Politeknik Kuala Terengganu - Laman Rasmi

Politeknik Kuala Terengganu - Laman Rasmi

Share

pages Rasmi Politeknik Kuala Terengganu

Tiktok : @politeknikktrg PKT menawarkan program:

1. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
2.

Politeknik Kuala Terengganu (PKT) merupakan institusi TVET di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
3. Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

Untuk kemasukan pelajar boleh hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKT di talian 09- 632 2055 / 2023 / 2022

Photos from Politeknik Kuala Terengganu - Laman Rasmi's post 12/06/2026

PROGRAM PEMASARAN DIGITAL DAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) BERAKHIR DENGAN JAYANYA

Program Pemasaran Digital dan Artificial Intelligence (AI) yang berlangsung selama dua hari telah berjaya memberi pendedahan kepada komuniti KEMAS mengenai pemasaran digital, penghasilan kandungan kreatif serta penggunaan teknologi AI dalam bidang keusahawanan.

Pelbagai ilmu dan kemahiran telah dikongsikan oleh barisan penceramah berpengalaman iaitu En. Hazrul (Ledakan Digital), Pn. Rozita Binti Md. Ali dan Pn. Sharina Diana Binti Johari.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh wakil KEMAS, Pn. Zuhairah Mari, bersama wakil Pengarah Politeknik Kuala Terengganu, En. Mara, yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah dan sijil penyertaan kepada para peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasa penggunaan teknologi digital dan AI.






Photos from Politeknik Kuala Terengganu - Laman Rasmi's post 11/06/2026

AI EDUCREATOR CETUS REVOLUSI PdP DIGITAL, PENSYARAH PKT KONGSI KEPAKARAN VIDEO AI GENERATIF

11 Jun 2026 – Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) terus membuka dimensi baharu dalam dunia pendidikan apabila Bengkel "AI EduCreator: Memperkasa Pengajaran dengan Video AI Generatif" anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Nilai berjaya dilaksanakan dengan penyertaan warga Politeknik Nilai serta institusi Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) dari seluruh negara, hari ini.

Bengkel ini memberi pendedahan kepada para pendidik mengenai penggunaan teknologi AI dalam menghasilkan kandungan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebih kreatif, interaktif serta berimpak tinggi sejajar dengan perkembangan pendidikan digital masa kini.

Program turut menampilkan perkongsian kepakaran oleh Puan Intan Izyan Roslan, pensyarah Politeknik Kuala Terengganu, yang berkongsi teknik dan strategi menghasilkan video PdP menggunakan pelbagai platform AI terkini seperti ChatGPT, Google Flow, Hailuo, ElevenLabs dan Canva AI.

Perkongsian ini membuka peluang kepada peserta untuk meneroka pendekatan baharu dalam penyampaian pembelajaran yang lebih menarik, efektif dan selari dengan keperluan pendidikan abad ke-21.

Politeknik Kuala Terengganu merakamkan penghargaan kepada JMSK Politeknik Nilai atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan, sekali gus memperkukuh jaringan kolaborasi dalam memperkasa transformasi digital pendidikan TVET negara.






Photos from Politeknik Kuala Terengganu - Laman Rasmi's post 11/06/2026

TEAM PKT TITAN BUKTIKAN KEMAMPUAN DALAM ARENA ROBOTIK KEBANGSAAN

Tahniah diucapkan kepada Team PKT TITAN, Politeknik Kuala Terengganu atas komitmen, semangat juang dan usaha yang dipamerkan sepanjang penyertaan dalam 19th FIRA Malaysia Cup 2026 yang berlangsung di Politeknik Kota Bharu, Kelantan.

Berikut merupakan pencapaian yang berjaya direkodkan oleh kontinjen PKT:

πŸ₯‹ Sumo Warrior 3kg – Kedudukan 4 daripada 20 pasukan
πŸ€– AIBot Voice Command – Kedudukan 8 daripada 14 pasukan
🚁 FPV Drone – Kedudukan 10 daripada 17 pasukan
πŸš— SimuroSot Urban – Kedudukan 10 daripada 21 pasukan
πŸš— SimuroSot Race – Kedudukan 13 daripada 22 pasukan
πŸ—οΈ MyBOT Tower Challenge (PKT – SMK Belara) – Kedudukan 15 daripada 22 pasukan
πŸ—οΈ MyBOT Tower Challenge (PKT – SMK Sultan Ahmad) – Kedudukan 21 daripada 22 pasukan

Walaupun berdepan saingan sengit daripada pasukan-pasukan terbaik seluruh negara, penyertaan ini telah memberikan pengalaman berharga kepada para pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran teknikal, kreativiti, inovasi serta semangat kerja berpasukan dalam bidang robotik.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta, jurulatih serta pegawai pengiring yang telah mengharumkan nama Politeknik Kuala Terengganu di pentas FIRA Malaysia Cup 2026.






11/06/2026

TEATER TULAR: MISTERI PENUNGGU POKOK BESAR BAKAL MENGGEGAR KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU!

Kelab Teater Kota Afwah, Politeknik Kuala Terengganu bakal mempersembahkan Teater Tular: Misteri Penunggu Pokok Besar pada:

πŸ“… 27 Jun 2026
πŸ•— 8.30 malam
πŸ“ Dewan Laman Warisan, Kampung Budaya Terengganu

Pementasan ini merupakan persembahan pra-festival sebelum Kelab Teater Kota Afwah mewakili Terengganu ke Festival Teater Zon Timur 2026 yang akan berlangsung pada 3 hingga 12 Ogos 2026 di Auditorium Sudirman, JKKN Pahang.

Naskhah satira masyarakat ini mengangkat kisah misteri di sebalik sebuah pokok besar sambil menyampaikan mesej tentang bahaya menyebarkan berita tanpa usul periksa.

πŸ”₯ SAINGAN SENGIT TIGA NEGERI PANTAI TIMUR

Festival kali ini menghimpunkan sembilan kumpulan teater terbaik dari Terengganu, Pahang dan Kelantan:

Terengganu
🎭 Kelab Teater Kota Afwah – Tular: Misteri Penunggu Pokok Besar
🎭 Persatuan Teater Mahardika Santika (SM Sains Hulu Terengganu) – Seru Mayang Di Hujung Senja
🎭 The Qum Actors – Nasi Lemak 10 Sen

Pahang
🎭 Kelab Teater Rajuk – Pesan Bahaman
🎭 Universiti Malaysia Pahang – Senandika, Ratna Kadhal
🎭 Kelab Estetika Budaya UiTM Jengka – Antithesis Beringin Jadi Saksi

Kelantan
🎭 Kelab Teater Asuma – Kaudat
🎭 Persatuan Seni Rupa Jiwa – Wangi Jadi Saksi
🎭 Comeponk Production UiTM – Teraju Tiga

πŸ† 9 ANUGERAH BERPRESTIJ MENJADI REBUTAN

β€’ Johan Keseluruhan
β€’ Naib Johan
β€’ Tempat Ketiga
β€’ Pengarahan Terbaik
β€’ Sinografi Terbaik
β€’ Pelakon Lelaki Terbaik
β€’ Pelakon Wanita Terbaik
β€’ Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
β€’ Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

✨ Ayuh hadir beramai-ramai memberi sokongan kepada Kelab Teater Kota Afwah sebelum mereka membawa cabaran Politeknik Kuala Terengganu ke pentas Festival Teater Zon Timur 2026.

Masuk adalah PERCUMA!






Photos from Politeknik Kuala Terengganu - Laman Rasmi's post 11/06/2026

Kelab Teater PKT Sertai Mesyuarat dan Lawatan Tapak Festival Teater Zon Timur

KUANTAN, 11 Jun – Kelab Teater Kota Afwah di bawah Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Kokurikulum (JSKK), Politeknik Kuala Terengganu telah menghadiri Mesyuarat dan Lawatan Tapak sempena Festival Teater Zon Timur yang berlangsung di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pahang, di sini kelmarin.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Mohd Rizal Ismail selaku Pengarah JKKN Pahang. Program ini diadakan sebagai persediaan dan penyelarasan bagi menjayakan penganjuran Festival Teater Zon Timur yang bakal berlangsung.

Kehadiran Kelab Teater Kota Afwah mencerminkan komitmen Politeknik Kuala Terengganu dalam menyokong pembangunan seni dan budaya serta memperkukuh penglibatan pelajar dalam aktiviti teater di peringkat zon dan kebangsaan.






Photos from Politeknik Kuala Terengganu - Laman Rasmi's post 09/06/2026

PKT PERKASA USAHAWAN PESISIR PANTAI MELALUI KURSUS PENGURUSAN PERUNCITAN

KUALA TERENGGANU, 9 Jun – Seramai 20 usahawan berdaftar KEMAS Negeri Terengganu berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan menerusi Kursus Asas Pengurusan Peruncitan Usahawan: Evolusi Runcit Pesisir Pantai yang berlangsung selama dua hari di NADI Hiliran, Kuala Terengganu.

Program anjuran KEMAS Negeri Terengganu dengan kerjasama Politeknik Kuala Terengganu (PKT) itu bertemakan β€œSistematik Mengurus, Memaksimumkan Keuntungan”, selaras dengan usaha memperkukuh daya saing usahawan komuniti dalam menghadapi cabaran dunia peruncitan yang semakin dinamik.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan kepada pelbagai aspek penting pengurusan perniagaan peruncitan termasuk teknik pengurusan operasi, strategi pemasaran, pengurusan kewangan serta kaedah meningkatkan kecekapan perniagaan bagi memaksimumkan keuntungan.

Politeknik Kuala Terengganu turut menyumbang kepakaran melalui sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh dua pensyarah berpengalaman, iaitu Cik Siti Adawiyyah Abdullah dan Puan Sharina Diana Johari. Kedua-dua penceramah berkongsi panduan praktikal serta pengalaman berkaitan pengurusan peruncitan dan pembangunan keusahawanan yang boleh diaplikasikan terus oleh peserta dalam perniagaan masing-masing.

Program ini dilihat sebagai platform penting dalam membantu usahawan pesisir pantai mengurus perniagaan secara lebih sistematik, berdaya tahan dan berorientasikan pertumbuhan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat.

Kejayaan pelaksanaan kursus ini membuktikan komitmen berterusan PKT dan KEMAS Negeri Terengganu dalam memperkasa usahawan komuniti melalui pemindahan ilmu, latihan kemahiran serta pembangunan kapasiti yang relevan dengan keperluan semasa industri.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, penceramah dan pihak penganjur atas kejayaan menjayakan program yang memberi impak positif kepada pembangunan usahawan komuniti di negeri ini.






Photos from Politeknik Kuala Terengganu - Laman Rasmi's post 09/06/2026

TVET COLLABORATION GATEWAY 2026 PERKUKUH JARINGAN INDUSTRI DAN INSTITUSI TVET

KUALA TERENGGANU, 9 Jun 2026 | Lebih 40 wakil industri bersama agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pemegang taruh strategik telah menghadiri Program TVET Collaboration Gateway 2026 yang berlangsung di Permai Hotel, Kuala Terengganu, hari ini.

Program anjuran bersama Politeknik Kuala Terengganu (PKT) dan Politeknik Hulu Terengganu (PHT) ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Zuhaimi bin Zolkifli, Timbalan Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Turut hadir ialah Ts. Dr. Mohd Syahrizad bin Elias, Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi (BPPI), JPPKK.

Program ini merupakan inisiatif strategik ke arah penubuhan TVET Collaboration Hub (TCH) yang berperanan memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi TVET, industri, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan komuniti.

Melalui platform ini, pelbagai peluang kolaborasi baharu dapat diteroka termasuk perkongsian kepakaran, pembangunan bakat, latihan industri, inovasi serta pemerkasaan modal insan yang selari dengan keperluan industri masa kini.

Terima kasih kepada semua rakan industri, agensi dan pemegang taruh yang terus komited menyokong agenda TVET negara. Semoga kerjasama yang terjalin menjadi pemangkin kepada pembangunan graduan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.






08/06/2026

⏳ 1 HARI LAGI! ⏳

Debaran semakin terasa menjelang TVET Collaboration Gateway 2026 yang bakal berlangsung esok!

Program ini merupakan platform strategik yang menghimpunkan rakan industri, agensi dan institusi pendidikan dalam memperkukuh jaringan kerjasama serta memperkasa pembangunan bakat TVET melalui inisiatif TVET Collaboration Hub (TCH).

πŸ“… 9 Jun 2026 (Selasa)
πŸ“ Permai Hotel Kuala Terengganu

Bersama-sama kita menyaksikan langkah penting ke arah memperkukuh ekosistem TVET yang lebih dinamik, berdaya saing dan relevan dengan keperluan industri.






Photos from Politeknik Kuala Terengganu - Laman Rasmi's post 08/06/2026

SELAMAT MAJU JAYA WAKIL POLITEKNIK KUALA TERENGGANU KE WSMUC 2026

Tahniah dan selamat berjuang diucapkan kepada barisan peserta dan jurulatih yang mewakili Politeknik Kuala Terengganu ke Pertandingan WorldSkills Malaysia University Challenge (WSMUC) Peringkat Akhir 2026 bagi bidang Cybersecurity.

Berkat komitmen, latihan tanpa jemu dan dedikasi yang tinggi, wira-wira siber kebanggaan kita kini bersedia sepenuhnya untuk berentap dengan pelbagai institusi ternama dari seluruh negara.

πŸ‘¨β€πŸ’» Peserta:
~ Syed Amir bin Syed Nassir
~ Ahmad Danial Haziq bin Ibrahim

πŸ§•πŸ» Jurulatih:
~Cik Ruzanna binti Ramli

Pertandingan berprestij ini akan berlangsung di UniKL MIIT, City Campus, Kuala Lumpur bermula 13 hingga 16 Jun 2026.

Kami mewakili seluruh pihak pengurusan dan warga institusi mendoakan agar pasukan ini kekal fokus, tangkas dan cemerlang dalam menghadapi setiap cabaran serta ancaman keselamatan siber yang diberikan.

Kepada seluruh warga Politeknik Kuala Terengganu dan rakan-rakan, mari kita bersama-sama titipkan doa dan memberikan sokongan padu di ruangan komen. Semoga kejayaan gemilang milik pasukan kita. Teruskan mengharumkan nama Politeknik Kuala Terengganu di persada negara! πŸ†πŸ’ͺ






Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Sultan Ismail
Kuala
20200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00