13/09/2023
[ 6 HAK MUSLIS KE ATAS MUSLIM ]
Setiap Muslim adalah bersaudara dan sudah menjadi lumrah persaudaraan adanya hak-hak yang perlu ditunaikan. Perkara ini dapat dilihat menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW :
لِلْمُؤْمِنِ عَلَى الْمُؤْمِنِ سِتُّ خِصَالٍ : يَعُودُهُ إِذَا مَرِضَ ، وَيَشْهَدُهُ إِذَا مَاتَ ، وَيُجِيبُهُ إِذَا دَعَاهُ ، وَيُسَلِّمُ عَلَيْهِ إِذَا لَقِيَهُ ، وَيُشَمِّتُهُ إِذَا عَطَسَ ، وَيَنْصَحُ لَهُ إِذَا غَابَ أَوْ شَهِدَ
Maksudnya :”Kewajipan seorang Mukmin ke atas seorang Mukmin yang lain ada enam menziarahinya ketika sakit, bersama dengannya ketika dia meninggal dunia, menyahut jemputan jika dijemput (ke majlis anjurannya), memberi salam kepadanya ketika bertemu, mendoakan kebaikannya untuknya ketika dia bersin dan tulus kepadanya ketika ketiadannya ataupun ketika dia ada.”
Riwayat Al-Tirmizi (2737) & Al-Nasai’i (1938)
: Hanya Kerana Cinta Nya :.
12/05/2023
09/05/2023