SK Pusat Bukit Besar - SUPERBb

SK Pusat Bukit Besar - SUPERBb

Share

SK Pusat Bukit Besar merupakan sebuah sekolah rendah harian gred A yang terletak di bandar Kuala Terengganu. Sekolah ini merupakan sekolah TS25 kohort 4.0.

Antara kejayaan sekolah ialah:
1. Sekolah KBAT peringkat kebangsaan tahun 2021.
2. Sekolah rintis I-Think.
3. Sekolah benchmark Program Tranformasi Sekolah peringkat negeri Terengganu.
4. Johan PSS dan Johan Ikon TVPSS Daerah kuala Terengganu tahun 2022.

Photos from SK Pusat Bukit Besar - SUPERBb's post 11/06/2026

πŸš‘ PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS ASAS (PRAKTIKAL RAWATAN) BULAN SABIT MERAH MALAYSIA UNIT SEKOLAH (MUDA & KADET) PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU 2026

πŸ“… 9 Jun 2026 (Selasa)
πŸ“ Dewan SMK Dato' Haji Mohd Said, Kuala Terengganu
πŸ•£ 8.30 pagi – 2.00 petang

Seramai 5 orang murid Tahun 5 yang terdiri daripada ahli Unit Badan Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) SK Pusat Bukit Besar telah menyertai pertandingan ini bagi menguji kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pertolongan cemas serta memupuk semangat kesukarelawanan dan kerja berpasukan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas kesungguhan dan keberanian yang ditunjukkan. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan sentiasa bersedia membantu masyarakat.




Photos from SK Pusat Bukit Besar - SUPERBb's post 08/06/2026

🌹 MAJLIS LAMBAIAN KASIH, SANJUNGAN BUDI 🌹

"Ada pertemuan yang mengukir kenangan. Ada perpisahan yang meninggalkan rasa."

Pada 21 Mei 2026, Dewan SUPERBb menjadi saksi kepada sebuah detik yang sarat dengan penghargaan dan kasih sayang. Warga SK Pusat Bukit Besar menzahirkan setinggi-tinggi penghormatan kepada Cikgu Rohayu binti Hashim dan Cikgu Maziana binti Mansor yang menamatkan lembaran perkhidmatan mereka sebagai pendidik.

Bertahun-tahun melakar sejarah, menyemai ilmu tanpa jemu, membimbing dengan sabar dan mendidik dengan penuh kasih, jasa yang dicurahkan tidak mampu dihitung dengan angka, tidak mampu dibalas dengan kata-kata.

Hari ini bukan sekadar sebuah persaraan, tetapi sebuah perjalanan yang diraikan. Perginya bukan membawa hilang sebuah nama, tetapi meninggalkan jejak yang akan terus hidup dalam ingatan, pada setiap kejayaan murid, pada setiap senyuman yang pernah disentuh oleh kasih seorang guru.

Terima kasih atas segala pengorbanan, dedikasi dan cinta yang telah dicurahkan kepada dunia pendidikan.

Semoga hari-hari mendatang dipenuhi ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan.

"Jasa mungkin tidak selalu disebut, namun akan sentiasa dikenang. Budi mungkin tidak selalu terucap, namun akan tetap terpahat."

Selamat bersara, cikgu.
Pergi dengan doa, kekal dalam ingatan. 🀍




Photos from SK Pusat Bukit Besar - SUPERBb's post 07/06/2026

🌹 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2026 🌹
🏫 SK Pusat Bukit Besar
πŸ“… 17 Mei 2026
🎭 Tema: "Jika Kami Bukan Guru"

Satu hari yang penuh warna, gelak tawa dan kenangan indah buat seluruh warga SK Pusat Bukit Besar. Dengan tema "Jika Kami Bukan Guru", para guru tampil kreatif menggayakan pelbagai kerjaya lain, menyerlahkan bakat dan menceriakan suasana sambutan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK Pusat Bukit Besar atas sokongan, kerjasama dan sumbangan yang diberikan dalam memeriahkan sambutan Hari Guru tahun ini. Kehadiran dan komitmen yang diberikan amat dihargai serta menjadi bukti eratnya hubungan antara sekolah dan ibu bapa demi kecemerlangan anak-anak.

Semoga semangat kebersamaan ini terus mekar dan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

✨ Guru Bitara, Nadi Negara ✨






21/05/2026

πŸ“’CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026πŸ“’

Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid dan warga sekolah

πŸ—“οΈ 22 Mei 2026 – 6 Jun 2026

Sekolah dibuka semula: 7 Jun 2026 (Ahad)

Manfaatkan cuti dengan aktiviti berfaedah, luangkan masa bersama keluarga dan jaga kesihatan diri dengan sebaiknya.




Photos from SK Pusat Bukit Besar - SUPERBb's post 11/05/2026

Alhamdulillah dan tahniah 🌸

Warga SK Pusat Bukit Besar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid yang telah menyertai Pertandingan Khat MQNKSS ADNI Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 9 Mei 2026 bertempat di SMA Mahmudiah dan SM Imtiaz Kuala Berang.

Pencapaian membanggakan:

* Maryam binti Ahmad Baihaqi - Tempat Ketiga
* Muhammad Al Amin bin Muhammad Adli - Tempat Ketiga

Syabas diucapkan atas usaha, bakat dan kesungguhan yang ditunjukkan. Semoga terus cemerlang dalam bidang seni khat dan akademik pada masa akan datang.




Photos from SK Pusat Bukit Besar - SUPERBb's post 11/05/2026

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ₯Žβœ¨

Warga SK Pusat Bukit Besar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang telah mewakili Pasukan Daerah Kuala Terengganu dalam Kejohanan Sofbol Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSST) 2026 yang telah berlangsung pada 6 hingga 9 Mei 2026 bertempat di SK Padang Hiliran dan SMK Bukit Besar.

# # # πŸ₯Ž Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun (L12)

Pasukan Kuala Terengganu berjaya menduduki tempat ketiga kumpulan.

Murid yang mewakili daerah Kuala Terengganu:

* Muhammad Adam Haqimi bin Zulkifli (6 Efektif)
* Muhammad Murabbi Ilmie bin Alif Aisamuddin (6 Efektif)
* Ahmad Waiz Affan bin Ahmad Wes Khoroni (6 Efektif)
* Muhammad Syarif bin Samri (5 Efektif)

# # # πŸ₯Ž Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun (P12)

Pasukan Kuala Terengganu berjaya muncul sebagai JOHAN! πŸ†πŸ₯‡

Wakil dari SK Pusat Bukit Besar:

* Nur Amanda Darwisha binti Mohd Azrul Affendi (6 Dinamik)

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha, berdisiplin dan mengharumkan nama sekolah, daerah dan negeri.

Tahniah kepada semua murid, jurulatih serta ibu bapa atas sokongan yang tidak ternilai.




Photos from SK Pusat Bukit Besar - SUPERBb's post 10/05/2026

πŸ•Œ PROGRAM KEM SMART SOLAT 2026 πŸ•Œ

Pada 5 Mei 2026 (Selasa), Panitia Pendidikan Islam SK Pusat Bukit Besar dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu telah menganjurkan Program Kem Smart Solat yang melibatkan murid Tahun 6 dan PPKI.

Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman dan amali solat dalam kalangan murid agar ibadah dapat dilaksanakan dengan betul, sempurna dan penuh keyakinan. Semoga program ini dapat melahirkan generasi yang cemerlang sahsiah, berdisiplin serta sentiasa menjaga solat sebagai tiang agama.

✨"Solat Asas Kecemerlangan, Disiplin Diri, Kunci Kejayaan."




Photos from SK Pusat Bukit Besar - SUPERBb's post 04/05/2026

🌟 Selamat Datang ke SK Pusat Bukit Besar 🌟

Warga sekolah dengan penuh rasa sukacita mengalu-alukan kehadiran
Cikgu Mohd Shukri bin Abdullah ke SK Pusat Bukit Besar sebagai Guru Penolong Kanan HEM.

Semoga kehadiran beliau membawa sinar baharu, semangat yang lebih segar serta inspirasi yang bermakna dalam memacu kecemerlangan sahsiah dan kebajikan murid.
Bersama kita melakar kejayaan demi kegemilangan sekolah tercinta.

Selamat bertugas dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami!




Photos from SK Pusat Bukit Besar - SUPERBb's post 04/05/2026

πŸ“šβœ¨ MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM, KELAS DOJO & AKTIVITI GALAKAN MEMBACA BERSAMA ANA MUSLIM βœ¨πŸ“š

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Program NILAM, Kelas Dojo dan Aktiviti Galakan Membaca Bersama Ana Muslim anjuran Pusat Sumber Sekolah (PSS) dengan kerjasama Ana Muslim.

πŸ“… Ahad | 3 Mei 2026
πŸ“ SK Pusat Bukit Besar

Antara pengisian program ialah aktiviti menarik seperti:
🎯 Kuiz spontan bersama Team Ana Muslim
✍️ Pertandingan tulisan mekanis dan tulisan berangkai

Program ini bertujuan menyemai minat membaca dalam kalangan murid di samping memupuk budaya ilmu secara kreatif dan menyeronokkan. Semoga usaha ini dapat melahirkan murid yang berilmu, berdisiplin dan cintakan ilmu pengetahuan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.




Photos from SK Pusat Bukit Besar - SUPERBb's post 04/05/2026

πŸ₯‹ Tahniah & Syabas! πŸ₯ˆπŸ₯ˆ

Warga SK Pusat Bukit Besar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua orang murid cemerlang atas kejayaan membanggakan dalam:

13th Speed Power International Open Taekwondo Championship 2026
πŸ“ Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur
πŸ“… 1 – 3 Mei 2026
🌍 Peringkat Antarabangsa

✨ Senarai Pencapaian:

πŸ‘¦ Nur Hayqal bin Nor Azmi
πŸ… Pingat Perak (Silver)
Acara: Individual Poomsae – Carnival
Kategori: Below 8 Years Old

πŸ‘§ Nur Humaira binti Nor Azmi
πŸ… Pingat Perak (Silver)
Acara: Individual Poomsae – Carnival
Kategori: Junior 9–11 Years Old

Kejayaan ini amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah. Semoga terus cemerlang dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan!




Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Pasir Panjang
Kuala
21100