05/06/2026
SK Tan Sri Dr Sulaiman Haji Daud
Facebook rasmi SK TASSUDA
05/06/2026
31/05/2026
Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.
26/05/2026
Salam Aidiladha 1026/ 1447H 🌙✨
Di sebalik erti pengorbanan, tersimpan nilai keikhlasan dan kasih sayang yang mendekatkan hati sesama insan.
Semoga hari mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.
Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin 🤍
26/05/2026
Purata kehadiran murid semakin meningkat hasil kerjasama semua pihak. Terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan. Sama-sama kita capai sasaran KPI 94%! 💪📚
26/05/2026
PEMANTAUAN PENGOPERASIAN PEKERJA PEMBERSIHAN SEKOLAH (KBK) OLEH GURU BESAR
STANDARD 1
Kepemimpinan
ASPEK
1.1 PGB Sebagai Peneraju (1.1.3, 1.1.7)
1.3 PGB Sebagai Pendorong (1.3.1, 1.3.3)
STANDARD 2
ASPEK
2.1 Pengurusan Sumber Manusia (2.1.1, 2.1.2)
2.5 Iklim (2.5.1)
📌Perincian
Tarikh : 26 Mei 2026
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Persekitaran sekolah
📌Penglibatan
1. Guru Besar
2. 6 orang pekerja pembersihan
📌Objektif
1. Memastikan tugas pembersihan sekolah dilaksanakan mengikut skop kerja dan jadual yang ditetapkan.
2. Memantau tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan persekitaran sekolah agar sentiasa kondusif.
3. Memberi bimbingan serta motivasi kepada pekerja pembersihan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
📌Rumusan
Pemantauan yang dijalankan mendapati pekerja pembersihan melaksanakan tugasan mengikut jadual yang ditetapkan. Kebersihan kawasan sekolah berada pada tahap memuaskan dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan ceria serta selamat. Guru Besar turut memberikan teguran dan penambahbaikan berkaitan pengurusan kebersihan di beberapa lokasi tertentu bagi memastikan standard kebersihan sekolah sentiasa dipertingkatkan.
📌Impak
1. Persekitaran sekolah lebih bersih, selesa dan kondusif untuk warga sekolah.
2. Pekerja pembersihan lebih memahami tanggungjawab serta skop tugas masing-masing.
3. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan sekolah secara berterusan.
📌Tindak Susul
1. Pemantauan berkala akan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh pihak pentadbir.
2. Pekerja pembersihan diminta memberi perhatian terhadap kawasan yang memerlukan tindakan segera dan lebih teliti.
3. Perbincangan serta bimbingan berterusan akan dijalankan bagi memastikan tahap kebersihan sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik.
"Berilmu Berwawasan"
26/05/2026
PEMANTAUAN PENGOPERASIAN PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH OLEH GURU BESAR
STANDARD 1
Kepemimpinan
ASPEK
1.1 PGB Sebagai Peneraju (1.1.3, 1.1.7)
1.3 PGB Sebagai Pendorong (1.3.1, 1.3.3)
STANDARD 2
Pengurusan Organisasi
Aspek
2.1 Pengurusan Sumber Manusia (2.1.1, 2.1.2)
2.5 Iklim (2.5.1)
STANDARD 3
Pengurusan Kurikukum,Kokurikukum dan Hal Ehwal Murid (HEM)
Aspek :
3.3.3 Pengurusan Kelelamatan Murid
(3.3.3.1)
📌Perincian
Tarikh : 26 Mei 2026
Masa : 5.46 pg
Tempat : Pondok Pengawal Keselamatan
📌Penglibatan
1. Guru Besar
2. Pengawal Haizam
3. Pengawal Rasul
Objektif :
1. Memastikan pengoperasian pengawal keselamatan sekolah berjalan dengan teratur dan mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan.
2. Menilai tahap kawalan keselamatan di pintu masuk sekolah bagi menjamin keselamatan murid, warga sekolah dan aset sekolah.
3. Memberi bimbingan serta motivasi kepada pengawal keselamatan agar melaksanakan tugas dengan lebih cekap, berintegriti dan berdisiplin.
📌Rumusan :
Pemantauan yang dilaksanakan mendapati pengawal keselamatan hadir bertugas mengikut jadual yang ditetapkan serta menjalankan kawalan di pintu masuk sekolah dengan baik. Rekod kehadiran dan pemantauan pelawat berada dalam keadaan terkawal. Guru Besar turut memberikan teguran dan penambahbaikan berkaitan aspek pemantauan keluar masuk kenderaan serta kawalan keselamatan awal pagi.
📌Impak :
1. Tahap keselamatan dan kawalan persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik dan terkawal.
2. Pengawal keselamatan lebih peka terhadap tanggungjawab dan prosedur keselamatan sekolah.
3. Keyakinan warga sekolah dan ibu bapa terhadap aspek keselamatan sekolah dapat dipertingkatkan.
📌Tindak susul :
1. Pemantauan berkala akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap keselamatan sentiasa berada pada tahap optimum.
2. Pengawal keselamatan diingatkan supaya sentiasa merekod pergerakan pelawat dan memantau laluan keluar masuk sekolah dengan lebih teliti.
3. Kerjasama antara pihak sekolah dan syarikat keselamatan akan diperkukuhkan bagi memastikan perkhidmatan keselamatan yang lebih berkesan.
"Berilmu Berwawasan"
24/05/2026
LAPORAN PEMANTAUAN KENDIRI KANTIN SEKOLAH
STANDARD 3.3
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
STANDARD 2
PENGURUSAN ORGANISASI
ASPEK :
3.3.4 Pengurusan Kesihatan Murid
2.5 Iklim
📌Perincian :
Tarikh : 22 Mei 2026
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Kantin Sekolah
📌Penglibatan :
1. Encik Ismail bin Hj Ibrahi. (Guru Besar)
2. Puan Rosnah binti Bojey (Penolong Kanan HEM)
3. Puan Fatin Husna binti Japar (Penyelaras Kantin)
4. Hjh Emylia binti Mokthar (Pengusaha Kantin)
📌Objektif :
1. Memastikan pengurusan kantin sekolah berada dalam keadaan bersih, selamat dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
2. Memantau tahap kebersihan makanan, peralatan, kawasan kantin serta amalan pengendalian makanan oleh pengusaha kantin.
3. Memastikan murid mendapat persekitaran kantin yang kondusif, selesa dan selamat sepanjang waktu rehat.
📌Rumusan :
Hasil pemantauan mendapati pengurusan kantin berada pada tahap memuaskan dan terkawal. Kebersihan kawasan penyediaan makanan, tempat makan murid serta susun atur kantin didapati berada dalam keadaan baik. Pengusaha kantin turut mematuhi aspek kebersihan diri dan pengendalian makanan yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, beberapa penambahbaikan kecil telah dicadangkan bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan kantin sentiasa berada pada tahap terbaik.
📌Impak :
1. Meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan kantin sekolah.
2. Memupuk kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan kesihatan dan kebersihan kantin sekolah.
3. Pengurusan kantin lebih sistematik dan mematuhi standard yang ditetapkan.
📌Tindak susul :
1. Pemantauan berkala akan diteruskan oleh pihak pentadbir dan Jawatankuasa Kantin Sekolah.
2. Pengusaha kantin diminta mengekalkan tahap kebersihan dan memperbaiki perkara yang telah ditegur semasa pemantauan.
"Berilmu Berwawasan"
SAMBUTAN HARI GURU 2026 MCDONALD'S BERSAMA WARGA PENDIDIK.
STANDARD 2
Pengurusan Organisasi.
Aspek 2.6 Pengurusan Perpaduan
Aspek 2.7 Permuafakatan Strategik
📌 PERINCIAN:
Tarikh: 19 Mei 2026
Hari : Selasa
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Mc Donald's 3rd Mile Central Park.
📌 PENGLIBATAN :
Semua warga pendidik SK TASSUDA
📌 OBJEKTIF :
1. Menghargai jasa, pengorbanan dan dedikasi guru sempena Sambutan Hari Guru 2026.
2. Mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak sekolah dengan komuniti luar seperti McDonald’s Malaysia.
3. Mewujudkan suasana penghargaan dan motivasi kepada guru-guru melalui program sambutan khas.
📌 RUMUSAN :
Program Sambutan Hari Guru 2026 oleh McDonald’s Malaysia merupakan satu inisiatif yang baik dalam menghargai jasa guru SK TASSUDA. Sambutan ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada warga pendidik, malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan komuniti setempat.
📌 IMPAK :
1. Guru-guru berasa dihargai dan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas mendidik.
2. Hubungan antara pihak sekolah dan pihak luar menjadi lebih kukuh.
3. Memberi imej positif kepada sekolah dan penganjur melalui program penghargaan yang bermakna.
📌 TINDAK SUSUL :
1. Mengadakan program penghargaan guru secara berkala pada masa akan datang.
2. Menjalinkan lebih banyak kerjasama strategik dengan agensi luar atau syarikat korporat.
3. Mendokumentasikan program dalam bentuk laporan, gambar dan video sebagai rujukan serta kenangan sekolah.
“Berilmu Berwawasan”
23/05/2026
PERTANDINGAN BOLA BALING LELAKI DAN PEREMPUAN 12TKB
Standard: 3.2: Pengurusan Kokurikulum
Aspek 3.2.4 Pengurusan Sukan/ Permainan
Standard 5.2: Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
Aspek 5.2.3: Gred Purata Sekolah (GPS) dalam sukan dan permainan.
📌 PERINCIAN :
Tarikh : 21/05/2026
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Komplek Maritim Tun Abang Sallehudin (KOMTAS) Muara Tebas, Kuching
📌 PENGLIBATAN :
Murid yang mewakili Zon B1
1. 9 orang murid (SK Tassuda) dan 3 orang murid (SK Gita) - Lelaki
2. 10 orang murid (SK Tassuda) dan 2 orang murid (SK Gita) - Perempuan
3. Bilangan Guru : 4 orang (Tassuda dan SK Gita)
📌 PENCAPAIAN :
1. Seorang murid dari SK Tassuda terpilih untuk mewakili Daerah Kuching.
📌 OBJEKTIF :
1. Mengasah kemahiran dan bakat murid dalam permainan bola baling
2. Memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan.
3. Memberi pendedahan kepada suasana pertandingan sebenar.
4. Mencungkil dan memilih pemain berbakat untuk mewakili Daerah Kuching.
📌 RUMUSAN :
Pemilihan bola baling ini berjalan dengan lancar. Semua pemain menunjukkan komitmen tinggi serta semangat juang yang kuat sepanjang pemilihan. Pemilihan ini berjaya mencapai matlamat dalam memilih pemain yang berpotensi untuk mewakili Daerah Kuching ke peringkat bahagian.
📌 IMPAK :
1. Peningkatan prestasi dan kemahiran pemain dalam perlawanan.
2. Meningkatkan keyakinan diri dan daya saing murid.
3. Mengeratkan hubungan serta kerjasama antara ahli pasukan.
4. Mewujudkan budaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan murid.
📌 TINDAK SUSUL :
1. Mengadakan latihan intensif secara berterusan di SMK Petra Jaya pada tarikh yang ditetapkan.
2. Menyertai kejohanan di peringkat bahagian pada tarikh yang ditetapkan.
3. Mengenal pasti dan membimbing pemain berpotensi secara khusus.
"Berilmu Berwawasan"
Selamat bercuti sekolah! 🌸
Rehat secukupnya, luangkan masa bersama keluarga dan jangan lupa cipta kenangan indah. Jumpa lagi dengan semangat baru!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Matang
Kuching
93050
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 16:00 |
| Tuesday | 08:00 - 16:00 |
| Wednesday | 08:00 - 16:00 |
| Thursday | 08:00 - 16:00 |
| Friday | 08:00 - 16:00 |