12/06/2026
ππππππππ π: πππππ π.π [π.π.π]
PGB bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh dan berkualiti.
PGB menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara terancang.
ππππππ ππππππππππ πππππ ππππππππ ππππππππππππ πππππππππ (πππ) ππππ
Tarikh : 12 Jun 2026
Hari : Jumaat
Tempat : Bilik Guru Besar
Penglibatan : Guru Besar, Pentadbir & Penerima APC
ππππππππ
:
1. Memberi penghargaan kepada penerima APC 2025 atas prestasi dan komitmen cemerlang.
2. Meningkatkan motivasi warga sekolah untuk terus melaksanakan tugas dengan berkualiti.
πππππππ:
Majlis Penyerahan Surat APC 2025 telah dilaksanakan dengan lancar sebagai tanda penghargaan kepada penerima atas kecemerlangan dalam perkhidmatan. Majlis ini turut menyuntik semangat kepada warga sekolah untuk terus mencapai kecemerlangan.
πππππ:
1. Meningkatkan motivasi dan semangat kerja warga sekolah.
2. Membudayakan amalan kecemerlangan dan penghargaan dalam organisasi.
ππππππ πππππ:
1. Meneruskan amalan pengiktirafan kepada warga sekolah yang berprestasi tinggi.
2. Menggalakkan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan warga sekolah.
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
12/06/2026
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUCHING 2026
S5 : Kemenjadian Murid, Pencapaian Murid dan Sekolah
5.2 (Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum)
a) Tajuk :
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUCHING 2026
b) Perincian :
Tarikh: 10-11 JUN 2026
Tempat: KOMPLEKS SMK TABUAN JAYA
c) Penglibatan :
EN TALIP BIN ALLI
EN SYAHRUL NIZAM BIN HATTA
EN ABDUL KARRIM BIN ABDUL GHANI
PN NURULDIANA ABDULLAH @ DIANA AK JOTI
CIK NURUL IZZATI BINTI MAT HASSAN
WAKIL MURID SK RAKYAT TUPONG
d) Objektif :
1. Mencungkil dan mengenal pasti bakat murid dalam bidang olahraga untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi seperti MSS Bahagian, MSS Negeri dan MSS Malaysia.
2. Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental murid melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dan olahraga.
e) Rumusan :
Program Olahraga MSSD berjaya menjadi platform dalam mencungkil bakat murid dalam bidang olahraga di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal, disiplin dan semangat kesukanan. Penganjuran program ini turut memberi peluang kepada murid memperoleh pengalaman pertandingan serta mengeratkan hubungan antara sekolah-sekolah dalam daerah.
Pencapaian:
1. Lompat Tinggi L11TKBπ₯
Muhammad Thaqif Amsyar
2. Lontar Peluru L12TKB π₯
Izz Ziqry Zuhairy
3. Lontar Peluru P11TKB Ke-4
Siti Ayesha
4. Lompat Jauh L11TKB Ke-8
Muhammad Adryshah
5. Lompat Tinggi P10TKB Ke-5
Putri NurNajla
6. 80M Lari Berpagar P12TKB Ke-7
Dayang Aisyathira
f) Impak :
1. Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental murid melalui penglibatan aktif dalam acara olahraga.
2. Mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang sukan untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi
g) Tindak susul :
1. Mengadakan latihan susulan secara berterusan kepada murid yang berpotensi bagi meningkatkan prestasi dalam acara olahraga.
2. Membuat pemilihan dan pemantauan atlet berbakat untuk persediaan ke pertandingan peringkat yang lebih tinggi seperti MSS Bahagian dan MSS Negeri.
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
09/06/2026
PENTADBIRAN SOAL SELIDIK KAJIAN LAPANGAN: KAJIAN PENILAIAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) SARAWAK 2026 PERINGKAT SK RAKYAT TUPONG.
S3.1: PENGURUSAN KURIKULUM
3.1.1 (KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM)
3.1.1.1 (Pelaksanaan kurikulum diurus secara sistematik dan terancang)
a) Tajuk :
PENTADBIRAN SOAL SELIDIK KAJIAN LAPANGAN: KAJIAN PENILAIAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) SARAWAK 2026 PERINGKAT SK RAKYAT TUPONG
b) Perincian :
21 Mei 2026
Khamis
Bilik Akses SK Rakyat Tupong
c) Penglibatan :
Ustazah Nurul Izzati Binti Mat Hassan (Penyelaras DLP)
Pn. Madiah Binti Pon
Semua Murid Tahun 6
d) Objektif :
1) Menilai tahap penguasaan murid terhadap kandungan mata pelajaran yang diajar dalam Bahasa Inggeris seperti Sains dan Matematik.
2) Mengukur keupayaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam memahami konsep, istilah, dan kemahiran pembelajaran.
e) Rumusan :
Pentaksiran DLP telah dilaksanakan dengan jayanya oleh murid Tahun 6. Melalui pentaksiran ini, kekuatan dan kelemahan murid dapat dikenal pasti bagi membantu penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran, seterusnya meningkatkan keberkesanan pelaksanaan DLP di sekolah.
f) Impak :
Pelaksanaan pentaksiran DLP memberi impak positif terhadap peningkatan penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar serta penggunaan Bahasa Inggeris dalam konteks akademik.
g) Tindak susul :
1. Melaksanakan analisis dapatan kajian DLP.
2. Guru akan melaksanakan intervensi dan aktiviti pengukuhan berdasarkan hasil pentaksiran DLP bagi membantu murid meningkatkan penguasaan kandungan mata pelajaran serta kemahiran Bahasa Inggeris.
3. Sesi bimbingan, latihan berfokus dan pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pencapaian murid dapat dipertingkatkan serta keberkesanan pelaksanaan DLP terus diperkukuh.
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
09/06/2026
Standard 2: Pengurusan Organisasi
Aspek: 2.4 Pengurusan Program dan Aktiviti Sekolah
a) Tajuk Program:
Majlis Persaraan Pn. Anita Binti Abu Bakar, GPK HEM SK Rakyat Tupong
b) Perincian:
Tarikh:
22 Mei 2026 (Jumaat)
Masa:
11:00 pagi
Tempat:
Medan RaTu, SK Rakyat Tupong
c) Penglibatan:
Semua guru dan murid SK Rakyat Tupong
d) Objektif
1. Menjadikan saat persaraan sebagai kenangan indah bersama rakan sekerja dan organisasi.
2. Memberi pengiktirafan atas khidmat, komitmen, dan pencapaian sepanjang tempoh perkhidmatan.
e) Rumusan
Majlis persaraan Pn. Anita Binti Abu Bakar diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas segala jasa, pengorbanan serta sumbangan individu sepanjang tempoh perkhidmatan. Selain meraikan detik perpisahan, majlis ini juga menjadi medium untuk mengeratkan silaturahim, mengenang kenangan bersama serta menghargai legasi yang ditinggalkan demi kemajuan organisasi.
f) Impak
Majlis persaraan dapat memberi impak positif dengan meningkatkan semangat penghargaan dalam kalangan warga organisasi, mengeratkan hubungan silaturahim serta meninggalkan kenangan manis kepada individu yang bersara. Selain itu, majlis ini turut menjadi sumber inspirasi kepada warga kerja lain untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, komitmen dan integriti.
Tindak Susul
1. Pihak organisasi akan terus mengekalkan hubungan baik dengan pesara melalui jemputan ke program-program tertentu.
2. Menghargai sumbangan mereka sebagai sumber inspirasi kepada warga kerja.
09/06/2026
π¦ππ ππ¨π§ππ‘ πππ₯π ππ¨π₯π¨ π£ππ₯ππ‘ππππ§ π¦πππ’πππ π¦π π₯πππ¬ππ§ π§π¨π£π’π‘π
Standard 2: Pengurusan Organisasi
Aspek: 2.4 Pengurusan Program dan Aktiviti Sekolah
Tajuk Program:
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Rakyat Tupong
Tarikh:
19 Mei 2026 (Selasa)
Masa:
11:00 pagi
Tempat:
Medan RaTu, SK Rakyat Tupong
Penglibatan:
Semua guru dan murid SK Rakyat Tupong
Objektif
1. Menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik serta membimbing murid.
2. Memupuk rasa hormat, kasih sayang dan penghargaan terhadap guru.
3. Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan murid.
4. Mewujudkan suasana sekolah yang harmoni, ceria dan kondusif melalui aktiviti sambutan Hari Guru.
Rumusan
Program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Rakyat Tupong telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua warga sekolah. Sukaneka ringkas yang telah dijalankan berjaya mewujudkan suasana ceria serta meningkatkan penghargaan murid terhadap jasa guru. Kerjasama yang baik antara pihak pentadbir, guru dan murid telah menyumbang kepada kelancaran program.
Impak
1. Meningkatkan penghargaan dan rasa hormat murid terhadap guru.
2. Mengukuhkan hubungan mesra antara guru dan murid.
3. Meningkatkan semangat kekitaan serta budaya saling menghargai dalam kalangan warga sekolah.
4. Mewujudkan suasana sekolah yang positif dan kondusif.
Tindak Susul
1. Meneruskan penganjuran program penghargaan kepada guru secara berkala.
2. Menggalakkan penglibatan aktif murid dalam program yang memupuk nilai murni dan budaya menghargai.
3. Menambah baik pelaksanaan program berdasarkan maklum balas daripada warga sekolah.
4. Memperkukuh kerjasama antara guru, murid dan komuniti sekolah dalam menjayakan program-program sekolah pada masa akan datang.
07/06/2026
π SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ANAK-ANAK HEBAT SK RAKYAT TUPONG! π
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat kembali ke sekolah pada 8 Jun 2026 (Isnin).
π Mari mulakan sesi persekolahan dengan azam baharu, disiplin yang tinggi dan semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah serta kokurikulum.
β¨ Datang ke sekolah dengan senyuman.
β¨ Belajar dengan penuh kesungguhan.
β¨ Hormati guru dan rakan-rakan.
β¨ Jadilah murid yang berakhlak mulia dan berdaya saing.
Semoga setiap langkah anak-anak SK RaTu sentiasa dipermudahkan dan diberkati.
βSehaluan Mencapai Keunggulanβ