09/09/2021
Institut Pemikiran Hassan Shukri - IHSAN
Laman mempromosikan informasi gerakan Islam di Malaysia melibatkan sejarah dan isu semasa.
09/09/2021
02/04/2021
NEGARAWAN ALIM RABBANI
Oleh: Uthman Che Aziz
NEGARAWAN - pemimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, kejujurannya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg negarawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Iklim politik nasional yang kian beralih ke kutub yang masih ketidaktahuan semakin membara, hari demi hari berita politik yang disajikan kepada orang ramai sangat rencam sekali.
Pun begitu di tengah-tengah kekalutan dan keserabutan ini, masih ada tokoh politik yang berjiwa besar dan fokus kepada matlamat yang murni.
Hari ini rasa macam nak berbicara sedikit tentang satu sosok tubuh ni, seorang individu yang puluhan tahun berjuang dalam medan politik dan kenegaraan dan dakwah Islamiah.
Siapa lagi beliau kalau tidak Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, atau nama panggilannya ayah chik.
TGHH sememangnya layak diberikan gelaran negarawan alim rabbani melihatkan kepada beberapa kriteria yang beliau miliki.
1) Gagasan TGHH
TGHH adalah seorang ulama berkelulusan Universiti Al Azhar Mesir dalam bidang Syariah, bahkan beliau adalah seorang yang alim dalam bidang siasah syar'iah. Mengemudi PAS dalan tempoh kepimpinan ulama menggunakan manhaj Islam Haraki ternyata memberikan daya gerak yang tersendiri kepada parti Islam dalam persada politik nasional.
Buah-buah fikiran beliau dalam bidang fiqh keagamaan dan politik telah didokumentasikan dengan cukup baik. Sehingga tahun 2021 sudah puluhan buku dan kitab dikarang oleh TGHH dalam memberikan panduan beragama dan berpolitik kepada umat Islam, antaranya buku politik Islam seperti
Fiqh Harakah, Budaya Politik Matang Sejahtera, Islam Memimpin, Islam dan Demokrasi, Islam Jalan Penyelesaian dan banyak lagi.
Selain itu TGHH juga mengeluarkan kitab tafsir Al Quran dengan nama atau label At Tibyan pada setiap kitab tafsir hasil nukilan beliau seperti berikut:
1.Tafsir Surah Al-Baqarah (terbitan Unit Buku Harakah)
2.Tafsir Surah As-Saff (terbitan Jundi Resources)
3.Tafsir Surah Al-Hujurat (terbitan Jundi Resoures)
4.Tafsir Surah Al-Kahfi (terbitan APSA Production)
5.Tafsir Surah Yaasin
6.Tafsir Surah Al-Hasyr
7.Tafsir Surah Luqman
8. Tafsir Surah Al Asr
9. Tafsir Surah Al-Fill
Itu belum kita sentuh tentang penulisan rutin TGHH iaitu Minda Presiden yang menjadi kayu ukur pendirian semasa PAS dan TGHH yang sentiasa disebarkan kepada orang ramai. Penulisan Minda Presiden yang sentiasa sarat dengan mesej dan dalil-dalil yang menjadi asbab sesuatu tindakan atau ijtihad politik itu diambil oleh Tuan Guru. Mana nak kita cari pemimpin politik seperti ini lagi?
2) Tindakan TGHH
Menyoroti gagasan semata-mata tidak cukup andai tidak diiringi dengan tindakan. Sudah banyak tokoh dan figura politik yang hebat dari segi idea dan tutur kata namun dari segi perbuatan jauh sekali.
Semestinya tindakan yang boleh kita kagumi adalah cara berpolitik TGHH yang berpandukan ajaran dan prinsip Islam. Ini perkara yang amat jarang kita boleh lihat dalam kalangan ahli politik kita sekarang yang rata-rata berpolitik atas semangat atau falsafah ala barat semata-mata.
Contohnya, sewaktu zaman kerajaan PH yang menyaksikan kuasa politik dan hegemoni negara ini yang berteraskan Melayu Islam cuba disentuh dan dibuat main, PAS dibawah pimpinan TGHH dengan tangkas mewujudkan kerjasama dengan parti terbesar Melayu iaitu UMNO berdasarkan prinsip siasah syar'iah Taawun Siyasi iaitu tolong menolong dalam perbincangan kebajikan, kesatuan dan usaha untuk memartabatkan Islam, bangsa serta tanah air, itu yang kita boleh lihat menerusi beberapa siri PRK pasca- PRU-14. Ini semua demi 'survivability' kaum Bumiputera itu sendiri.
Contoh lain, dalam berpolitik TGHH tekankan kepada ahli PAS bahawasanya kita bukan hanya sekadar berpolitik namun dalam masa kerja dakwah turut menjadi objektif utama. Sebab itu, tatkala panasnya cuaca politik pra Pru-14 dengan tuduhan rasuah dan permainan persepsi, tiba-tiba TGHH memperkenalkan idea Budaya Politik Matang Sejahtera sebagai tawaran PAS buat rakyat Malaysia. BPMS mementingkan fakta dan kebenaran bagi menolak budaya persepsi populis yang dilihat lemah dan mengalah kepada kejahatan pada mata masyarakat biasa waktu itu.
Sedangkan berita-berita dan isu berlegar sewaktu itu seperti tuduhan rasuah dan salah laku beberapa institusi masih belum dimuktamadkan, namun ramai politikus yang menunggang isu ini dan menjatuhkan hukuman luar mahkamah semata-mata meraih populariti dan ingin dilihat sebagai juara rakyat.
PAS sendiri terpalit dengan tuduhan menerima rasuah 90 juta sehinggakan reputasi PAS terjejas teruk, namun ahli PAS diajar supaya membalas fitnah dengan penghujahan fakta dan kebenaran yang sebenar, tidaklah menarik seperti tuduhan dan labelan sensasi yang dilemparkan musuh.
Kita maju kehadapan tahun 2021, rakyat sememangnya muak dengan berita politik dan permainan murahan politikus sehinggakan mereka menuntut satu budaya dan suasana politik baru dihidangkan, tanpa mereka sedar, sebenarnya TGHH dan PAS sudahpun menawarkan solusinya seawal 2017 lagi.
Banyak lagi tingkah laku TGHH yang boleh dicontohi, dari sudut menggauli masyarakat, TGHH tanpa gagal setiap minggu berkuliah di Rusila bersama ribuan masyarakat Terengganu. Belum ditambah sikap tawadhuk TGHH yang boleh kita lihat menerusi teratak sederhana beliau yang dibuat dari kayu, berbeza dengan ahli politik lain yang terhias indah dengan rumah agam, jet peribadi dan syarikat-syarikat sehinggakan boleh diwariskan kepada cucu cicit.
Bukan sahaja isu nasional, bahkan isu antarabangsa juga menjadi fokus TGHH khususnya umat Islam. Tidak perlu diceritakan peranan dan jasa TGHH yang sangat banyak di pentas antarabangsa dalam menyelesaikan konflik umat Islam.
Malahan sebagai jawapan dalam mendepani isu normalisasi hubungan negara Islam dengan Israel yang mengejutkan dunia Islam, TGHH telah mendedikasikan sebuah buku bagi merungkai isu terbabit, nyatalah tidak ramai pemimpin politik yang mempunyai kemampuan seperti TGHH sebenarnya.
Apa yang diperjuangkan TGHH dan PAS kini hanya satu, iaitu Islam dan perpaduan ummah yang menjadi kekuatan buat umat itu sendiri, bagaimana dengan kita sebagai umat Islam? Adakah kita bersedia menyahut seruan ini? Tepuk dada tanya iman.
Inilah serba sedikit, perihal Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, sosok tubuh pejuang siasah, seorang ulama yang selalu dicela dan diberi gelaran jelek, ramai yang menghina.
Namun sebenarnya lagi ramai yang menghormati dan mendapat manfaat dari keilmuan dan kepimpinan TGHH, apa yang TGHH hadapi sudah dilalui sahabat-sahabat beliau seperti almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haron Din, ketika hidup sentiasa dicaci, namun setelah meninggal barulah dicari.
2021
25/11/2020
69 TAHUN PAS: MEMASUKI DASAWARSA KETUJUH MEMIMPIN UMMAH DIMEDAN SIASAH.
Oleh:Dr Riduan Mohamad Nor.
Hari yang indah ini merupakan ulangtahun PAS ke 69 tahun, saat ulama merasakan kelompok mereka wajib disatukan suara agar ummat Islam dibimbing dan ditarjih perjalanan dimedan siasah berpandukan al Quran dan as sunnah. PAS telah merentasi jalan juang yang panjang memasuki dekad ketujuh perjuangan semenjak ianya ditubuhkan di tanah leluhur ini. Gerakan Islam ini berada dekat dengan hamparan relung hati umat Islam yang sayangkan agamanya dan ingin melihat Islam tertegak dengan sempurna mungkin.
Jamaah ini tidak akan mati terkejang nafas selagi mana bergerak di atas dasar, matlamat dan rujukannya. Dalam tempoh yang panjang ini, PAS dilambung dengan jutaan ujian, bersilih ganti dan bertindan -tindih, namun ianya masih merengkuh sokongan dan dokongan umat Islam.
Di manakah rahsia kebugaran PAS sehingga mampu bertahan gagah mendepani segunung ujian yang datang, sedangkan puluhan parti dan gerakan politik lain telah ditalkinkan tanpa batu nisan? Rahsia kekuatan PAS adalah terletak di tangan ulama yang merencahi perjalanan panjang ini dengan batu tanda perjalanan yang benar. PAS tidak tersasar kerana pemanduannya memahami arah jalan, peraturan, permainan dan kemampuan membaca unjuran masa depan. PAS tanpa lelah memimpin ummah dengan keberkatan ulama, kecerdasan profesional dan kerja keras para aktivis parti di semua peringkat.
Gerakan Islam tertua di negara ini yang mewarisi kejerihan Hizbul Muslimin ini berdada dengan kezaliman penguasa dalam tempoh yang panjang , kini berpeluang menjadi rakan kongsi dalam pemerintahan negara . PAS terus memugar kekuatan, membina kekuatan organisasi, merengkuh dokongan ummat dengan berteraskan tarbiah dan dakwah. Penubuhan PAS bermula di Pulau Pinang, dengan pantas mewangi berkembang ke negeri Pantai Timur sehinggalah beberapa kali berkuasa di peringkat negeri. PAS dengan nuansa dan citra perjuangan Islamnya telah berjaya menarik para agamawan dan para santri untuk mendokong parti tersebut. Parti ini kini berada di Putrajaya dan pos strategik pemerintahan, menguasai beberapa buah kerajaan negeri di Semenanjung serta mempunyai ADUN di negeri Sabah.
Laungan dan pekikan takbir membesarkan Allah mengingatkan hati pendokong PAS untuk tabah mengharungi badai samudera yang menghempas, pemenjaraan, pen*staan, intimidasi, pembantaian dan pengucilan yang menyelimuti anggota jamaah di sepanjang keberadaannya dalam pentas siasah dan dakwah ini. Penyokong dan pendokong PAS tidak boleh hanyut dalam arus kuasa, kesilapan semasa memerintah akan memberi kesan fatal dan berpanjangan. Program amal tarbawi dan gerakan tajnid ( kaderisasi dakwah) wajib menjadi teras penting yang memotori gerakan disemua peringkat.
Dalam sejarahnya PAS memusar arus magnetnya dari sekolah agama, madrasah dan pondok. Jajaran sekolah agama rakyat dalam dekad 1950-an dan 1960-an telah banyak tertumpu di negeri seperti Perak Utara, Kedah, Seberang Perai (Pulau Pinang), Kelantan dan Terengganu, maka tidak pelik jika negeri-negeri ini terpercik dengan pantas pengaruh PAS. Kini PAS adalah pilihan kepada kelompok kelas menengah muslim negara ini juga pilihan anak--anak muda berpendidikan.
Dengan berlakunya kebangkitan Islam di seluruh dunia dalam dekad 70-an dan 80-an, PAS tidak terkecuali mendapat simbahan pengaruh kebangkitan Islam sehingga berlaku transformasi kepimpinan yang dikenali sebagai kepimpinan ulama dalam parti tersebut. Era kepimpinan ulama telah menyaksikan keseriusan PAS dalam menangani pelbagai isu, memecah kepompong nasionalisme Melayu sebagai bertindak balas kepada dasar-dasar kerajaan yang tidak mesra syariah dan juga giat menubuhkan institusi pendidikan di bawah PAS sendiri, daripada pra sekolah sehinggalah kolej Universiti.
Selama hampir tujuh dekad ini juga telah menyaksikan PAS telah dipimpin oleh tokoh-tokoh pimpinan yang telah mencorakkan PAS dengan wajahnya yang tersendiri. Bermula dengan Ustaz Ahmad Fuad, berganti dengan Dr. Abbas Alias dan bersambung dengan cemerlang di bawah Dr. Burhanuddin al-Helmy yang bergandingan dengan tokoh 'ideologue' PAS, Dr. Zulkifli Muhammad. Era cemerlang ini pudar seketika dengan kembalinya Dr. Zulkifli ke rahmatullah dan Dr Burhanuddin diserkap di bawah ISA dengan tuduhan ingin menubuhkan kerajaan buangan. PAS dalam keadaan separuh terkejut akhirnya diwariskan kepimpinan kepada Datuk Asri. Era Datuk Asri dengan beberapa kontroversi akibat demokrasi terpimpin ala Asri dan juga kemasukan PAS dalam kerajaan campuran BN.
PAS di bawah kepimpinan ulama bermula dengan Haji Yusof Rawa, arus deras bawah dan olakan permukaan telah membawa pelbagai perubahan kepada PAS dalam dekad kemuncak kebangkitan Islam. Jamaah ini dipimpin oleh Ustaz Fadzil Noor dan melakukan beberapa tindakan strategik seperti gagasan APU dan PAS memetik buah manis dengan kejayaan menawan kembali Kelantan pada tahun 1990. Seterusnya menawan kembali Terengganu pada tahun 1999 dengan kehangatan gelombang Reformasi 1998 akibat penyingkiran Anwar Ibrahim. PAS pada tahun 2020 , bersama koalisi PN berjaya mara ke Putrajaya dan menjadi agen penyatuan Melayu Islam di tanah leluhur ini.
Kepimpinan ulama telah membuktikan gerakan Islam mampu mempersada perjuangan walau dihambat dengan sejuta ujian. PAS dipilih oleh rakyat kerana mereka melihat contoh yang hidup di Kelantan, 30 tahun pemerintahan PAS , bermula era Tuan Guru Nik Aziz , Kelantan sifar rasuah dan berjaya menterjemah aspirasi Islam serta membumikan syariah secara berhikmah. PAS juga menjadi pilihan kepada peserta kebangkitan Islam kerana wadah ini menawarkan kepada mereka ruang untuk pendidikan seumur hidup, kepimpinan ulama yang tidak jemu menabur bakti di ladang ilmu dan pencerahan.
Kini harakatul ummah ini dengan usia 69 tahun, tertegak dengan tiga sendi laras iaitu siasah, dakwah dan tarbiah terus dipacu dengan jaya oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga antara ilmuan tersohor dunia Islam. Jamaah Islam ini juga beroperasi dimedan massa dengan sinergi ulama, profesional dan aktivis, akan terus menjadi payung buat rakyat negara ini.
(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI )
Kredit pemilik gambar.
22/11/2020
Akhirnya Laungan Azan Berkumandang Di Nagorno-Karabakh
‘Setelah 28 tahun akhirnya laungan azan berkumandang di Nagorno-Karabakh’, itu antara isi kandungan ucapan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev ketika mengumumkan kemenangan Azerbaijan yang berjaya mengusir tentera Armenia daripada wilayah Nagorno-Karabakh.
Ucapan penuh bersemangat yang disiarkan secara langsung itu disambut dengan perarakan ribuan rakyat Azerbaijan yang keluar ke jalan raya meraikan kemenangan bersejarah ini sambil mengibarkan bendera Azerbaijan dan Turki.
Dalam masa yang sama tersebar di media sosial video seorang tentera Azerbaijan yang lengkap berpakaian tentera melaungkan azan di atas bumbung sebuah masjid diselangi dengan suara meriam yang kedengaran dari jauh.
Sepanjang hampir 30 tahun wilayah ini berada di bawah penguasaan Armenia, banyak masjid-masjid yang diroboh dan ditinggalkan akibat penghijrahan beramai-ramai etnik Azer ke dalam Azerbaijan.
Namun ketika etnik Armenia meninggalkan Nagorno Karabakh baru - baru ini setelah kembali di bawah penguasaan Azerbaijan, mereka telah membakar rumah - rumah kediaman hingga musnah akibat marah akan kekalahan Armenia mahupun gencatan senjata yang dimenterai.
Baca selanjutnya di :
Facebook,
YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
https://www.facebook.com/526079594114224/posts/3446787822043372/?d=n
Harakahdaily,
https://harakahdaily.net/index.php/2020/11/21/akhirnya-laungan-azan-berkumandang-di-nagorno-karabakh/
Akhirnya laungan azan berkumandang di Nagorno-Karabakh SETELAH 28 tahun akhirnya laungan azan berkumandang di Nagorno-Karabakh, itu antara isi kandungan ucapan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev...
13/10/2020
Terima kasih pandangan membina Prof. Madya Dr. Mohd Nor Yazid.
Cubaan. 1 2 3.
14/12/2019
WACANA SIASAH (SIRI 1)
Muafakat Nasional: Penyatuan Ummah, Suatu Harapan Baharu
Panel;
1. YB Ustaz Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri.
Ahli Majlis Syura PAS Pusat, AJK PAS Pusat & Ahli Parlimen Kuala Nerus.
2. YBhg. Ustaz Azman Shapawi.
Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar Terengganu.
Moderator;
4. Saudara Muhammad Nasih Ulwan bin Zakaria.
Kru HARTA.
Tarikh: 14 Disember 2019.
Hari: Sabtu.
Masa: 9.15 malam.
Tempat: Dewan Dato’ Tuan Guru Harun Taib, Markaz Tarbiyah Kubang Lembek, Kompleks KAWTHAR.
Anjuran: Institut Pemikiran Dato’ Tuan Guru Harun Taib (HARTA).
Dengan kerjasama: Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (MPM KUDQI).
Sebarang pertanyaan;
www.wasap.my/60132506050/wacanasiasah
11/10/2013
http://www.youtube.com/watch?v=eKSqgwr4QzQ
Alhamdulillah. Video "Wacana Pasca PRU-13: Mampukah PAS Memimpin Perubahan?" sudah siap di"upload" ke Youtube.
Jom telaah sama-sama! Moga dapat manfaat besar!
*Mohon maaf! Video lompat-lompat disebabkan terdapat banyak masalah teknikal. :D
Wacana Pasca PRU-13: Mampukah PAS Memimpin Perubahan? PASCA PRU-13: MAMPUKAH PAS MEMIMPIN PERUBAHAN? Moderator: Ustaz Abdul 'Alim Zakaria (Imam Masjid Jamek Pengadang Baru) Panel 1: Hasbie Muda (Penulis Buku Kem...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kuala
21300