Salam sejahtera, rakan-rakan guru yang saya hormati ,
Kita laksanakan tugasan ini secara berperingkat. Dalam beberapa hari ini, marilah kita memberi tumpuan terlebih dahulu kepada penyediaan salinan sijil dan pengemaskinian kenyataan perkhidmatan untuk Buku Borang Permohonan Guru Cemerlang (GC).
Apabila sesi persekolahan bermula nanti, kita boleh meneruskan kerja mengemas kini fail-fail berkaitan serta menyemak buku latihan murid bagi memastikan tiada kerja yang tertinggal atau belum diperiksa. Seterusnya, kita boleh menyiapkan slaid PowerPoint untuk tujuan pembentangan.
Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan dapat diselesaikan mengikut perancangan. Marilah kita saling membantu dan terus berusaha dengan penuh komitmen demi mencapai kecemerlangan bersama.
Selamat maju jaya dan semoga berjaya!
Majlis Guru Cemerlang Sarawak - MGC Sar
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Guru Cemerlang Sarawak - MGC Sar, Education Website, Kuching.
29/04/2026
📢 PERINGATAN MESRA BUAT CALON GCPC 2026!
Rakan-rakan pemohon Guru Cemerlang & Pensyarah Cemerlang (GCPC) bagi tahun 2026 di Sarawak, jangan lupa semak permohonan anda!
Pastikan pengesahan oleh Ketua Jabatan dilakukan selewat-lewatnya pada:
🗓 2 MEI 2026
Jangan tunggu saat akhir ya! Jom pastikan semua dokumen dan pengesahan selesai tepat pada waktunya.
Semoga berjaya buat semua calon! 🚀
Credit to: Jemaah Nazir Negeri Sarawak
24/04/2026
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Nurfirdaus yang telah mewakili Majlis Guru Cemerlang Sarawak dalam mempamerkan pelbagai aktiviti serta inisiatif yang telah dilaksanakan. Penyertaan ini bukan sahaja memperlihatkan komitmen tinggi dalam memartabatkan profesion keguruan, malah menjadi platform terbaik untuk berkongsi amalan terbaik, inovasi serta kejayaan guru-guru cemerlang kepada masyarakat.
Melalui pameran ini, para pengunjung berpeluang untuk memahami dengan lebih jelas peranan Majlis Guru Cemerlang Sarawak dalam memperkasa pendidikan, khususnya dalam melahirkan guru yang berinovatif, berdedikasi dan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Usaha yang ditunjukkan oleh Cikgu Nurfirdaus mencerminkan semangat kerjasama dan kesungguhan dalam membawa nama organisasi ke tahap yang lebih tinggi.
Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai guru untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai program pembangunan profesional, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan di Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya. Terima kasih sekali lagi atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan
21/04/2026
Semua cikgu yang saya kasihi, rebut peluang ini sebelum terlambat. Usaha dan dedikasi anda layak diangkat ke tahap yang lebih tinggi!
16/04/2026
Berita dari meja MGCSar
16.04.2026
Jemputan untuk memberi perkongsian berkaitan dengan Guru Cemerlang bersama guru-guru di PPD Serian khasnya untuk sekolah² SJK.
Moga perkongsian ini membakar dan menarik minat ramai lagi memohon GC tahun 2026 ini.
07/04/2026
Untuk maklumat semua guru Sibu, Jemaah Nazir Sibu ada memberi khidmat bantu, jikalau ada apa apa yang kurang faham boleh jumpa mereka. Terima kasih
05/04/2026
Rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi,Setelah berfikir panjang dan mempertimbangkan sebaiknya, saya mengambil keputusan untuk terlebih dahulu menjadi contoh dengan mengisi dan menghantar borang tersebut.
Saya percaya, mungkin ada antara kita yang masih ragu-ragu atau belum bersedia sepenuhnya. Namun, kadangkala langkah pertama itulah yang paling penting. Ini bukan sekadar mengisi borang, tetapi satu tanda kita menghargai usaha, komitmen dan perjalanan kita dalam dunia pendidikan.
Saya mulakan dahulu, sebagai satu dorongan kecil untuk kita semua. Ayuh kita saling menyokong dan memberi semangat. Jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja. Isi dan hantarlah borang dengan penuh keyakinan.
Apa jua hasilnya nanti, sekurang-kurangnya kita telah mencuba dan melangkah ke hadapan tanpa penyesalan.
Semoga kita semua terus kuat, bersemangat dan berjaya bersama.
PERINGATAN BERKAITAN PERMOHONAN GURU CEMERLANG (SARAWAK)
Dimaklumkan kepada semua guru di Sarawak yang layak memohon jawatan Guru Cemerlang agar mengambil perhatian dan segera mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup.
📌 Tarikh Tutup Permohonan: 24 April 2026
Sehubungan itu, semua guru yang memenuhi syarat kelayakan dinasihatkan supaya:
- Menyemak syarat dan kriteria permohonan dengan teliti
- Melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam e-pangkat
- Menghantar permohonan dalam tempoh yang ditetapkan untuk diperakui oleh Ketua Jabatan.
⚠️ PERINGATAN:
Kelewatan menghantar permohonan tidak akan dilayan. Sila ambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Sekian, terima kasih.
“Bersama Melestarikan Kecemerlangan Pendidikan”
YDP Majlis Guru Cemerlang Sarawak
19/03/2026
17/03/2026
✨ **SELESAI WEBINAR HARI INI** ✨
Alhamdulillah, webinar "Road to Guru Cemerlang" pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua panel hebat dan para peserta yang telah meluangkan masa, berkongsi ilmu serta memberikan komitmen yang luar biasa.
Semoga segala perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan generasi yang cemerlang.
Teruskan menyokong program-program pembangunan profesional guru pada masa akan datang.
📌 *Ilmu dikongsi, manfaat dirasai bersama.*
Boleh klik link YouTube di bawah untuk menonton semula rakaman perkongsian pada hari ini.
Klik LIKE & SUBSCRIBE
https://youtube.com/?si=a4qyuxzN9oopbFz7
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Kuching
94700