14/06/2026
🏆 iCATS Performing Arts sekali lagi Mengharumkan Nama i-CATS di FESCO 2026 🏆
Tahniah kepada pasukan iCATS Performing Arts atas pencapaian cemerlang di Festival Seni dan Kebudayaan (FESCO) 2026 yang berlangsung di Universiti Teknologi PETRONAS, Perak pada 13 Jun 2026.
Penyertaan tahun ini merupakan kali ketiga iCATS Performing Arts beraksi di pentas FESCO. Selepas meraih tempat ketiga pada penyertaan pertama dan muncul Johan pada dua edisi berikutnya, pasukan sekali lagi membuktikan kecemerlangan mereka apabila berjaya membawa pulang pelbagai anugerah termasuk Johan serta Anugerah Kostum Terbaik.
Seramai 12 orang pelajar telah mewakili i-CATS University College, diiringi oleh Miss Sulastri Fitri selaku Ketua Penasihat Kelab, bersama Mdm Seraphina sebagai Penolong Penasihat Kelab dan Ts. Dr. Hisyammudin sebagai Pengurus Pasukan.
Melalui persembahan tarian kreasi etnik Bidayuh bertajuk “Pribu Manuk”, pasukan iCATS Performing Arts sekali lagi berjaya memukau para penonton dan menambat hati para juri dengan persembahan yang sarat dengan nilai budaya, kreativiti dan penghayatan seni.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha, komitmen dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh setiap ahli sepanjang persiapan dan pertandingan. Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan kerana terus mengharumkan nama i-CATS University College di pentas seni kebudayaan peringkat kebangsaan.
13/06/2026
Saratok, kitak nang best!
Meriah, santai dan penuh semangat sekitar Dewan Pentas Utama Sri Kalaka, Saratok hari ini.
Para pelajar, komuniti setempat dan warga i-CATS UC bersama-sama memeriahkan program dalam suasana yang mesra, ceria dan penuh semangat kebersamaan.
13/06/2026
Program Keterlibatan Komuniti Kolej Universiti i-CATS di Daerah Saratok, Sarawak yang berlangsung hari ini di Dewan Pentas Utama Sri Kalaka, Saratok bertemakan Memperkasa Komuniti Menginspirasi Minda Membina Masa Depan telah berlangsung dengan jayanya.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Duri, Ahli Dewan Undangan Sarawak N.38 Kalaka.
Turut hadir, Yang Berhormat Datuk Abdul Wahab Aziz, Pengerusi LAKIS; Yang Berbahagia Professor Emeritus Datuk Ts. Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS; Yang Berusaha Tuan Mohammad Dino bin Amid, Pegawai Daerah Saratok; Yang Berusaha Encik Awet bin Gapor, Pegawai Pendidikan Daerah Saratok, Yang Berbahagia Professor Dato' Dr Shazali bin Abu Mansor, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Inovasi; Yang Berusaha Professor Ts. Dr. Leo Sing Lim, Timbalan Naib Canselor Industri dan Keterlibatan Komuniti; Sahari bin Ghani, Pemancar Melayu Daerah Saratok; serta Thomas Ak Lamit, Pemancar Iban Daerah Saratok.
Terima kasih kepada semua tetamu kehormat, komuniti setempat, pemimpin masyarakat, pihak sekolah dan para pelajar yang bersama-sama menjayakan program pada hari ini.
11/06/2026
Kunjungan dan Perbincangan Kolaborasi di ADTEC PROTON Institute
📍ADTEC Proton Institute | 11 Jun 2026
Satu sesi kunjungan serta perbincangan kolaborasi telah diadakan bersama ADTEC PROTON Institute bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh jaringan hubungan antara institusi pendidikan dan industri.
Delegasi disambut oleh Encik Palani Sarawanan Kandiah, Penolong Pengarah Perkhidmatan Sokongan Pekerjaan & Komuniti, yang telah berkongsi pandangan serta cadangan berkaitan keperluan semasa industri, khususnya dalam aspek pembangunan bakat, kebolehpasaran graduan, serta pemerkasaan program latihan yang lebih relevan dan berimpak tinggi.
Diharapkan hasil daripada kunjungan dan sesi perbincangan ini akan menjadi asas kepada jalinan kerjasama yang lebih kukuh dalam memperkasa pendidikan teknikal.
11/06/2026
Kunjungan i-CATS University College ke ADTEC Bukit Katil
📍ADTEC JTM Kampus Bukit Katil | 11 Jun 2026
Satu sesi kunjungan dan perbincangan kolaborasi telah diadakan oleh wakil daripada iGAIN ke ADTEC Bukit Katil Melaka dalam usaha meneroka peluang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada pelajar dan graduan.
Delegasi i-CATS telah mengadakan pertemuan bersama Ts. Nor Mohamad bin Sulong, Timbalan Pengarah Latihan, Ts. Mohd Razali bin Noor, Timbalan Pengarah Operasi dan Ts. Mohd Sharmizi Bin Abu Bakar, Penolong Pengarah Bahagian Komuniti & Khidmat Sokongan Pekerjaan.
Fokus utama perbincangan antaranya adalah perkongsian laluan pengajian bagi graduan TVET untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi terumanya Ijazah Sarjana Muda dan perbincangan mengenai keperluan industri semasa dan usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak ADTEC Bukit Katil Melaka atas kesudian menerima kunjungan ini. Diharapkan hubungan yang terjalin akan membuka ruang kepada pelbagai inisiatif dan kolaborasi yang memberi manfaat kepada pelajar, graduan serta pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi pada masa hadapan.
11/06/2026
The Workshop on Self-Instructional Materials (SIM) and Open & Distance Learning Management System (ODLMS), jointly organised by i-CATS Digital Business School and the Human Resource Department, i-CATS University College, was successfully held at Hilton Kuching on 10 June 2026.
The programme was officiated by Prof. Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi, Vice Chancellor, who highlighted the significance of the MBA (ODL) programme, the importance of quality SIM development, and i-CATS University College’s commitment to expanding flexible and accessible learning opportunities. He also announced the approval granted by Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) for the offering of the MBA (ODL) programme, enabling the recruitment of the first student intake in the upcoming semester.
The workshop was facilitated by Adj. Prof. Dr Behrang Parhizkar, Strategic Partner, and Miss Yasmin Alysaa Binti Elias, IT Executive, providing valuable insights into SIM development, ODL requirements, and the effective use of the ODL Management System.
The programme concluded with remarks by Professor Dato’ Dr. Shazali Abu Mansor, Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation) / Acting Academic, who emphasised the importance of collaboration and readiness in ensuring the successful implementation of quality Open and Distance Learning initiatives.
Our sincere appreciation to all participants, facilitators, organisers, and Chamrun Digital for their support and commitment.
10/06/2026
i-CATS University College Meneruskan Usaha Pemperkasaan Jaringan Akademik Bersama Politeknik Merlimau Melaka
📍 Politeknik Merlimau Melaka | 10 Jun 2026
Delegasi daripada i-CATS University College turut berkesempatan mengadakan kunjungan ke Politeknik Merlimau Melaka sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan jaringan kerjasama akademik dan pembangunan pendidikan tinggi.
Delegasi i-CATS telah mengadakan sesi perbincangan bersama Ts. Zan Aizuwan Bin Hj Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Politeknik Merlimau Melaka. Pertemuan tersebut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai peluang kerjasama yang boleh diterokai, termasuk laluan pendidikan, pembangunan pelajar serta inisiatif yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.
Diharapkan perbincangan yang berlangsung akan menjadi asas kepada kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan, sekali gus menyokong pembangunan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersedia menghadapi keperluan industri.
10/06/2026
i-CATS University College Memperkukuh Jaringan Akademik Bersama Politeknik Melaka
📍 Politeknik Melaka | 10 Jun 2026
i-CATS University College telah mengadakan kunjungan rasmi ke Politeknik Melaka sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggi. Delegasi i-CATS yang diketuai oleh Regional Executive, Cik Nur Fauzurana Arisha bersama Digital Marketing Executive, Cik Balqis daripada iGAIN telah disambut oleh Pengarah Politeknik Melaka, Dr. Noriah binti Abdul Malek dan Ketua Centre for Industry and Community Engagement Services (CISEC), Puan Zaihan Binti Haron dalam satu sesi pertemuan yang berlangsung di Bilik Tamu, Politeknik Melaka.
Pertemuan tersebut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama dalam bidang akademik, pembangunan pelajar serta perkongsian peluang pendidikan. Selain itu, pelbagai cadangan turut dibincangkan bagi meningkatkan akses graduan kepada laluan pendidikan yang lebih luas dan berdaya saing.
Melalui perbincangan ini, i-CATS komited untuk terus memperluaskan peluang pengajian kepada graduan institusi pengajian tinggi, khususnya pelajar dari Sarawak yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Diharapkan hubungan yang terjalin ini akan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan demi melahirkan graduan berkualiti dan memenuhi keperluan tenaga kerja negara.
10/06/2026
🎓✨ Welcome to i-CATS University College, Foundation Intake June 2026!
From today until Friday, our new Foundation students will be participating in the Foundation Student Orientation Programme, marking the beginning of an exciting academic journey at iCATS.
The orientation programme was officially welcomed by Professor Dato’ Dr. Shazali Abu Mansor, Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation), who shared words of encouragement and inspiration as students embark on this new chapter of learning and personal growth.
To all our new students, welcome to the iCATS family! We hope this orientation will help you settle in, make new friends, and prepare for a rewarding university experience ahead.
New journey.
New opportunities.
Endless possibilities.
08/06/2026
Today’s Happening | Welcome June Intake Foundation Students!
A warm welcome to all Foundation students of the June Intake who are joining i-CATS University College today.
This marks the beginning of your academic journey, and we are excited to welcome you into the i-CATS community.
Step forward with confidence, explore new opportunities, and make every moment meaningful.
Welcome to i-CATS, Inspiring Minds, Shaping Futures.
Follow us for more updates and student highlights!