31/05/2026
π NOTIS PEMAKLUMAN GANGGUAN PENJANAAN SLIP PENDAFTARAN ALUMNI
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KESIHATAN AWAM) KOTA SENTOSA
31/05/2026
π NOTIS PEMAKLUMAN GANGGUAN PENJANAAN SLIP PENDAFTARAN ALUMNI
30/05/2026
πππππππ πππππππππ πππππ ππππππππ & ππππ πππππ ππππ πΎ
Mari kita raikan kepelbagaian budaya dan keindahan tradisi warisan kita dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan.
Selamat Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai
Kaamatan: Harvesting Unity, Celebrating Harmony
Semoga sambutan tahun ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan, serta mengekalkan kedamaian yang berpanjangan buat tanah air tercinta.
Tulus ikhlas daripada:
Seluruh Warga & Pertubuhan Kebajikan Pelatih ILKKM Kota Sentosa (Kesihatan Awam)
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M.
Semoga segala amal ibadah,pengorbanan, dan usaha murni kita sentiasa diberkati serta diterima oleh Allah SWT .Semoga perayaan ini membawa limpahan rahmat, kedamaian, dan kesejahteraan yang berpanjangan buat seluruh umat Islam di mana pun berada.
βSelamat menyambut Hari Raya Korban dengan penuh kesyukuran .Maaf zahir dan batin ππ.
Ikhlas daripada seluruh warga kerja Ilkkm Kota Sentosa Kesihatan Awam
24/05/2026
"Setiap jam belajar, setiap nota yang ditulis, dan setiap pengorbanan kecil yang dilakukan adalah bukti bahawa kita sedang melangkah menuju kejayaan."
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester buat rakan-rakan pelatih ILKKM Kota Sentosa (Kesihatan Awam)!
Jangan takut pada kertas soalan, tetapi percayalah pada kemampuan diri sendiri yang telah bertungkus-lumus sepanjang semester ini. Ayuh buktikan sejauh mana kita telah berusaha!
Selamat Maju Jaya!
Ikhlas Daripada:
Seluruh Warga ILKKM Kota Sentosa Kesihatan Awam
Pertubuhan Kebajikan Pelatih ILKKM Kota Sentosa Kesihatan Awam Sesi 2026
14/05/2026
Program Amali Lapangan Pelatih Sijil Pembantu Kesihatan Awam( SPKA 32) di Lundu Bersama PKD Lundu yang diadakan pada 4 - 8 Mei 2026.
Antara Pengisian Program :
β¦ Prosedur kerja PKA dalam Unit CDC
β¦ Amali kawalan vektor penangkapan nyamuk dewasa
β¦ Mendaki gunung dan meninjau lokasi GFS
β¦ Program Amali Pendidikan Kesihatan Bersama PKD Lundu
β¦ Taklimat dan amali kebersihan makanan bersama unit kualiti makanan PKD Lundu
β¦Program promosi kesihatan di SMK Sematan
14/05/2026
Tahniah kepada semua peserta yang menyertai Program Penurunan Berat Badan Ideal peringkat ILKKM Kota Sentosa (Kesihatan Awam)
Anjuran Kelab Gaya Hidup Sihat, program ini bukan sekadar tentang angka di penimbang, tapi tentang membina tabiat yang lebih berkualiti.
Sebagai warga Kesihatan Awam, kitalah cermin kepada komuniti. Kalau bukan kita yang bermula dulu, siapa lagi?
Berat ideal, badan cergas, minda tajam.
14/05/2026
Satu majlis penuh bermakna telah berlangsung di Auditorium Padawan pada 8 Mei (Jumaat). Perhimpunan bulanan kali ini tampil istimewa dengan kehadiran Pengarah ILKKM Kota Sentosa (Kesihatan Awam), Encik Lim Ban Dang, bagi menyempurnakan beberapa agenda utama institusi.
Antara pengisian menarik sepanjang majlis:
1. Pra Pelancaran Buletin Kenyalang Kinabalu Edisi 1/2026
2. Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Muka Depan Buletin
3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Sepak Takraw
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga semangat kecemerlangan ini terus membara dalam diri setiap warga ILKKM Kota Sentosa (Kesihatan Awam).
10/05/2026
πLawatan Pembelajaran Pelatih Tahun 2 Semester 2 Bagi Subjek Enforcement in Public Health ke Jabatan Peguam Negara Cawangan Sarawak.
Pada 6 Mei 2026 (Rabu) , Seramai 42 orang pelatih Diploma Kesihatan Persekitaran ILKKM Kota Sentosa (Kesihatan Awam) yang diketuai oleh Pengarah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Encik Lim Ban Dang dan 2 orang tenaga pengajar En Zuhaimi Azman bin Yusoff dan En. Delentine J.Lacius telah mengadakan lawatan pembelajaran ke Jabatan Peguam Negara Cawangan Sarawak.
Lawatan ini disambut baik oleh barisan Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Persekutuan Jabatan Peguam Negara Sarawak yang diketuai oleh YBrs Puan Pengarah Pendakwaan Negeri, Puan Aslinda Ahad.
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelatih mengenai fungsi dan peranan Jabatan Peguam Negara dalam sistem perundangan negara, serta memperkukuhkan kefahaman mereka terhadap pelaksanaan undang-undang secara praktikal, khususnya dalam aspek penguatkuasaan kesihatan awam.
Diharapkan melalui lawatan ini para pelatih dapat mempersiapkan diri sebagai seorang penguat kuasa, pegawai penyiasat dan pegawai pendakwa yang kompeten dan berintegriti pada masa akan datang.
04/05/2026
π Program Pameran dan Ceramah Kesihatan
Rabies: Elak Gigitan, Elak Kematian
Program Promosi Kesihatan (subjek EHHP 2212) telah dilaksanakan oleh pelatih-pelatih Diploma Kesihatan Persekitaran, Kumpulan 4 DKP32 pada 2 Mei 2026 di Dewan Serbaguna Kampung Sebandi Ulu, Asajaya, Kota Samarahan.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran penduduk kampung mengenai bahaya rabies serta pendedahan mengenai cara membasmi penyakit tersebut.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya JKKK Kampung Sebandi Ulu dan Persatuan Wanita Kampung Sebandi Ulu.
01/05/2026
Pertandingan Battle of Voices & Bands Peringkat ILKKM Kota Sentosa (Kesihatan Awam).
Tarikh : 29 April 2026
Jam : 7.00 PM - 10.00 PM
Tempat : Auditorium Padawan.
Pertandingan ini telah dianjurkan bersama oleh Kelab Instrument & Kelab Nyanyian.Ianya diadakan bagi mencungkil bakat nyanyian dan seni muzik dalam kalangan Pelatih ILKKM Kota Sentosa (Kesihatan Awam). Seramai 10 band bertanding bagi merebut kejuaraan.
Berikut merupakan senarai pemenang.
π₯ Defence Counsel Band
π₯ Kugiran Rentak Orang Muda Band
π₯ After Duty Band
*Saguhati*
π
Young, Old & Broke Band
π
Bunga Layu Band
π
Bunga Mekar Band
π
Rabbit Nakal 1
π
Los Rizzler
π
Rabbit Nakal 2
π
Inci Band
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |