17/06/2026
🎉🌙 Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H 🌙🎉
Majlis Perwakilan Pelajar i-CATS sesi 2026/2027 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh warga Kolej Universiti i-CATS serta semua umat Islam.
Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan yang lebih baik dalam kehidupan kita dengan semangat baharu, azam yang lebih kukuh serta keimanan yang semakin dipertingkatkan.
Marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah sebagai satu perubahan ke arah kebaikan, memperbaiki diri, meningkatkan ilmu pengetahuan serta memperkukuhkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Semoga tahun 1448H membawa keberkatan, kesejahteraan, kejayaan dan kebahagiaan kepada kita semua, serta mengeratkan ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
✨ “Hijrah Membawa Perubahan, Kejayaan Membawa Kecemerlangan.” ✨
Semoga sambutan Maal Hijrah ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan harapan untuk masa depan yang lebih gemilang.
Leading With Purpose, Serving With Heart.
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2026/2027
Kolej Universiti i-CATS
17/06/2026
[CLUB RECRUITMENT DAY FS2/26]
Salam Sejahtera, Salam Segulai Sejalai dan Salam I-CATS Maju Jaya.
Club Recruitment Day FS2/26 telah berjaya dilaksanakan pada 12 Jun 2026 dengan kerjasama pihak Sports & Club i-CATS University College serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Program ini bertujuan memperkenalkan pelbagai kelab dan persatuan kepada para pelajar serta menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum dan pembangunan sahsiah diri sepanjang pengajian di i-CATS.
Semoga program ini dapat menjadi platform kepada pelajar untuk mengembangkan bakat, membina kepimpinan dan mengeratkan hubungan sesama warga kampus.
Sekian, terima kasih.
Leading With Purpose, Serving With Heart
Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
i-CATS University College
17/06/2026
[PROGRAM ORIENTASI PELAJAR BAHARU ASASI KEMASUKAN JUN 2026]
Salam Sejahtera, Salam Segulai Sejalai dan Salam I-CATS Maju Jaya.
Program Orientasi Pelajar Baharu Asasi Kemasukan FS/26 i-CATS University College telah berjaya dilaksanakan pada 10 hingga 12 Jun 2026 dengan kerjasama pihak pengurusan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pensyarah serta kakitangan i-CATS.
Sepanjang tiga hari program berlangsung, para pelajar telah didedahkan kepada sistem pembelajaran, kemudahan kampus, aktiviti pelajar serta pelbagai informasi penting bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus.
Semoga program ini menjadi permulaan yang baik buat semua pelajar baharu dalam menempuh perjalanan akademik di i-CATS University College.
Sekian, terima kasih.
Leading With Purpose, Serving With Heart
Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
i-CATS University College
14/06/2026
[PROGRAM MEMPERKASAKAN KOMUNITI, MENGINSPIRASIKAN MINDA, MEMBINAKAN MASA DEPAN]
Salam Sejahtera, Salam Segulai Sejalai dan Salam I-CATS Maju Jaya.
Program “Memperkasakan Komuniti, Menginspirasikan Minda, Membinakan Masa Depan” telah berjaya dilaksanakan pada 13 Jun 2026 di Pentas Utama Sri Kalaka, Majlis Daerah Saratok.
Program ini memberi peluang kepada masyarakat dan para pelajar untuk mendapatkan pelbagai maklumat serta pendedahan berkaitan pendidikan dan pembangunan diri. Semoga program ini dapat memberi manfaat serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
Leading With Purpose, Serving With Heart
Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
i-CATS University College
14/06/2026
SETINGGI TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada “Team iCATS PERFORMING ART”, ICATS University College atas kejayaan luar biasa di Festival of Colours of the World (FESCO) 2026!
Berbekalkan semangat juang yang tinggi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi, kontinjen kita bukan sahaja berjaya merangkul gelaran Juara bagi Kategori Universiti Swasta dengan hadiah RM3,000, malah turut menyapu bersih anugerah Koreografi Terbaik dan Busana Terbaik yang masing-masing membawa pulang RM500. Kemenangan berganda ini membuktikan bahawa bakat dan usaha warga i-CATS berada di kelas yang tersendiri.
Kejayaan manis ini bukan sekadar tentang piala dan ganjaran tunai, tetapi ia membawa impak yang amat besar dalam memartabatkan seni warisan budaya di peringkat yang lebih tinggi. Melalui persembahan yang penuh bertenaga dan kreatif ini, para pelajar kita telah membuktikan bahawa generasi muda mampu menjadi jurucakap budaya yang hebat. Pengiktirafan dalam aspek busana dan koreografi ini juga menjadi penyuntik semangat serta inspirasi buat seluruh warga kampus untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, bukan sahaja dalam bidang akademik malah dalam aktiviti kokurikulum dan kebudayaan. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Penasihat, Tenaga Pengajar, Jurutari, Pengiring & semua pihak yang terlibat.
Semoga pencapaian ini menjadi batu loncatan untuk kita terus memacu kecemerlangan pada masa hadapan, selaras dengan semangat.
“Leading With Purpose, Serving With Heart”
Ikhlas Daripada,
Student Performance, Activities, Relations and Knowledge (SPARK)
dan,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
i-CATS University College
Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi
Faculty of Education ICATS UC
Faculty of Tourism & Hospitality ICATS University College
Faculty of Computing & Software Engineering i-CATS UC
Faculty of Agrotechnology and Applied Sciences i-CATS University College
Faculty of Engineering and Technology
Faculty of Economic, Business & Accounting i-CATS UC
Centre for Knowledge Advancement and Languages, i-CATS UC
27/05/2026
🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha! 🐄🐐
Majlis Perwakilan Pelajar i-CATS sesi 2026/2027 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Kolej Universiti i-CATS dan semua umat Islam yang menyambutnya.
Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini membawa makna pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam kehidupan kita. Marilah kita bersama-sama menghayati semangat pengorbanan serta mempereratkan ukhuwah sesama insan.
Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima serta diberkati oleh-Nya.
Leading With Purpose, Serving With Heart.
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2026/2027
Kolej Universiti i-CATS
19/05/2026
PROGRAM YOUTH AI BIZLAB 2026
🗓️ 16 Mei 2026
Salam Sejahtera, Salam Segulai Sejalai dan Salam I-CATS Maju Jaya.
Program Youth AI Bizlab 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya melalui pelbagai pengisian berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI), inovasi serta keusahawanan digital. Program ini berjaya menghimpunkan para peserta dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan penuh inspirasi.
Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang menimba ilmu, berkongsi idea serta memahami peranan teknologi AI dalam dunia masa kini dan masa hadapan. Pelbagai aktiviti dan sesi perkongsian yang dijalankan turut membantu meningkatkan kreativiti, kemahiran komunikasi serta semangat kerjasama dalam kalangan peserta.
Penglibatan aktif semua pihak telah menjadikan program ini berjalan dengan lancar dan memberi pengalaman yang bermakna kepada semua yang terlibat. Diharapkan program seperti ini dapat terus melahirkan generasi belia yang berpengetahuan, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran era digital.
“Empowering Youth Through Innovation and Technology”
“Leading With Purpose, Serving With Hearts”
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
i-CATS University College
19/05/2026
PROGRAM HARI SEMARAK BELIA 2026
🗓️ 15 Mei 2026
Salam Sejahtera, Salam Segulai Sejalai dan Salam I-CATS Maju Jaya.
Program Hari Semarak Belia 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan semangat belia yang luar biasa. Program ini menghimpunkan para pelajar dan belia dalam pelbagai aktiviti yang bermanfaat, interaktif serta mampu memupuk nilai kepimpinan, kerjasama dan semangat kesukarelawanan.
Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang menyertai pelbagai pengisian menarik yang bukan sahaja menceriakan suasana, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara semua pihak yang terlibat. Program ini juga menjadi platform untuk mencungkil potensi serta bakat golongan belia agar terus aktif dan progresif dalam pembangunan diri dan komuniti.
Penglibatan aktif serta komitmen tinggi daripada semua pihak telah menjadikan program ini berjalan dengan lancar dan penuh makna. Diharapkan semangat dan kenangan sepanjang program ini akan terus menjadi inspirasi kepada para belia untuk terus maju ke hadapan.
“Belia Pemangkin Masa Hadapan”
“Leading With Purpose, Serving With Hearts”
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi 2026/2027
i-CATS University College
16/05/2026
✨👩🏻🏫 Selamat Hari Guru 👨🏻🏫✨
Majlis Perwakilan Pelajar i-CATS sesi 2026/2027 ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh pendidik yang telah mencurahkan ilmu, membimbing, dan mendidik dengan penuh dedikasi serta keikhlasan.
Guru bukan sahaja penyampai ilmu, malah insan yang membentuk masa depan generasi dan menjadi inspirasi dalam setiap langkah kehidupan.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran, dan jasa yang tidak ternilai dalam melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak.
“Guru Pemacu Generasi Gemilang”
Leading With Purpose, Serving With Heart.
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2026/2027
Kolej Universiti i-CATS