Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu

Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu, College & University, UiTM Kampus Kuala, Kuala.

Photos from Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu's post 04/06/2026

Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera (KEUB ) 2026

Tarikh: 2 Jun 2026

Tempat: Dewan Kenanga, Terengganu Equistarian Resort (TER), Kuala Terengganu

KEUB 2026 anjuran UiTM melalui HEP ini memacu satu lonjakan penting dalam agenda pemerkasaaan ekonomi Bumiputera dengan mensasarkan usaha kritikal dalam menangani jurang ekonomi semasa.

Kemuncak KEUB 2026 menyaksikan Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, dan turut dihadiri oleh YB Datuk Razali Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu mewakili YAB Menteri Besar Terengganu, Kepimpinan tertinggi UiTM yang diketuai oleh Naib Canselor, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shaharin Sahib @ Sahibuddin Dan Timbalan Naib Canselor (HEP) merangkap Pengerusi KEUB 2026, YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shshibi turut menyaksikan penyerahan 10 Resolusi KEUB 2026 secara rasmi kepada pihak kerajaan sebagai tindakan pemerkasaaan ekonomi baharu.

Terima kasih YAB Timbalan Perdana Menteri di atas kesudian untuk menyantuni para peserta KEUB 2026 yang terdiri daripada usahawan industri dan siswa, pemimpin pelajar, ahli akademik, pemain industri, usahawan komuniti serta rakan-rakan strategik daripada pelbagai agensi seperti KETENGAH, MARA, TEKUN, KESEDAR, RISDA FELCRA dan ICU.

Penghargaan tertinggi daripada seluruh warga UiTM kerana YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk bersama- sama dengan KEUB 2026. Juga terima kasih kepada semua warga UiTM, UiTM Cawangan Terengganu serta Kampus Kuala Terengganu yang telah memberikan sokongan tenaga kerja mahupun komitmen yang tertinggi dalam merealisasikan KEUB 2026.



Photos from Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu's post 21/05/2026

Program : Bengkel Penulisan Akademik Siri II: "Manuscript Refinement & High-Impact Journal Targeting"

Tarikh : 20 Mei 2026 (Rabu)

Tempat : Smart Classroom, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Bengkel Penulisan Akademik Siri II: Manuscript Refinement & High-Impact Journal Targeting telah dianjurkan oleh RMU, UiTMCTKKT dengan penglibatan pensyarah-pensyarah di Kampus Kuala Terengganu serta disampaikan oleh penceramah jemputan, Profesor Madya Dr Azlan bin Ismail dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan praktikal dan bimbingan berfokus kepada peserta dalam aspek pemantapan manuskrip, strategi penerbitan jurnal berimpak tinggi, pemilihan jurnal yang bersesuaian serta pengendalian komen reviewer secara lebih sistematik dan berkesan.

Pelbagai perkongsian ilmu, pandangan dan percambahan idea yang positif telah diperoleh sepanjang bengkel ini berlangsung, khususnya dalam memperkukuh budaya penyelidikan dan penerbitan berkualiti tinggi dalam kalangan pensyarah. Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kompetensi akademik, memperkasa strategi penerbitan berimpak tinggi serta menyokong aspirasi UiTM ke arah kecemerlangan akademik dan penyelidikan bertaraf antarabangsa.



Photos from Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu's post 21/05/2026

Sembang Santai Doc Zam

Tarikh: 19 Mei 2026

Tempat: Dewan Lestari UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Sembang Santai Doc Zam menjadi platform dalam menyantuni siswa/i serta warga UiTM Cawangan Terengganu amnya oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir bertujuan untuk mendengar suara hati kami secara terbuka sebagai tanda sokongan beliau untuk kami jadikan inspirasi dalam mendepani pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan tinggi hari ini.

Terima kasih YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry di atas peluang untuk bersama- sama dengan susuk 'Doc Zam' selama hampir 2 jam. Pelbagai pandangan serta perkongsian fikiran yang positif terhasil daripada Sembang Santai Doc Zam.

Penghargaan tertinggi daripada seluruh warga UiTM Kampus Kuala Terengganu kerana YB Menteri Pengajian Tinggi memilih untuk bersama- sama dengan kami. Juga terima kasih kepada semua warga kampus yang telah memberikan sokongan tenaga kerja mahupun komitmen yang tertinggi dalam merealisasikan Sembang Santai Doc Zam yang penganjurannya adalah selaras untuk kelestarian UiTMCTKKT: 'A Metropolitan Campus'.



18/05/2026

IN PERSON WITH DOC ZAM

Townhall Yb Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd Kadir
Tarikh : 19 Mei 2026 (Selasa)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Lestari, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Kuala Terengganu

12/05/2026

Jom sertai kami dalam menjaga dan memelihara alam sekitar!
"Bersih Pantai, Bersih Hati, Selamat Bumi"

✨ Program Santuni Alam 4.0 kembali lagi!

πŸ“… Tarikh: 15 Mei 2026 (Jumaat)
πŸ•– Masa: 7.00 pagi

πŸŽ“ Anjuran bersama:
β€’ Servicing UiTMCTKKT
β€’ Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS)
β€’ Kelab Minda Islam (KMI)

🀝 Dengan kolaborasi:
β€’ Jabatan Alam Sekitar (JAS)
β€’ Geng Plastik Ija (GPI)
β€’ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
β€’ Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)
β€’ Penduduk sekitar Pantai Chendering
β€’ Serta orang awam yang terlibat secara sukarelawan

🌊 Ayuh bersama-sama kita menjaga kebersihan pantai demi kelestarian alam untuk generasi akan datang!

Photos from Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu's post 10/05/2026

Program: Kunjungan Hormat ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu

Tarikh: 5 Mei 2026

Tempat: Pejabat YADIM Negeri Terengganu

Kunjungan hormat yang diketuai oleh Penolong Rektor, Dr. Syahrul Hezrin Mahmud, Koordinator Penyelidikan Dan Jaringan Industri, Dr. Ainina Redwan, Ketua-Ketua Program Prasiswazah Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Dr. Norulhidayah Isa dan Pn. Sarah Yusof, juga Penyelaras Pembangunan Islam, Dr. Wan Helmy Shariman Wan Ahmad. Kunjungan Hormat ini bertujuan untuk memperkembangkan lagi hubungan kerjasama strategik di antara YADIM Dan UiTM di peringkat negeri Terengganu melalui platform pendidikan.

Pelbagai pandangan serta percambahan fikiran yang positif terhasil daripada Kunjungan Hormat ini yang dibuat untuk kelestarian UiTMCTKKT: 'A Metropolitan Campus'.

30/04/2026

Tahniah kepada

Pn Noorul Huda binti Zakaria

Penyarah Kanan
Fakulti Pengurusan Perniagaan
UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu

Atas pencapaian sebagai 'corresponding / UiTM first / sole author's bagi PI:

Penerbitan prosiding berindeks SCOPUS / Wos /ERA / Mycite (PI139)

Tajuk: The Interplay between Goleman's Emotional Intelligence Dimensions and Their Effects on Employee Job Performance

Jurnal: International Journal of Academic Research in Progressive Education & Development

Daripada
Penolong Rektor & seluruh warga UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu

Photos from Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu's post 30/04/2026

Program: Latihan Kebakaran Kolej Kerawang 2026

Tarikh: 28 April 2026

Tempat: Kolej Kerawamg UiTMCTKKT

Latihan Kebakaran ini telah berlangsung di Kolej Kerawang sekitar jam 11.30 malam - 1.30 pagi dengan kerjasama oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu. Latihan ini merupakan satu keperluan bagi memenuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) dan kali pertama dijalankan di kolej.

Pihak Unit Pengurusan Risiko mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Unit Polis Bantuan, Pengurusan Fasiliti dan HEP (kolej) yang membantu menjayakan latihan ini.

Terima kasih juga kepada Penolong Rektor dan Ketua Pusat Pengajian (KPP) atas kehadiran ke program ini yang dibuat untuk kelestarian UiTMCTKKT: 'A Metropolitan Campus'.

30/04/2026

Tahniah kepada

Dr Najdah binti Abd Aziz (231329)
Muhammad Ajmal bin Adnan (2023239556)
Nor Zalilah binti Abdullah (2023466022)
Nur Aqilah binti Abdul Razak (2023239326)

(CDCS270)

atas pencapaian
SILVER AWARD

didalam
3rd International Tinker Innovation and Entrepreneurship Challenge 2026

Dibawah kategori
Sains & Teknologi

Tajuk: Rainsentry - A Smart Rain Detector System

Daripada
Penolong Rektor & seluruh warga UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu

30/04/2026

Tahniah kepada

Dr Najdah Abd Aziz

Penyarah Kanan
Fakulti Pengurusan Perniagaan
UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu

atas pencapaian sebagai 'corresponding / UiTM first / sole author's bagi PI:

Penerbitan prosiding berindeks SCOPUS / Wos /ERA / Mycite (PI139)

Tajuk: Student Academic Performance Through Innovative Assessment in Teaching ENT600: A Case Study of Pride Showcase in UiTMCTKKT

Jurnal: International Journal of Advanced Research in Education and Society

Daripada
Penolong Rektor & seluruh warga UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


UiTM Kampus Kuala
Kuala
21080

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00