Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak

Share

Selamat Datang ke 'Page' Rasmi Yayasan Sarawak!

Photos from Yayasan Sarawak's post 10/06/2026

TRACE 2026 Jadi Platform Yayasan Sarawak Hebah Inisiatif Pendidikan

SAMARAHAN, 10 Jun 2026 – Yayasan Sarawak (YS) telah menyertai pameran sempena Talent Recruitment and Career Exhibition (TRACE) 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula 9 Jun 2026 di Dewan Bankuet, DeTAR UNIMAS, Samarahan atas jemputan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD).

Melalui penyertaan ini, YS membuka ruang kepada para pelajar, graduan dan pengunjung untuk mendapatkan maklumat secara langsung mengenai pelbagai inisiatif pendidikan yang ditawarkan, termasuk biasiswa, pinjaman pelajaran, bantuan kewangan serta program pembangunan bakat.

Penglibatan Yayasan Sarawak dalam TRACE 2026 mencerminkan komitmen dalam memperluaskan capaian maklumat pendidikan kepada masyarakat.

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi Sabang
Gambar Ihsan: Nur Azila binti Mohamad Radzuan

Photos from Yayasan Sarawak's post 10/06/2026

Yayasan Sarawak Terima Kunjungan Hormat i-CATS University College

WISMA ADENAN, 10 Jun 2026 - Pengarah Yayasan Sarawak, YBhg. Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin menerima kunjungan hormat Naib Canselor -CATS University College, YBhg. Emeritus Professor Datuk Dr. Ts. Mohamad Kadim Suaidi bersama rombongan hari ini.

Pertemuan tersebut membincangkan hala tuju dan perancangan semasa ICATS University College bagi memperluas akses pendidikan tinggi berkualiti melalui inisiatif pendidikan percuma Kerajaan Sarawak.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Sarawak, Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim, serta barisan pengurusan kedua-dua organisasi.

Disediakan/Jurufoto: Ahmad Jumadi Sabang

Photos from Yayasan Sarawak's post 07/06/2026

S-CaT FAIR 2026 Jadi Platform Yayasan Sarawak Sebar Maklumat Pendidikan

KUCHING, 6–7 Jun 2026 - Yayasan Sarawak telah menyertai Pameran Pendidikan dan Kerjaya sempena Sarawak Career and Training Fair (S-CaT FAIR) 2026 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching. Program anjuran MEITD dengan kerjasama TEGAS ini telah dirasmikan oleh YAB Premier Sarawak.

Melalui pameran tersebut, Yayasan Sarawak mempromosikan pelbagai inisiatif pendidikan, bantuan kewangan dan biasiswa serta memberi penerangan dan khidmat nasihat kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat mengenai peluang pendidikan yang disediakan.

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi Sabang
Gambar Ihsan: Nur Ain Zaidi

Photos from Yayasan Sarawak's post 06/06/2026

Kelab Yayasan Sarawak Anjur Program Cuti Sekolah Bersama Keluarga

BAU, 4 Jun 2026 (Khamis) – Cuti sekolah kali ini dimanfaatkan dengan penuh keceriaan apabila 75 peserta terdiri daripada ahli Kelab Yayasan Sarawak dan keluarga menyertai program Jom Pegi Borneo Happy Farm.

Sejak tiba di lokasi, suasana sudah meriah dengan peserta yang tidak sabar untuk meneroka. Kanak-kanak paling teruja apabila dapat melihat dan memberi makan haiwan dari dekat. Ada yang pada mulanya sedikit takut, namun akhirnya paling rajin mencari haiwan untuk diajak bergambar!

Antara aktiviti yang mencuri perhatian ialah walking trail selama lebih kurang 45 minit. Walaupun ada yang sempat bertanya, “Jauh lagik kah?”, keletihan cepat hilang apabila disajikan dengan pemandangan menarik, udara segar dan pelbagai sudut bergambar yang cantik.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada keluarga meluangkan masa berkualiti bersama, malah mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli kelab.

Secara keseluruhannya, Jom Pegi Borneo Happy Farm berjaya menghadiahkan pengalaman yang menyeronokkan dan penuh kenangan kepada semua peserta, membuktikan bahawa cuti sekolah tidak semestinya jauh atau mahal untuk menjadi luar biasa. Yang penting, ada keluarga, kawan-kawan dan semangat untuk mencipta kenangan bersama. 🌿🐐📸😊

Terima kasih Kelab Yayasan Sarawak!

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi Sabang
Gambar Ihsan: Tc. Abdul Ghafar Sahmat

05/06/2026
Photos from Yayasan Sarawak's post 31/05/2026

Yayasan Sarawak Sebar Maklumat Inisiatif Pendidikan kepada Pelajar

SAMARAHAN, 30 Mei 2026 – Yayasan Sarawak telah menyertai Program Perkampungan Menara Gading Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Penyertaan menerusi pameran pendidikan itu bertujuan menyebarluaskan maklumat berkaitan bantuan dan inisiatif pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar di Sarawak.

Melalui pameran anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) itu mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan lebih ramai pelajar mendapat akses kepada maklumat pendidikan bagi membantu mereka merancang masa depan akademik dengan lebih baik.

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi Sabang
Gambar ihsan: Lee Chung Ching

Photos from Yayasan Sarawak's post 30/05/2026

Ibadah Korban Semarakkan Ukhuwah dan Kesyukuran Warga Yayasan Sarawak

WISMA ADENAN, 30 Mei 2026 (Sabtu) – Yayasan Sarawak telah menganjurkan Majlis Ibadah Korban 1447H/2026 sebagai tanda kesyukuran serta penghayatan terhadap syiar Islam dan semangat pengorbanan.

Sebanyak tiga ekor sapi korban hasil sumbangan anak-anak syarikat dan pembelian bahagian oleh warga kerja telah disembelih lebih awal pada Hari Tasyrik ketiga, 12 Zulhijjah 1447H, di lokasi pembekal yang dilantik.

Seawal jam 7.30 pagi, warga Wisma Adenan bergotong-royong melaksanakan proses melapah dan membungkus daging korban. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Yayasan Sarawak, YBhg. Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin, yang menyempurnakan simbolik melapah serta agihan daging korban kepada peserta, golongan yang memerlukan dan wakil anak syarikat.

Sebelum majlis agihan, bacaan doa telah dipimpin oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Ibadah Korban, Encik Jolly bin Marikan, memohon keberkatan dan agar ibadah yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah warga kerja bukan Islam yang mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian. Penghargaan turut dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya sukarelawan daripada YAKIN, Kampung Tabuan Melayu dan Kampung Mang, Kota Samarahan atas komitmen serta semangat gotong-royong yang ditunjukkan dalam menjayakan program ini.

Disediakan / Jurufoto oleh:
Ahmad Jumadi Sabang

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya
Kuching
93050KUCHING

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:40
14:15 - 17:00