08/06/2026
8 JUN 2026 | ISNIN
SESI TAKLIMAT LAPOR DIRI LANTIKAN BAHARU PPPT BIL. 2 TAHUN 2026
Sesi Taklimat Lapor Diri Lantikan Baharu Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Bil. 2 Tahun 2026 telah berlangsung pada 8 Jun 2026 di Politeknik Kuching Sarawak.
Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pegawai lantikan baharu berkaitan peranan dan tanggungjawab sebagai warga pendidik serta penjawat awam dalam Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Program turut diserikan dengan amanat Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah yang menzahirkan ucapan tahniah kepada semua PPPT lantikan baharu atas pelantikan mereka sebagai warga pendidik.
Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa profesion pensyarah merupakan satu amanah yang mulia dan memainkan peranan penting dalam membentuk generasi masa hadapan. Sehubungan itu, beliau menyeru semua PPPT lantikan baharu agar melaksanakan tugas dengan penuh komitmen, disiplin dan profesionalisme dalam mendidik serta membimbing para pelajar.
Diharapkan sesi ini dapat menjadi asas yang kukuh kepada PPPT lantikan baharu dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan cemerlang.
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)
08/06/2026
✨ 𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐑𝐄𝐅𝐋𝐄𝐊𝐒𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐊𝐀𝐊𝐈 & 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍! ✨
Nak belajar teknik urutan refleksologi yang betul untuk kesihatan, relaksasi dan penjagaan diri?
Inilah peluang anda! 💆♀️💆♂️
✅ Pendedahan asas refleksologi kaki & tangan
✅ Belajar titik-titik refleksi badan
✅ Teknik urutan yang mudah dipelajari
✅ Sesuai untuk beginner
✅ Boleh dipraktikkan untuk diri sendiri & keluarga
✅ Sijil penyertaan disediakan
🌿 Antara manfaat refleksologi:
✔️ Membantu mengurangkan stress
✔️ Melancarkan peredaran darah
✔️ Memberi rasa tenang & relaks
✔️ Membantu melegakan keletihan badan
📍𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
📅𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟏𝟏 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
⏰𝐌𝐚𝐬𝐚: 𝟖:𝟑𝟎𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟒:𝟑𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
💰𝐘𝐮𝐫𝐚𝐧: 𝐑𝐌𝟕𝟎.𝟎𝟎
🎯 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃!
𝐂𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡!
📲 Untuk pendaftaran sila klik pautan di bawah:
https://forms.gle/rU7V2QVtUcYnzgya8
“𝑩𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 𝒔𝒌𝒊𝒍𝒍 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒎𝒂𝒏𝒇𝒂𝒂𝒕 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒆𝒑𝒂𝒏.”
Sumber: PSH, PKS
08/06/2026
8 JUN 2026 | ISNIN
KUNJUNGAN HORMAT KE SPP PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK
Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Encik Mohamad Nazri bin Ismail telah menyertai kunjungan hormat ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Urus Setia Cawangan Sarawak bersama delegasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang diketuai oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah.
Delegasi tersebut turut disertai oleh YM Tengku Besaruddin Shah bin Tengku Yaakob, Pengarah Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Encik Cheah Chee Fong, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Roszita binti Shamsuddin, Timbalan Pengarah Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya serta para Pengarah PolyCC Zon Sarawak.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta mempererat kerjasama antara kedua-dua pihak dalam aspek pembangunan kompetensi, peningkatan kerjaya dan pengurusan sumber manusia pendidikan. Pertemuan tersebut turut menjadi platform bagi bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada warga Politeknik dan Kolej Komuniti.
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)
08/06/2026
𝟖 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍
Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada semua Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) lantikan baharu.
Sesi Taklimat Lapor Diri Lantikan Baharu PPPT Bil. 2 Tahun 2026 akan disempurnakan oleh YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Semoga sesi ini menjadi titik permulaan yang baik dalam membina kerjaya yang cemerlang serta menyemai semangat kecemerlangan dalam perkhidmatan pendidikan tinggi.
07/06/2026
Perhatian kepada semua pelajar PKS 📚
Keputusan Rasmi Peperiksaan Akhir Sesi II: 2025/2026 akan diumumkan tidak lama lagi. Pastikan anda menyemak tarikh-tarikh penting yang berkaitan melalui poster ini.
Semoga keputusan yang diperoleh menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dalam mencapai kejayaan.
Sumber: Unit Peperiksaan
06/06/2026
6 JUN 2026 | SABTU
PKS SERTAI S**T FAIR 2026, PERLUAS HEBAHAN PENDIDIKAN TVET
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) menyertai S**T Fair 2026 yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching pada 6 dan 7 Jun 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperluas hebahan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) kepada pelajar, belia dan masyarakat umum.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak. Turut hadir mewakili Pengarah PKS ialah Ts. Aidawati binti Mustapha, Timbalan Pengarah (Akademik).
Ts. Aidawati turut berkesempatan mengunjungi reruai PKS bagi meninjau persiapan pameran serta aktiviti promosi yang dijalankan.
S**T Fair 2026 merupakan 'one-stop centre' yang menyediakan maklumat berkaitan peluang pendidikan, bantuan kewangan dan laluan kerjaya, sekali gus membantu para pelajar membuat perancangan yang lebih jelas untuk masa depan mereka.
05/06/2026
📢 Jom singgah ke Reruai Politeknik Kuching Sarawak di S**T Fair 2026 esok! ✨
Kenali dengan lebih dekat peluang pengajian dan program yang ditawarkan oleh Politeknik Kuching Sarawak serta dapatkan maklumat lanjut terus daripada warga PKS.
📅 6 - 7 Jun 2026 (Sabtu dan Ahad)
🕘 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching
Kami sedia membantu anda mendapatkan maklumat lanjut berkaitan TVET dan laluan pendidikan masa depan.
05/06/2026
🎉 KEPUTUSAN KEMASUKAN SESI I: 2026/2027 TELAH DIBUKA! 🎉
Semakan Keputusan Kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti melalui eBorang MyPOLYCC kini boleh dibuat bagi:
✅ Lepasan Sijil Politeknik
✅ Lepasan Sijil Kolej Komuniti
✅ Lepasan Institut Pertanian / IKM / PERDA
✅ Lepasan SKM Tahap 3
✅ Lepasan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
📅 Tarikh Semakan: 5 Jun 2026
⏰ Mulai: 5.00 Petang
Tahniah kepada calon yang berjaya! 🎓
📄 Cetakan surat tawaran boleh dibuat mulai 5 Jun 2026 hingga 13 Jun 2026.
Bagi calon yang belum berjaya, peluang masih terbuka.
📝 Permohonan rayuan boleh dikemukakan mulai 5 Jun 2026 melalui portal:
🌐 ambilan.mypolycc.edu.my
Langkah pertama ke arah masa depan TVET anda bermula di sini. Semak keputusan anda sekarang!