08/06/2026
Selamat Hari Lahir kepada semua staf DiTec yang menyambut hari lahir pada bulan Jun. Semoga Allah swt merahmati dan memberkati kalian.
Facebook Account of DiTec, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Facebook DiTec ini merupakan salah satu saluran bagi penyampaian maklumat yang lebih pantas dan berkesan seiring dengan peredaran masa terkini.
#mydigitalumpsa
08/06/2026
Selamat Hari Lahir kepada semua staf DiTec yang menyambut hari lahir pada bulan Jun. Semoga Allah swt merahmati dan memberkati kalian.
26/05/2026
Aidiladha mengingatkan kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketakwaan. Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir & Batin.
25/05/2026
Sesi Audit Dalam bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Gombak
Sesi Audit Dalam ISMS ini telah berlangsung dengan jayanya pada 20 hingga 22 Mei 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Auditor Dalam yang diketuai oleh Puan Natrah Ahmad Fadil dari Pusat Teknologi Digital (DiTec) UMPSA, bersama ahli-ahli kumpulan yang komited:
1. Ts. Rosmalissa binti Jusoh (DiTec UMPSA)
2. Norfaezah binti Abd. Halim (DiTec UMPSA)
3. Wafaa’ binti Mokhtar (DiTec UMPSA)
4. Assoc. Prof. Dr. Nurul Nuha Abdul Molok (IIUM)
5. Asst. Prof. Ts. Dr. Noor Hayani Abd Rahim (IIUM)
6. Asst. Prof. Dr. Shuhaili Talib (IIUM)
7. Ahmad Naim Hamat (IIUM)
Berikut ialah barisan pengurusan tertinggi, sekretariat ISMS dan sebahagian auditee yang terlibat sama semasa sesi audit tersebut dilaksanakan:
1.Chief Digital Officer: Prof. Dato’ Dr. Norbik Bashah
2. Pengarah Information Technology Division : Mdm. Nurmaliza Jumaat
3. Pengarah Academic Management and Admission Division (AMAD) : Assoc. Prof. Dr. Haslina Binti Hassan
4. Dekan Kulliyyah of Information and Communication Technology (KICT) : Professor Emeritus Dato' Ts. Dr. Tengku Mohd Tengku Sembok
5. Dekan Kulliyyah of Economics and Management Sciences (KENMS): Prof. Dr. Gairuzazmi Bin Mat GhaniPengarah of Office of Security Management (OSEM): ASP PB Shahrul Ariffin Bin Maskuri
6. Shahidah Mahbob (Deputy Director, Cybersecurity and Email Management Section (CSE))
7. Hairul Laila Din (Deputy Director, Quality and Assurance and Customer Care Section (QACC))
8. Saidah Zawanah Sulaiman (Sen. Engineer, CDO Office)
9. Khairul Sazaney Abu Jaziz (Sen. Information Technology Officer, CSE)
10. Umi Kalthum Hanafi (Sen. Information Technology Officer, QACC)
11. Mohammad Raziq Irfan Mohd Rasidi (Asst. Information Technology Officer, CSE)
12. Mohamad Haziq Danial Mohd Fadil (Asst. Engineer, CSE)
Sesi audit yang berjalan lancar ini merupakan langkah proaktif dan kritikal dalam membantu IIUM memperkukuh tadbir urus keselamatan maklumat, sekali gus mempersiapkan IIUM ke arah pencapaian persijilan penuh ISMS tidak lama lagi.
Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama padu sepanjang sesi ini berlangsung!
23/05/2026
SABTU | 23 MEI 2026
JELAJAH AI MYMAHIR
Program ini di rasmikan oleh YB Dato' Indera Shahar Bin Abdullah Timabalan Menteri Ekonomi | Ahli Parlimen Paya Besar.
Memberikan pendedahan secara menyeluruh kepada mahasiswa
dan komuniti setempat mengenai kepentingan serta aplikasi
praktikal Kecerdasan Buatan (AI) dalam kehidupan harian dan
kerjaya masa hadapan.
RAKAN KOLABORASI
Program ini dilaksanakan dengan kolaborasi pihak dari:
🔺TalentCorp,
🔺EY
🔺TalentHouse
🔺Pejabat Ahli Parlimen Paya Besar.
Program ini telah mendapat sokongan teknikal ICT oleh Unit Sokongan Pentadbiran dan Majlis, Seksyen Sokongan Digital, DiTec.
19/05/2026
SESI AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2026
Alhamdulillah, selesai sesi Audit Dalaman MS ISO 9001:2015, DiTec pada 19 Mei 2026.
Audit dalam ini merupakan sebahagian daripada persediaan Audit Pensijilan MS ISO 9001:2015, Tahun 2026 . Audit Dalam ini melibatkan 29 Fakulti/Pusat/PTJ bermula 5 Mei 2026 hingga 20 Mei 2026.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama, komitmen dan sokongan sepanjang sesi audit dijalankan. Semoga usaha penambahbaikan berterusan ini dapat memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus DiTec khasnya.
11/05/2026
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh Agenda Transformasi Digital dengan penganjuran Hari Digital UMPSA X MAPITA 2026 bersempena dengan Mesyuarat Majlis Pengarah-pengarah ICT IPTA yang berlangsung di Dewan Cendekia Siswa UMPSA Pekan.
| Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh Agenda Transformasi Digital dengan penganjuran Hari Digital UMPSA X MAPITA 2026 bersempena dengan Mesyuarat Majlis Pengarah-pengarah ICT IPTA yang berlangsung di Dewan Cendekia Siswa UMPSA Pekan.
Hadir merasmikan program Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias yang menzahirkan komitmen universiti dalam memperkasa budaya digital serta menyokong aspirasi ke arah kampus pintar.
Menurut beliau, penganjuran hari digital ini bukan sekadar platform pameran teknologi, malah menjadi manifestasi kesungguhan universiti dalam membangunkan ekosistem digital yang menyeluruh meliputi infrastruktur, integrasi data dan keselamatan siber.
Berita Penuh : https://news.umpsa.edu.my/general/umpsa-perintis-ioc-perkukuh-ekosistem-digital-dan-inovasi-kampus
07/05/2026
DIGITAL HEROES
Tugas dan Peranan Di Sebalik Transformasi Digital UMPSA
“Mereka merupakan penggerak utama yang menjadikan transformasi digital UMPSA bukan sekadar perancangan, tetapi realiti yang memberi manfaat kepada seluruh warga universiti.”
Prof TS Dr Hamdan Daniyal, CDO UMPSA,
Digital Heroes merujuk kepada warga kerja teknologi yang memainkan peranan penting di sebalik tabir bagi memastikan ekosistem digital UMPSA sentiasa beroperasi dengan lancar, stabil, selamat dan berkesan. Mereka bukan sahaja membangunkan sistem, malah memastikan perkhidmatan digital universiti dapat digunakan tanpa gangguan oleh pelajar, staf dan pihak pengurusan.
07/05/2026
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT TRANSFORMASI DIGITAL UMK KE PUSAT TEKNOLOGI DIGITAL UMPSA: MEMPERKASA EKOSISTEM ICT UA 🚀🤝
PEKAN, 7 MEI 2026 – DiTec UMPSA hari ini berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Pusat Transformasi Digital UMK (Ditec) bagi satu sesi Lawatan Penanda Aras bertempat di Bilik Latihan, UMPSA Pekan.
Delegasi yang terdiri daripada lapan (8) orang staf pakar ICT ini diketuai oleh Puan Roziatun binti Muhd Sayuty, Ketua Bahagian Infostruktur Digital UMK. Kehadiran rakan strategik dari Pantai Timur ini bertujuan untuk bertukar pandangan serta mendalami amalan terbaik (best practices) dalam transformasi digital universiti.
🌐 PERKONGSIAN ILMU MERENTAS SKOP TEKNOLOGI
Sesi yang berlangsung selama tiga jam ini memfokuskan kepada perbincangan tuntas melibatkan pelbagai domain kritikal, antaranya:
✅ Aplikasi & Pembangunan Sistem – Memacu inovasi penyampaian perkhidmatan.
✅ Rangkaian & Pangkalan Data – Pengurusan infrastruktur yang andal dan selamat.
✅ Kemudahan ICT PdP & VDI – Evolusi teknologi pengajaran melalui Virtual Desktop Infrastructure.
✅ Governan & Urus Tadbir IT – Memastikan kelestarian digital mengikut standard terkini.
🏛️ HUB KEPIMPINAN ICT
Istimewanya, lawatan ini berlangsung serentak dengan penganjuran Mesyuarat Majlis Pengarah-Pengarah ICT Universiti Awam (MAPITA) yang turut bersidang di DiTec UMPSA Pekan. Kehadiran pemimpin-pemimpin ICT seluruh negara hari ini menjadikan UMPSA sebagai pusat tumpuan utama bagi percambahan idea dan polisi teknologi digital sektor pengajian tinggi.
Semoga perkongsian ilmu ini mampu memacu kecemerlangan kedua-dua universiti dalam mendepani cabaran revolusi digital, seterusnya memperkukuh ukhuwah antara warga DiTec UMPSA dan Ditec UMK.
07/05/2026
7 Mei 2026 | MAPITA Perkukuh Agenda Transformasi Digital IPTA Melalui Mesyuarat Pertama 2026 di UMPSA
Majlis Pengarah-Pengarah ICT Institusi Pengajian Tinggi Awam (MAPITA) telah mengadakan Mesyuarat Bil. 1/2026 bagi membincangkan hala tuju strategik dan memperkukuh agenda transformasi digital di peringkat universiti awam seluruh negara.
Mesyuarat yang menghimpunkan para Pengarah ICT daripada semua IPTA ini memberi tumpuan kepada beberapa perkara utama, termasuk:
• Penyelarasan Inisiatif Digital: Memantapkan pelaksanaan Agenda Transformasi Digital yang bertujuan mempercepatkan adaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber di kampus.
• Perancangan Strategik 2026-2028: Merancang Pelan Tindakan Digital selaras dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035.
• Pemantapan Kerjasama Strategik: Memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti dalam perkongsian sumber ICT dan pemantapan infrastruktur digital.
Pengerusi MAPITA dalam ucapannya menekankan kepentingan inovasi berterusan agar sistem pengajian tinggi negara kekal relevan dan kompetitif di peringkat global. Mesyuarat kali ini turut menyaksikan perkongsian amalan terbaik (best practices) daripada universiti hos mengenai pengurusan data raya dan ekosistem kampus pintar. Dengan terlaksananya mesyuarat ini, MAPITA komited untuk terus menjadi penggerak utama dalam memacu kecemerlangan ICT demi manfaat mahasiswa dan warga akademik di seluruh Malaysia.
07/05/2026
Sorotan pemenang-pemenang dan aktiviti bersama kehadiran para pelajar sempena Hari Digital UMPSA yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Kampus Pekan.
| Monday | 08:30 - 16:30 |
| Tuesday | 08:30 - 16:30 |
| Wednesday | 08:30 - 16:30 |
| Thursday | 08:30 - 16:30 |
| Friday | 08:30 - 12:15 |
| 14:45 - 16:30 |