07/06/2026
SELAMAT DATANG PELAJAR TINGKATAN 6 SEMESTER 1 SESI 2026/2027
Warga Pusat Tingkatan 6 SMK Matang Jaya mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada semua pelajar baharu yang akan memulakan perjalanan akademik di peringkat STPM.
Tarikh Pendaftaran:
8 Jun 2026 (Isnin)
Masa:
9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat:
Pusat Tingkatan 6, SMK Matang Jaya
Mohon semua pelajar hadir mengikut masa yang ditetapkan dan sentiasa menjaga disiplin serta penampilan yang kemas.
SMK Matang Jaya, Sentiasa Cemerlang!
Di Sini Bermula Kejayaan Anda!
/27
31/05/2026
SELAMAT HARI WESAK
Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua yang menyambut perayaan ini.
Semoga sambutan Hari Wesak dipenuhi dengan harapan, cinta kasih dan kebersamaan bersama semua yang disayangi.
"SMKMJ SENTIASA CEMERLANG!"
Grafik oleh:
Cg Cyril Dason
28/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KAAMATAN & GAWAI DAYAK
Pada kesempatan ini, pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Kaamatan dan Gawai Dayak kepada semua yang menyambut dua perayaan terbesar di Sabah dan Sarawak.
Semoga sambutan kedua-dua perayaan kali ini dipenuhi dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan pemberkatan bersama yang keluarga tersayang.
Araaamaitiie dan Ooooohh Haaa!!
"SMKMJ SENTIASA CEMERLANG!"
Grafik oleh:
Cg Cyril Dason
23/05/2026
Tahniah diucapkan kepada Sayf Omar Rizqullah Bin Saiful atas kejayaan meraih Naib Johan eCombination Challenge (Kategori Penglihatan) dalam Malaysia IT Challenge for Youth With Disabilities (MITC) Peringkat Kebangsaan 2026. π
Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat, usaha dan bakat mampu membawa pelajar pendidikan khas melakar kecemerlangan di peringkat kebangsaan. Warga SMK Matang Jaya amat berbangga dengan pencapaian ini. πͺ
Sumber
Cg Adhariah
21/05/2026
TERIMA KASIH CIKGU BALQIS!
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Balqis Nur Fatinah, Guru Pelatih dari Universiti Tun Abdul Razak atas sumbangan sepanjang berada di SMK Matang Jaya.
Beliau menamatkan latihan mengajar di SMK Matang Jaya pada hari Isnin lalu.
Diharapkan cikgu telah mendapat ilmu dan pengalaman yang banyak dan berguna untuk kegunaan semasa menjadi guru tetap kelak.
Semoga semua yang indah selama di SMK Matang Jaya akan sentiasa dalam ingatan anda.
Terima kasih Balqis!
"SMKMJ SENTIASA CEMERLANG!"
Grafik:
Cg Cyril Dason