29/01/2026
HEBAHAN RASMI | DRONATRIX 2026
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa DRONATRIX 2026 akan diadakan pada 30 Januari 2026 (Jumaat). Program ini bertujuan memperkasa inovasi dan kreativiti pelajar dalam bidang teknologi dron melalui pertandingan Dron Sinematik, Virtual Simulator, Inovasi Dron dan Kuiz Dron.
Semua dijemput untuk menyertai dan memberikan sokongan bagi menjayakan program ini.
03/12/2025
Hari terakhir Disember diraikan dengan penuh kegembiraan buat graduan SKM dan kami di KMSw.
Kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan warga makmal KMSw atas pengurniaan di Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia di UTEM pada Ahad 30/11/2025.
Menjulang kecemerlangan!
08/11/2025
β¨ Tahniah Joannes Juna Anak Dunstan!
Penerima Program Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara dalam bidang Matematik di Australian National University, Australia! π¦πΊ
Terus cemerlang dan jadi inspirasi buat semua pelajar Matrikulasi di seluruh Malaysia! πͺπ
28/10/2025
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar Batch 12 Kolej Matrikulasi Sarawak yang telah berjaya mendapat tempat di universiti! πβ¨
Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian yang gemilang pada masa hadapan.
Teruslah berusaha, membawa nama Kolej Matrikulasi Sarawak dengan penuh kebanggaan dan integriti. ππ
17/06/2025
Minggu depan bermula pendaftaran program Matrikulasi. Kami akan bersiaran sekali lagi untuk menjawab semua keraguan, kerisauan anda.
*Topik: Kebajikan Pelajar dan Bantuan Kewangan*
Jom join Ngopi Talk bersiaran pada:
Tarikh: 17 Jun 2025 (Selasa)
Masa: 3.00 petang
Link: https://meet.google.com/xmp-vzpo-dnv
Jangan terlepas sertai kami bersiaran.
* *
14/06/2025
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Selamat datang kepada semua pelajar baharu Kolej Matrikulasi Sarawak. Dijemput semua untuk mengikuti sesi Ngopi Talk secara live pada 17 Jun 2025 di platform Facebook ini pada jam 3 petang. Jom, jom, jom!
14/05/2025
Semoga Berjaya pelajar pelajar KMSw Batch 12 Eonara! Semoga apa yang diusahakan membuahkan hasil selayaknya
08/04/2025
Jom Serbu Dronatrix STEM 2025!
Anjuran oleh Kolej Matrikulasi Sarawak dalam sukan dron bagi pelbagai peringkat umur seperti:
π₯ Pertandingan dron
π₯ Pameran dron
π₯ Makanan serta minuman di gerai jualan
Tarikh & Masa: 11-13 April 2025 (imbas kod QR untuk tentatif penuh)
Lokasi: Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Kuching
Google Site: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/dronatrix2025?usp=sharing
Masuk adalah PERCUMA!
Bawa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk pengalaman sains, teknologi dan hiburan yang tak boleh dilepaskan ππ