu yang memerlukan dan seterusnya apa sahaja amalan yang baik di sisi Allah, samada antara kita dengan Allah ataupun antara kita sesama hamba-hamba Allah yang lain.

Kesimp**annya, sepuluh hari ini bagaikan pesta amalan soleh yang kita wajar penuhi setiap detik di dalamnya. Ia merupakan peluang pahala paling besar yang Allah berikan kepada kita semua. Marilah kita berusaha merebut peluang yang hebat ini.

02/10/2021
26/02/2020

IBU BAPA SEKALIAN...MENGERTILAH!
BETAPA PENTINGNYA REDHO SEORANG GURU😥

Satu kisah berlaku di zaman Syeikh Abdul Qadir al-Jailani..

Ada seorang yang busuk hatinya ingin menfitnah Syeikh Abdul Qadir..

lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya..

Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syeikh Abdul Qadir dan mengintipnya..

Kebetulan ketika ia mengintip Syeikh Abdul Qadir..

ia melihat Syeikh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya..

Syeikh Abdul Qadir s**a makan ayam..

dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain..ia akan makan separuh sahaja..

lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya..

Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syeikh Abdul Qadir tadi..

Pakcik ada anak namanya ini?

Jawab si bapa: ya ada..

Anak pak cik belajar dengan Syeikh Abdul Qadir?

Jawab si bapa: ya.

Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syeikh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja..

Syeikh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik..

Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syeikh Abdul Qadir..

Wahai tuan syeikh, saya menghantar anak saya kepada tuan syeikh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing..

Saya hantar kepada tuan syeikh,supaya anak saya jadi alim ulama'..

Syeikh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja..

Kalau begitu ambillah anakmu..

Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk p**ang..

Ketika keluar dari rumah syeikh menuju jalan p**ang..

bapa tadi tanya pada anaknya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam..

ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul..

Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syeikh Abdul Qadir..

Wahai tuan syeikh terimalah anak saya untuk belajar dengan tuan semula..

tuan didiklah anak saya..

ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing...

ku melihat ilmu anakku sangat luar biasa bila bersamamu..

Maka jawab tuan Syeikh Abdul Qadir..

bukan aku tidak mahu menerimanya kembali..

tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU..

ALLAH sudah menutup 'futuh'nya untuk mendapat ilmu..

disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU..

maka anak yang menjadi mangsa..

Begitulah ADAB dalam menutut ilmu..

Anak,mak,ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru..

Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita..

Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru..

Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab,memaki dan mengaibkan gurunya..

Kata ulama: Satu prasangka buruk sahaja kepada gurumu..

maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu..

Semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita dan anak-anak kita...
Aamiin.

#
#
#

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kuala