Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu

Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu

Share

Laman ini diwujudkan untuk info dan maklumat tentang SK Tabuan Ulu. Semoga memberi manfaat buat ibubapa & keluarga yang tiada halangan dengan perkongsian ini.

Semua gambar yg dikongsikan tidak melibatkan sebarang keuntungan wang ringgit kepada sekolah.

Photos from Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu's post 22/06/2026

STANDARD 3.3: PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
ASPEK 3.3.2: PENGURUSAN DISIPLIN MURID

KEM PEMBANGUNAN DIRI MURID CERDAS 2026

Maklumat Program
Anjuran: Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS)
Kerjasama & Kelolaan: Masjid Darul Falah, Kampung Tabuan Haji Drahman, Kuching
Tarikh: 20 – 21 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Masjid Darul Falah, Kampung Tabuan Haji Drahman, Kuching
Penglibatan: 30 orang murid SK Tabuan Ulu (Tahun 5 dan Tahun 6)

OBJEKTIF
1. Membangunkan sahsiah dan jati diri murid melalui aktiviti pembangunan kendiri yang berteraskan nilai-nilai Islam.
2. Meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan kepimpinan dalam kalangan murid.
3. Memupuk semangat kerjasama, disiplin dan tanggungjawab melalui aktiviti berkumpulan.
4. Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan pembentukan akhlak dan kecemerlangan diri sebagai pelajar.

RUMUSAN PROGRAM
Kem Pembangunan Diri Murid Cerdas 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 30 orang murid SK Tabuan Ulu yang terdiri daripada murid Tahun 5 dan Tahun 6. Pelbagai aktiviti berbentuk ceramah motivasi, pembangunan sahsiah, latihan dalam kumpulan serta aktiviti pengukuhan nilai-nilai murni telah dijalankan sepanjang program. Murid menunjukkan komitmen yang tinggi dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang kem berlangsung.

IMPAK PROGRAM
1. Murid lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dan menyampaikan pandangan.
2. Peningkatan kesedaran terhadap kepentingan disiplin, akhlak dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
3. Murid dapat membina hubungan yang lebih baik dengan rakan melalui aktiviti berkumpulan.
4 Meningkatkan motivasi murid untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.
5. Memupuk semangat kepimpinan serta tanggungjawab dalam kalangan peserta.

TINDAK SUSUL
1. Mengadakan sesi refleksi dan perkongsian pengalaman peserta semasa perhimpunan sekolah.
2. Meneruskan aktiviti pembangunan sahsiah dan kepimpinan murid melalui program sekolah secara berkala.
3. Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk dilibatkan dalam program pembangunan diri pada peringkat yang lebih tinggi.
4. Menggalakkan murid mengamalkan nilai-nilai positif yang dipelajari dalam kehidupan harian dan persekitaran sekolah.

PENUTUP
Program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi manfaat yang signifikan kepada murid dari aspek pembangunan sahsiah, kepimpinan dan motivasi diri. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kepimpinan.

Photos from Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu's post 19/06/2026

STANDARD 3.1: PENGURUSAN KURIKULUM
ASPEK: 3.1.2: PENGURUSAN MATA PELAJARAN

PENGGUNAAN RADAS KIT SAINS SARAWAK (KITSS)

Tarikh: 18.06.2026 & 19.06.2026
Masa: PdP Sains
Tempat: Bilik Sains/Kelas
Penglibatan:
1. Pn. Nor Siti Intan binti Kifli (Ketua Panitia Sains) Topic: Brightness of the bulbs in series circuit and parallel circuit
2. Cik Rohaidah binti Ismawi (Guru Sains Tahun 1) Topic: Living and non living things, parts of animals and plants
3. En. Malai Ismawi bin Sabdin (Guru Sains Tahun 2) Topic: The lifecycle of a frog

OBJEKTIF
1. Memberi bimbingan penggunaan radas Kit Sains Sarawak (KITSS) secara betul dan selamat dalam PdP Sains serta penggunaan aplikasi KITSS kepada murid-murid.
2. Mengurus dan melaksanakan intervensi Panitia Sains.
3. Meningkatkan kemahiran semua guru Sains dalam merancang aktiviti intervensi dan amali Sains.

RUMUSAN
Semua guru Sains memanfaatkan radas KITSS yang dipinjam dari Pusat Kegiatan Guru (PKG), Kuching. Murid-murid berasa seronok belajar menggunakan bahan bantu mengajar yang sangat menarik.

IMPAK
1. Guru lebih yakin menggunakan radas KITSS dalam aktiviti amali Sains.
2. Pengurusan Panitia Sains menjadi lebih tersusun.
3. PdP Sains menjadi lebih menarik, hands-on dan berpusatkan murid.

TINDAK SUSUL
1. Ketua Panitia merancang intervensi berfokus berdasarkan isu bersama ahli Panitia.
2. Guru-guru Sains merancang lebih banyak aktiviti amali Sains menggunakan radas KITSS.
3. Bimbingan berterusan dijalankan bagi memastikan penggunaan radas KITSS secara optimum dan pelaksanaan intervensi bidang Sains di peringkat panitia.

Photos from Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu's post 19/06/2026

STANDARD 3.1: PENGURUSAN KURIKULUM
ASPEK: 3.1.2: PENGURUSAN MATA PELAJARAN

CERAMAH MAAL HIJRAH 1448H / 2026M
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh: 19 Jun 2026
Hari: Jumaat
Masa: 6.45 pagi hingga 7.10 pagi
Tempat: Makmal Komputer
Penglibatan: Semua guru dan murid Islam

OBJEKTIF:
1. Memahami konsep hijrah sebagai satu proses perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik berlandaskan ajaran Islam.
2. Menyemai semangat untuk meningkatkan ilmu, akhlak dan amalan harian dalam kalangan murid.
3. Menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai contoh dalam menghadapi cabaran dan mencapai kejayaan.
4. Memupuk nilai perpaduan, kerjasama dan tanggungjawab dalam membina ummah yang cemerlang.

RUMUSAN
Program Ceramah Maal Hijrah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Murid dan guru mendapat pendedahan tentang makna hijrah yang sebenar serta kepentingan melakukan perubahan positif dalam kehidupan. Pengisian ceramah turut meningkatkan kesedaran warga sekolah untuk terus memperbaiki diri demi kecemerlangan dunia dan akhirat.

IMPAK
1. Murid lebih memahami konsep hijrah dan pengajarannya dalam kehidupan seharian.
2. Meningkatkan motivasi murid untuk berubah ke arah sahsiah dan akhlak yang lebih baik.
3. Menyemarakkan penghayatan terhadap kalendar Islam dan peristiwa penting dalam sejarah Islam.
4. Memupuk semangat membina ummah yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

TINDAK SUSUL
1. Mengadakan aktiviti pengukuhan seperti kuiz, pertandingan poster atau mewarna bertemakan Maal Hijrah.
2. Menerapkan nilai-nilai hijrah dalam aktiviti PdP dan program pembangunan sahsiah murid.

Photos from Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu's post 18/06/2026

Standard 3.1: Pengurusan Kurikulum
Aspek 3.1.4: Pengurusan Penilaian Murid

SESI LIBAT URUS PEMUGARAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DAN PENJAMINAN MUTU PBD PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh: 18 Jun 2026
Hari: Khamis
Masa: 12.30 hingga 2.30 petang
Tempat: Makmal Komputer SK Tabuan Ulu
Penglibatan: SLT, MLT dan semua guru Perdana

OBJEKTIF:
1. Meningkatkan kefahaman guru tentang hala tuju, konsep dan pelaksanaan Pemugaran Pentaksiran Bilik Darjah selaras dengan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
2. Memperkukuh amalan pentaksiran berterusan yang berfokus kepada perkembangan, kebolehan dan potensi murid secara holistik.
3. Menyelaras pelaksanaan PBD agar lebih sistematik, berkualiti dan berintegriti di peringkat sekolah.

RUMUSAN:
Sesi Libat Urus ini berjalan dengan lancar. Pemugaran PBD dan Penjaminan Mutu PBD dapat disampaikan kepada semua guru. Guru -guru dapat mengisi Instrumen Penjaminan Mutu Pentaksiran Bilik Darjah dengan betul.

IMPAK:
Semua guru dapat memahami kesemua perkara penting berkaitan PBD.

TINDAK SUSUL:
SLU Pemugaran PBD akan dilaksanakan dari masa ke semasa.

Photos from Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu's post 14/06/2026

Standard 2: Pengurusan Organisasi
Aspek 2.5: Iklim
2.5.1 Persekitaran Fizikal Diselenggara
Standard Kualiti: Persekitaran fizikal diselenggara secara sistematik dan terancang.

LAWATAN BERSAMA KONTRAKTOR BERJAYA BAGI KERJA UBAH SUAI NAIK TARAF (USNT) BILIK DARJAH TAMBAHAN 2027

Tarikh: 12 Jun 2026
Hari: Jumaat
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Kuarters Guru Besar
Penglibatan:
Pn. Suhana binti Hashim (GB)
Cikgu Mackencidy
En. Ibrahim
Pn. Dyg Athirah
Kontraktor berjaya
Cik Rohaidah binti Ismawi (PKP)
En. Kenneth anak Jampang (Pegawai Aset)

OBJEKTIF:
1. Menyediakan ruang pembelajaran yang mencukupi bagi menampung pertambahan enrolmen murid.
2. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat untuk murid serta guru.
3. Menyokong aspirasi KPM dalam menyediakan akses pendidikan yang berkualiti, saksama dan berimpak tinggi kepada semua murid.

RUMUSAN:
Penerangan oleh En. Ibrahim kepada pihak pengurusan sekolah berkenaan dengan kerja-kerja USNT yang akan dilaksanakan bermula minggu pertama atau minggu kedua bulan Julai 2026.

IMPAK:
1. Peningkatan kualiti PdP.
2. Pengurangan kepadatan murid dalam bilik darjah.
3. Peningkatan kehadiran dan motivasi murid.

TINDAK SUSUL:
1. Pihak sekolah perlu memastikan kuarters Guru Besar dikosongkan pada kadar segera sebelum kerja-kerja USNT dilaksanakan.

Photos from Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu's post 13/06/2026

Standard 2: Pengurusan Organisasi
Aspek 2.7: Permuafakatan Strategik

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK TABUAN ULU 2026

Tarikh: 13 Jun 2026
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 hingga 11.30 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna SK Tabuan Ulu

OBJEKTIF:
1. Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang lalu.
2. Membentangkan laporan aktiviti PIBG bagi tahun sebelumnya.
3. Membentangkan, membincangkan dan meluluskan laporan kewangan PIBG.
4. Membincangkan usul-usul yang dikemukakan oleh ibu bapa dan guru demi penambahbaikan sekolah.
5. Mengukuhkan kerjasama dan hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti.
6. Membincangkan perancangan program dan aktiviti sekolah yang memerlukan sokongan PIBG.
7. Menggalakkan penglibatan aktif ibu bapa dalam pembangunan dan kecemerlangan sekolah.

RUMUSAN:
Mesyuarat berlangsung dengan lancar. Kehadiran agak memberangsangkan. Cabutan Bertuah diadakan bagi menggalakkan kehadiran ibu bapa/penjaga ke mesyuarat.

IMPAK:
Pihak sekolah dan ibu bapa/penjaga menjalinkan kerjasama yang baik dan berterusan.

TINDAK SUSUL:
Pihak sekolah akan mengadakan program atau aktiviti yang melibatkan penglibatan ibu bapa/penjaga pada masa akan datang.

Photos from Pejabat Pendidikan Daerah Kuching's post 12/06/2026
Photos from Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu's post 12/06/2026

Standard 2: Pengurusan Organisasi
Aspek 2.7: Permuafakatan Strategik

TAKLIMAT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2026

Tarikh: 12 Jun 2026
Hari: Khamis
Masa: 12.30 tengah hari
Tempat: Makmal Komputer
Penglibatan: GB, PKP, PKHEM, PKPK, SU PIBG, guru dan AKP

OBJEKTIF:
1. Memaklumkan kepada guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) mengenai perancangan dan perjalanan Mesyuarat Agung PIBG.
2. Menjelaskan peranan serta tanggungjawab guru dan AKP sebelum, semasa dan selepas mesyuarat.
3. Menyelaras tindakan serta pembahagian tugas bagi memastikan mesyuarat berjalan lancar dan teratur.

RUMUSAN:
Sesi taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha PIBG telah berjalan lancar dan semua guru dan AKP telah memahami perjalanan mesyuarat dan bidang tugas masing-masing.

TINDAK SUSUL:
Semua guru dan AKP telah membuat persediaan AJK masing-masing.

Photos from Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu's post 12/06/2026

Standard 3.1: Pengurusan Kurikulum
Aspek: Pengurusan Mata Pelajaran

KELAS BIMBINGAN BERFOKUS TAHUN 6 & PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN KEPADA GURU KELAS BIMBINGAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS, SAINS DAN MATEMATIK TAHUN 6

Tarikh pelaksanaan: 8 Jun 2026 hingga awal Oktober 2026
Masa: 12.30 hingga 1.30 tengah hari
Tempat: Kelas Tahun 6@Makmal Komputer
Penglibatan: Pn. Selia anak Siban, Pn. Dalila binti Abdullah, Pn. Nor Siti Intan binti Kifli dan semua murid Tahun 6

OBJEKTIF:
1. Meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran teras seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
2. Membantu murid memahami topik yang sukar melalui bimbingan dan latihan tambahan.
3. Meningkatkan kemahiran menjawab soalan serta teknik menjawab dengan berkesan.
4. Mengenal pasti kelemahan murid dan menyediakan intervensi yang bersesuaian.

RUMUSAN:
Semua murid Tahun 6 diberikan bimbingan berfokus oleh tiga orang guru yang telah dilantik untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Ketiga-tiga guru ini telah diberikan surat lantikan oleh Puan Suhana binti Hashim, Guru Besar pada 10 dan 11 Jun 2026. Kelas bimbingan ini telah bermula pada 8 Jun 2026.

IMPAK:
1. Lebih banyak masa belajar dapat diberikan kepada semua murid Tahun 6
2. Guru kelas bimbingan dapat mengenalpasti intervensi yang sesuai untuk murid-murid.

TINDAK SUSUL:
Sokongan dan bimbingan berterusan daripada guru dan ibu bapa/penjaga perlu dilaksanakan dalam membantu kejayaan murid dalam pelajaran.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan Foochow No. 1
Kuching
93300