11/06/2026
Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Cikgu Vincent Anak Gabriel Bain.
Hari ini, warga sekolah memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Cikgu Vincent Anak Gabriel Bain apabila kereta jenazah beliau dibawa melalui kawasan perkarangan sekolah. Kehadiran seluruh warga sekolah dan pelajar yang memenuhi koridor serta tepi jalan sekolah menjadi bukti betapa besarnya jasa dan kasih sayang yang ditinggalkan oleh beliau.
Walaupun hujan lebat turun tanpa henti, semangat guru-guru dan pelajar untuk menunggu ketibaan mendiang tidak pernah luntur. Mereka tetap setia berdiri di tempat yang terlindung, menanti dengan penuh rasa hormat dan sayu. Hujan yang membasahi bumi seolah-olah turut menangisi pemergian seorang pendidik yang begitu berdedikasi.
Suasana hiba menyelubungi seluruh kawasan sekolah. Kesedihan jelas terpancar pada wajah warga sekolah yang masih sukar menerima kehilangan seorang guru yang sentiasa komited dalam mendidik dan membimbing anak-anak murid. Selepas meninggalkan kawasan sekolah, jenazah dibawa ke St. Ann Church, Kota Padawan untuk upacara sembahyang pengebumian. Seterusnya, mendiang dibawa ke Paradisum Catholic Cemetery untuk disemadikan.
โPerginya seorang guru, hilanglah sebutir permata yang pernah menerangi kehidupan ramai insan.โ
10/06/2026
๐ข PERHIMPUNAN SEKOLAH BIL. 10/2026
๐
Rabu | 10 Jun 2026
Perhimpunan pagi ini dimulakan dengan sesi bertafakur yang dipimpin oleh Puan Pengetua bagi mengenang jasa, pengorbanan dan kebaikan mendiang Cikgu Vincent anak Gabriel Bain.
Dengan nada yang penuh sebak, beliau mengajak para pelajar untuk menghargai setiap pengorbanan guru yang mendidik tanpa mengenal penat lelah. Dewan sekolah yang biasanya meriah bertukar sunyi, mencerminkan rasa kehilangan yang mendalam terhadap seorang guru yang amat komited, berdedikasi dan disayangi warga sekolah.
Perhimpunan sekolah diteruskan dengan:
๐น Penyampaian hadiah kepada para pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dalam:
๐ Interdivision Tang Soo Do Championship
๐ International Invention and Innovation Competition 2026 (IIIC)
๐ Euroasia Youth Music Festival
๐ Wushu Competition
๐ Genta Suara Pertandinan Nyanyian Peringkat Negeri
๐ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Tapang untuk terus cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.
๐ SMK Sungai Tapang terus melangkah maju melahirkan generasi berilmu, berbakat dan berdaya saing.
08/06/2026
๐Nama aktiviti:
Youth leardership & Emergency Response Training camp 2026
๐Tarikh: 23 May 2026 - 26 May 2026 (4 hari 3 malam)
๐Masa: 0700 am - 10.00 pm
๐Tempat: SMK SG TAPANG
๐Peserta (Nama/bilangan): 80 orang (11 orang ahli BSMM Smk Sg Tapang
๐Guru in-charge:
1. Jackanline anak Andong
2. Fu Yien Feng
3. Patrick anak Betok
4. Jacqueline Anak Rito
07/06/2026
PERTANDINGAN INOVASI ANTARABANGSA
Sukacitanya dimaklumkan bahawa sekolah telah menyertai International Invention & Innovation Competition 2026 (IIIC 2026) dan Innovation World Cup 2026 yang dianjurkan oleh Malaysia Innovation Invention Creativity Association (MIICA). Pertandingan tersebut telah berlangsung di Universitas Negeri Jakarta, Jakarta dari 3 hingga 6 Jun 2026.
Pertandingan ini telah menghimpunkan 211 kumpulan peserta daripada beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia ,India dan Bangladesh. Penyertaan ini menjadi platform penting dalam mempamerkan kreativiti, inovasi dan penyelidikan di peringkat antarabangsa.
PENCAPAIAN SMK SUNGAI TAPANG
1. Kumpulan Pelajar
Projek: SORTIFY Kategori: Technology
Ahli Kumpulan:
Jewell Gaea Anak Johnny
Hansel Narang Tan Zhihan
Alden Voon Wu Han
Huan Kah Sheng
Pencapaian:
๐ฅ 2 Golds Award(I3C and IWC)
๐ Special Grand Prize: Best Booth
2. Kumpulan Pelajar
Projek: BIOLIXIR Kategori: Life Science
Ahli Kumpulan:
Lee Jian Ming
Vincent Chai Chang Hung
Melvin Tiong Siong Hoe
Bryant Yii Ming Onn
Pencapaian:
๐ฅ 2 Golds Award(I3C and IWC)
๐ Special Grand Prize: Platinum Award
3. Kumpulan Guru
Projek: ECOCUBE Kategori: Guru / Professional / Entrepreneur
Ahli Kumpulan:
Dyg Sofia Melissa binti Awg Aini
Law Sie Khing
Lau Sai Ping (PPD Samarahan)
Pencapaian:
๐ฅ 2 Golds Award(I3C and IWC)
๐ Special Grand Prize: Platinum Award
25/05/2026
Helo, Semua Alumni SMK SG. TAPANG 1981-2024. Tiap tahun ceritanya berbeza. Bantu kami untuk jayakan misi ini.
25/05/2026
Nama Aktiviti: Must Fight Drugs Run 2026
Tarikh : 24 Mei 2026 (Ahad)
Masa : 0630 pagi
Tempat: Centexs Lundu
Anjuran: Jabatan Penerangan Daerah Lundu (PEMADAM Lundu)
Peserta : 1. Law Kah Wen (1 Caring)
2. Muhammad Nur Naufal Quasar Bin Nira ( 2 Principled)
Pencapaian:
1. Law Kah Wen -Tempat Kedua (Kategori 10km Women Open)
2. Muhammad Nur Naufal Quasar Bin Nira- Tempat Pertama (kategori 5km Boy)
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua atlet Tapang yang telah mengharumkan nama sekolah. Terima kasih juga kepada ibubapa atlet-atlet yang selalu menyokong anak-anak dalam bidang yang diminati. Untuk makluman, jumlah peserta larian ini adalah seramai 1200 orang.
23/05/2026
๐บNama aktiviti: Pertandingan Genta Suara Lagu Pop (Kategori Solo Lelaki) Karnival Muzik Peringkat Negeri Sarawak 2026
๐บGuru in-charge: Stanely Brenstan Anak Bunsin
๐บPencapaian:
Brandon Jimbat Anak Birong
Tempat ke-3 Kategori Solo Lelaki
Peringkat Negeri Sarawak