20/06/2026
Canselori UMT
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Canselori UMT, College & University, Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala.
Canselori is the department in Universiti Malaysia Terengganu (UMT) that assists the Vice-Chancellor and Deputy Vice-Chancellor in implementing and coordinating the activities in order to achieve the strategic vision and mission of the university. Canselori UMT telah diwujudkan pada 1 Februari 2013, yang merangkumi beberapa entiti pejabat, pusat dan bahagian, iaitu β
1) Pejabat Naib Canselor
2) Pe
20/06/2026
18/06/2026
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK UMT 2026
Assalamualaikum wbt,
Marilah kita sama-sama hayati inspirasi dan harapan 25 tahun UMT melalui perkongsian ilmu Forum Perdana Ehwal Islam:
ποΈ25 Jun 2026 (Khamis)
β°8.30 malam
πMasjid UMT
Tajuk:
βKalau Kail Panjang Sejengkal...β
Ahli Panel:
ποΈDatoβ Dr Haji Zulkifly bin Muda,
Mantan M***i Terengganu
ποΈUstaz Mohd Hariri bin Mohd Daud,
Pegawai Khas, Ketua Pengarah JAKIM
ποΈProf. Ts. Dr. Mohd Fadzil bin Mohd Akhir,
Pro Naib Canselor (Strategi, Prestasi, Korporat), UMT
Moderator:
π€Haji Zukiferee bin Ibrahim,
Pengarah, Pejabat Komunikasi Korporat, UMT
Semua dijemput hadir.
πCabutan bertuah menarik menanti anda
Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT,
Pejabat Komunikasi Korporat, UMT
09/06/2026
09/06/2026
Harian Metro | 9 Jun 2026 | Ramai tampil mahu bantu Nur Qaira
14/05/2026
πππππππ πππππ πππ
14 Mei 2026
Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan atas pencapaian membanggakan Kadar Kebolehpasaran Graduan 2025 dengan merekodkan 94.8% Kadar Bekerja Graduan (GE) serta 93.9% Kadar Kebolehpasaran Gaduan (GM). Peningkatan kadar GE sebanyak 0.8% dan kadar GM sebanyak 0.7% berbanding tahun sebelumnya merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan wajar diraikan bersama.
Pencapaian ini tidak hanya mencerminkan kualiti akademik yang tinggi, malah menggambarkan kesungguhan UMT dalam menyediakan graduan yang holistik, berkemahiran tinggi serta memenuhi kehendak industri semasa. Ia juga hasil komitmen berterusan seluruh warga universiti dalam memperkukuh ekosistem pendidikan, latihan serta pembangunan kerjaya yang relevan dan dinamik.
Tahniah dan terima kasih kepada semua warga UMT..
Ikhlas daripada:
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim
Naib Canselor
Universiti Malaysia Terengganu
10/05/2026
ππππππππ πππππππππππ πππ πππππππ πππππππ
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim atas segala jasa, komitmen dan kepimpinan sepanjang menerajui perkhidmatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi.
Bagi pihak warga Universiti Malaysia Terengganu, saya amat menghargai segala sokongan, kepercayaan dan perhatian yang telah diberikan kepada UMT dalam memperkasa agenda pendidikan tinggi, penyelidikan, kebitaraan serta pembangunan institusi.
Semoga segala jasa dicatat sebagai amal yang berpanjangan dan dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta rahmat yang berterusan dalam fasa kehidupan selepas persaraan.
Terima kasih atas segalanya. Jasa dikenang, budi disanjung.
Ikhlas daripada:
Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim
Naib Canselor
Universiti Malaysia Terengganu
*****************************************************
Our highest appreciation and heartiest gratitude are extended to Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim for his dedicated service, commitment, and leadership throughout his tenure as the Secretary-General of the Ministry of Higher Education.
On behalf of the community of Universiti Malaysia Terengganu (UMT), I deeply value the support, trust, and attention given to UMT in strengthening the higher education agenda, research, excellence, and institutional development.
May all your contributions be remembered as lasting good deeds, and may you be blessed with continued health, happiness, and grace in this next chapter of life after retirement.
Thank you for everything. Your service is remembered, your kindness cherished.
04/05/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Warga UMT yang Dihormati
YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN 3/2026: PERMOHONAN BERTUGAS RASMI KE LUAR NEGARA SECARA DALAM TALIAN SEPENUHNYA BERKUAT KUASA 5 MEI 2026
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Untuk makluman, Urus Setia Perjalanan Luar Negara, Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama Pusat Ekosistem Digital (PED) telah membangunkan sepenuhnya Sistem Permohonan Perjalanan Luar Negara (e-Travel) secara dalam talian.
Sehubungan dengan itu, semua permohonan bertugas rasmi ke luar negara adalah secara dalam talian sepenuhnya berkuat kuasa 5 Mei 2026.
Semoga perkara ini berada dalam perhatian lanjut YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Atas segala kerjasama dan komitmen YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Urus Setia Perjalanan Luar Negara
Pejabat Naib Canselor
01/05/2026
πππππππ ππππ πππππππ
Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi, komitmen serta bakti nan luhur yang dicurahkan oleh setiap warga UMT dalam memacu kecemerlangan universiti ini. Sumbangan anda semua amat bermakna dalam memastikan UMT terus kukuh dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
Bersempena sambutan tahun ini dengan tema βPekerja MADANI Kesuma Bangsaβ, marilah kita sama-sama memperkukuhkan nilai integriti, profesionalisme dan semangat kebersamaan dalam melaksanakan amanah.
Semoga setiap tugas digalas dengan penuh itqan demi kemajuan institusi dan negara.
Ikhlas daripada:
Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim
Naib Canselor
Universiti Malaysia Terengganu
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Kuala
21030