28/04/2026
JOM SAMBUNG KE TINGKATAN 6 @ PPD KUCHING
Masih mencari hala tuju selepas SPM?
Tingkatan 6 adalah pilihan terbaik untuk masa depan anda!
✔ Laluan terus ke universiti
✔ Tenaga pengajar berkualiti
✔ Sijil STPM bertaraf dunia
✔ Membentuk pelajar yang lebih matang & berdaya saing
Berikut adalah sekolah-sekolah di PPD Kuching yang menawarkan kelas Tingkatan 6 bersama pakej mata pelajaran :
1. SMK Pending
2. SMK Petra Jaya
3. SMK Green Road
4. SMK Bako
5. SMK Tun Abang Haji Openg
6. SMK St Thomas
7. SMK St Joseph
8. SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor
9. SMK Batu Lintang
Jangan lepaskan peluang ini! Langkah kecil hari ini, kejayaan besar akan menanti seterusnya 👍
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
14/04/2026
𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗗 𝟮: 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗚𝗔𝗡𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜
[𝗔𝘀𝗽𝗲𝗸 𝟮.𝟳 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗨𝗔𝗙𝗔𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞: 𝗣𝗲𝗿𝗺𝘂𝗮𝗳𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸 𝗱𝗶𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗿𝗶𝗱 𝗸𝗲 𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻]
2.7.1 𝘗𝘦𝘳𝘮𝘶𝘢𝘧𝘢𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘴𝘵𝘳𝘢𝘵𝘦𝘨𝘪𝘬 𝘥𝘪𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘱𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘢𝘯𝘤𝘢𝘯𝘨.
𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗚𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗜𝗕𝗚 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟮𝟳
𝘗𝘌𝘙𝘐𝘕𝘊𝘐𝘈𝘕:
Tarikh: 11 April 2026
Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat: Dewan Perdana SMK Semerah Padi
𝘗𝘌𝘕𝘎𝘓𝘐𝘉𝘈𝘛𝘈𝘕: Ibu Bapa/Penjaga Murid dan Semua Guru
𝘖𝘉𝘑𝘌𝘒𝘛𝘐𝘍:
1. 𝙈𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙠𝙪𝙠𝙪𝙝 𝙆𝙚𝙧𝙟𝙖𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙎𝙩𝙧𝙖𝙩𝙚𝙜𝙞𝙠:
Merancang dan melaksanakan program yang mengintegrasikan peranan ibu bapa, penjaga, komuniti setempat, dan pihak swasta dalam menyokong agenda pendidikan sekolah.
𝟮. 𝗞𝗲𝗹𝗲𝘀𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
Mendapatkan sumbangan (kewangan, kepakaran, atau material) melalui rangkaian komuniti bagi menampung keperluan sekolah secara kreatif dan inovatif.
𝟯. 𝗠𝗲𝗸𝗮𝗻𝗶𝘀𝗺𝗲 𝗦𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻:
Membina hubungan dua hala yang dinamik mengikut keperluan semasa sekolah demi pembangunan sahsiah dan akademik murid.
𝘙𝘜𝘔𝘜𝘚𝘈𝘕:
Mesyuarat telah bersetuju untuk menggerakkan inisiatif Sokongan Komuniti Kreatif (SKK). Fokus utama adalah untuk tidak hanya bergantung kepada yuran PIBG semata-mata, tetapi meneroka peluang kerjasama dengan sektor korporat (CSR) dan tokoh komuniti. Pelaksanaan program akan dilakukan secara berkala (dari semasa ke semasa) dengan memadankan kepakaran pihak luar dengan keperluan khusus sekolah, seperti baik pulih fasiliti atau program motivasi murid.
𝘐𝘔𝘗𝘈𝘒:
1. 𝗣𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵: Melalui sumbangan pihak swasta dan komuniti, sekolah dapat menaik taraf infrastruktur yang tidak dapat ditampung oleh peruntukan asas.
2. 𝙆𝙚𝙥𝙚𝙡𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙥𝙖𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣: Murid mendapat pendedahan secara langsung daripada pihak luar (industri/swasta) yang membawa nilai tambah dalam aspek kemahiran insaniah.
𝟯. 𝗛𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗺𝗼𝗻𝗶: Mewujudkan rasa kepunyaan (sense of belonging) dalam kalangan ibu bapa dan komuniti terhadap sekolah, sekaligus mengurangkan jurang komunikasi antara sekolah dan rumah.
𝘛𝘐𝘕𝘋𝘈𝘒 𝘚𝘜𝘚𝘜𝘓:
1. 𝗣𝗲𝗺𝗲𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻: Jawatankuasa PIBG perlu menyediakan senarai "Keperluan Utama Sekolah" dalam tempoh 14 hari untuk dibentangkan kepada calon penyumbang.
2. 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗶𝗹 𝗞𝗼𝗿𝗽𝗼𝗿𝗮𝘁 & 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶: Mengemas kini pangkalan data ibu bapa yang mempunyai rangkaian dengan pihak swasta atau agensi luar untuk memulakan rundingan awal.
3. 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘁𝗶𝗳: Menyediakan kertas kerja program yang lebih "menarik minat" pihak luar (contoh: Program Anak Angkat Korporat atau Projek Wakaf Digital) dalam tempoh satu bulan.
4. 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗮𝗹𝗮: Melaporkan status hubungan komuniti dalam setiap mesyuarat biro PIBG bagi memastikan momentum kerjasama sentiasa aktif.
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
12/04/2026
[AKAUNTABILITI PPD : PERANCANGAN]
[TUGAS UTAMA : Memperkukuh keberkesanan peranan dan fungsi PPD bagi memenuhi keperluan semua peringkat pemegang taruh]
PEMERIKSAAN KEBERKESANAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 2026
PERINCIAN :
7-10 April 2026
8.00 pagi - 5.00 petang
Bilik Mesyuarat Diplomatik Jaya, PPD Kuching
PENGLIBATAN :
• Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Sektor Penaziran HEM & Kokurikulum), Jemaah Nazir
•Nazir Kanan dan Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Negeri Selangor
•Timbalan Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Sekolah Negeri Sarawak
• Semua Pegawai PPD Kuching
OBJEKTIF :
• Menyokong inisiatif KPM dalam memperkukuh keberkesanan PPD
• Memperkukuh pembudayaan “check & balance” khususnya di PPD Kuching & sekolah-sekolah di PPD Kuching
RUMUSAN :
Pemeriksaan keberkesanan PPD ini merupakan inisiatif atau langkah yang sangat baik bagi memastikan PPD Kuching sentiasa berada pada landasan yang tepat.
Dapatan serta syor yang diperoleh adalah sangat penting bagi memastikan semua pegawai di PPD dan juga sekolah melaksanakan semua amanah serta tanggung jawab dengan penuh berkesan.
Pemeriksaan sedemikian juga telah memberi peluang kepada PPD Kuching untuk kekal relevan dan berimpak tinggi dalam memberi perkhidmatan kepada semua pemegang taruh.
Seluruh warga PPD Kuching mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Nazir yang sangat komited, bersikap membimbing, penuh muhibbah dan berkongsi pelbagai info yang penting semasa pemeriksaan ini.
Input yang positif dan penting yang diperoleh daripada pemeriksaan tersebut adalah pastinya amat berguna bagi memastikan PPD Kuching sentiasa BITARA.
IMPAK :
• Pengukuhan keyakinan dan motivasi pegawai dalam memastikan semua urusan di PPD sentiasa berimpak tinggi
• Penambahbaikan terhadap syor dan cadangan yang membina
TINDAK SUSUL :
• Mengambil tindakan proaktif terhadap semua syor/cadangan yang telah diberikan oleh pihak Jemaah Nazir
• Memperkukuh amalan terbaik di PPD Kuching ke arah memenuhi keperluan pemegang taruh selaras dengan RPM 2026-2035
“PPD Kita, Tanggungjawab Kita”
PPD Kuching, BITARA Sentiasa
Jemaah Nazir Negeri Selangor
Jemaah Nazir Negeri Sarawak
11/04/2026
[Perkongsian Kejayaan]
✨️
05/04/2026
[PERKONGSIAN INFO]
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching