Portal Rasmi SMK SG Maong

Portal Rasmi SMK SG Maong

Share

Portal Rasmi SMK Sungai Maong. Dapatkan berita dan maklumat terkini di laman ini. Web Rasmi: smksungaimaong.blogspot.com

06/06/2026

Tahniah dan selamat datang kepada Puan Law Sie Ngo atas pelantikan sebagai Pengetua SMK Sungai Maong. Semoga kepimpinan beliau membawa kecemerlangan dan kejayaan berterusan kepada sekolah. 🌷✨

Photos from Portal Rasmi SMK SG Maong's post 01/06/2026

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah atas pencapaian cemerlang sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Perarakan Hari Wesak 2026 pada 31.05.206

Photos from Portal Rasmi SMK SG Maong's post 24/05/2026

Kem Kepimpinan Pengawas 2026,
23052026

Photos from Portal Rasmi SMK SG Maong's post 23/05/2026

Sambutan Hari Guru dan Hari Gawai Dayak, 22.05.2026

22/05/2026

PEMAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Cuti Pertengahan Tahun bermula 25 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026.

πŸ“š Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 8 Jun 2026 (Isnin).

Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bercuti, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua warga sekolah yang meraikannya.

Sepanjang cuti persekolahan, mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa memastikan anak-anak menjaga kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan diri.

Photos from Portal Rasmi SMK SG Maong's post 19/05/2026

Buletin SMK SUNGAI MAONG 2026, Edisi April

08/05/2026

Peringatan kepada seluruh warga sekolah agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan peka terhadap sebarang risiko atau bahaya di kawasan sekolah. Peka terhadap sebarang risiko, kerosakan atau keadaan yang boleh membahayakan murid dan warga sekolah. Sebarang kerosakan atau keadaan berbahaya hendaklah dilaporkan segera kepada guru dan pihak pengurusan untuk tindakan lanjut.

Keselamatan murid adalah prioriti kami.

23/04/2026

πŸ“š PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT TAHUN 2026
Dimaklumkan bahawa pihak sekolah melaksanakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit sebagai usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan warga sekolah.

πŸ—“ Tarikh: 23.04.2026
⏰ Masa: 11.00 pagi
πŸ“ Tempat: Lokasi masing-masing (kelas / pejabat / bilik khas)

πŸ“– Pelaksanaan:
β€’ Semua warga sekolah termasuk murid, guru dan staf akan berhenti seketika selama 10 minit untuk aktiviti membaca.
β€’ Bahan bacaan adalah bebas (buku, majalah, bahan digital yang sesuai).
β€’ Aktiviti dijalankan secara serentak mengikut masa yang ditetapkan.

🎯 Objektif:
β€’ Membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian
β€’ Menyemai minat dan kecintaan terhadap ilmu
β€’ Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran literasi warga sekolah

β€œMembaca Amalan Mulia” πŸ“š

18/04/2026

[6 cara mencintai diri sendiri dengan lebih baik]

Kawan-kawan,

Belajarlah untuk menyayangi diri dengan lebih baik. Beri masa untuk berehat, lepaskan apa yang menyakitkan dan hargai perkara kecil yang membawa kebahagiaan.



Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Lor Pisang Barat 11
Kuching
93150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00