14/04/2026
With Amanah Saham Nasional Berhad β I just got recognised as one of their top fans! π
Info terkini Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP) unit di bawah Hal Ehwal Pelajar (HEP).
14/04/2026
With Amanah Saham Nasional Berhad β I just got recognised as one of their top fans! π
14/04/2026
With Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam β I just got recognised as one of their top fans! π
07/04/2026
β¨ PROGRAM CELIK MADANI BERSAMA ASNB TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA! β¨
Alhamdulillah, Program Celik MADANI bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di Bilik Seminar 3 Fakulti Perubatan pada 1April 2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.
π Program ini telah memberi pendedahan kepada para peserta mengenai:
βοΈ Asas pengurusan kewangan
βοΈ Kepentingan simpanan & pelaburan
βοΈ Pengenalan produk ASNB
π Terima kasih kepada Prof Pen. Rektor, Unit URHP, Fasiliti, Digital, PB, HEP Fakulti dan MPP yang memberikan bantuan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
πTerima kasih juga kepada semua peserta yang hadir dan memberi komitmen sepanjang program berlangsung.
π€ Penghargaan juga kepada pihak ASNB atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam merancang kewangan yang lebih bijak pada masa hadapan π°
16/03/2026
π’ KEMUDAHAN SEWAAN TRANSIT HARIAN
Kolej Kediaman UiTM Kampus Sungai Buloh & Selayang
Disediakan kemudahan bilik transit harian untuk pengunjung, ibu bapa, staf dan tetamu yang memerlukan penginapan sementara di kampus.
ποΈ Pelbagai pilihan bilik disediakan
π° Harga bermula RM25 hingga RM110 semalam
π’ Kemudahan asas lengkap disediakan
π Tempahan boleh dibuat di pejabat kolej pada waktu pejabat atau hubungi:
π Kolej Sungai Buloh
π 03-6126 5358 / 5361
π Kolej Selayang
π 03-6126 4662 / 4663
Tempahan adalah tertakluk kepada kekosongan.
07/03/2026
04/03/2026
πβ¨ MAJLIS PENUTUPAN FESKARA 3.0 & IFTAR PERDANA 2026 β¨π
Sungai Buloh, 28 Februari 2026 - Majlis Penutupan Festival Sentuhan Kasih Ramadan (FESKARA) 3.0 dan Iftar Perdana Kampus Sungai Buloh & Selayang 2026 telah berlangsung dengan penuh keberkatan serta semangat kebersamaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Profesor Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi MARA atas kesudian menyempurnakan perasmian majlis.
Terima kasih juga kepada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia atas kerjasama padu melalui penganjuran ceramah, pertandingan serta aktiviti kebajikan termasuk penyampaian sumbangan kepada Asrama Anak Yatim Damai Kuang.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyemai budaya keprihatinan, memperkukuh ukhuwah serta mengeratkan hubungan antara kampus dan komuniti.
Semoga usaha murni ini terus diberkati dan menjadi inspirasi kepada kita semua.
02/03/2026
02/03/2026
26/02/2026
Sungai Buloh, 26 Februari 2026 β Program Munchy Bites & Co. (A Bite To Give) bersempena Festival Sentuhan Kasih Ramadan (FESKARA) 3.0 anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh dan Selayang telah berlangsung dengan jayanya di Dapur HEP, Kolej Kediaman 1, UiTM Kampus Sungai Buloh pada 23, 25 dan 26 Februari 2026.
Program jualan makanan ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif kebajikan dan keusahawanan pelajar sepanjang bulan Ramadan. Pelbagai menu makanan telah disediakan dan dijual kepada warga kolej kediaman, dengan penglibatan aktif ahli jawatankuasa dalam aspek penyediaan, pengurusan kewangan serta operasi jualan. Lebih bermakna, 100% keuntungan hasil jualan telah disalurkan kepada rumah anak yatim terpilih
sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan mereka.
Pelaksanaan program ini bukan sahaja memberi pendedahan praktikal kepada mahasiswa dalam bidang pengurusan dan keusahawanan, malah
turut menyemai nilai empati, tanggungjawab sosial dan semangat bersedekah selaras dengan penghayatan bulan Ramadan.
Secara keseluruhannya, Program Munchy Bites & Co. (A Bite To Give) diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam menggalakkan budaya memberi dan memperkukuh jati diri mahasiswa yang prihatin serta berintegriti.
26/02/2026
Puncak Alam, 05 Februari 2026 - Bengkel Tatatertib Pelajar yang telah dilaksanakan di Dewan Anggerik Sari, Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan yang jelas kepada semua ahli jawatankuasa mengenai peraturan universiti, prosedur tindakan tatatertib serta fungsi dan tanggungjawab sebagai jawatankuasa.
Bengkel ini dianjurkan bagi memperkukuh kefahaman ahli jawatankuasa berkaitan:
β
Peraturan dan prosedur tatatertib pelajar
β
Tatacara pengendalian kes dan dokumentasi
β
Peranan dan bidang kuasa jawatankuasa
β
Pengurusan kes secara profesional, adil dan berintegriti
Melalui sesi perkongsian, perbincangan kes dan soal jawab interaktif, para peserta dapat menyelaras pemahaman serta memastikan setiap tindakan yang diambil adalah selaras dengan garis panduan universiti.
Semoga bengkel ini dapat memperkasakan Jawatankuasa Tatatertib Kolej Kediaman dalam mewujudkan persekitaran kolej yang harmoni, selamat dan berdisiplin.
| Monday | 07:30 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Tuesday | 07:30 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Wednesday | 07:30 - 13:00 |
| Thursday | 07:30 - 13:00 |
| Friday | 07:30 - 12:15 |
| 14:45 - 17:00 |