18/04/2026
MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI PERINGKAT ASRAMA 2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat asrama pada 13 April 2026 dengan penglibatan warga asrama yang penuh ceria dan harmoni.
Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara pelajar dan warga sekolah di samping menyemai nilai kebersamaan, hormat-menghormati serta semangat kekeluargaan dalam suasana Syawal yang penuh keberkatan. Pelbagai juadah disediakan dan aktiviti santai turut menceriakan lagi majlis.
Semoga program seperti ini terus menjadi platform memperkukuh ukhuwah dan memupuk sahsiah pelajar yang cemerlang.
09/04/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐒𝐓𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Wan Marissa Nabilla yang berpindah ke sekolah baharu, atas segala jasa, sumbangan dan dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan di SMK Hajjah Laila Taib.
Semoga terus melakar kejayaan serta cemerlang dalam meneruskan khidmat bakti di tempat baharu.
Jasa dan kenangan kalian sentiasa dihargai dan dikenang.
𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉 𝑪𝒊𝒌𝒈𝒖!
07/04/2026
📢 Pencapaian Atlet Sekolah dalam Kejohanan Merentas Desa MSS Bahagian Samarahan 2026
Untuk makluman semua, pada 12 Februari 2026 yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Hajjah Laila Taib telah menghantar seramai 20 orang atlet untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa MSS Bahagian Samarahan 2026 yang berlangsung di UNIMAS.
Alhamdulillah, beberapa orang atlet telah berjaya menunjukkan pencapaian yang membanggakan dalam kategori masing-masing, antaranya:
🏅 Johan Individu Lelaki Bawah 18 Tahun
– Mohammad Ezatul Amin Taib Bib Abdullah
🏅 Tempat Ke-4 Individu Lelaki Bawah 18 Tahun
– Jackson Khiew Ji Siang
🏅 Tempat Ke-8 Individu Lelaki Bawah 15 Tahun
– Mohamad Hanafi Bin Abdul Manaf
🏅 Tempat Ke-8 Individu Perempuan Bawah 18 Tahun
– Nur Ainul Qasriena Binti Sulaiman
🏅 Tempat Ke-6 Individu Perempuan Bawah 15 Tahun
– Amni Shakerla Binti Ardiman
Selain itu, pasukan sekolah turut berjaya meraih:
🥉 Tempat Ke-3 Berpasukan Lelaki Bawah 18 Tahun
🥉 Tempat Ke-3 Berpasukan Perempuan Bawah 15 Tahun
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua atlet atas usaha dan pencapaian yang telah mengharumkan nama sekolah.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pentadbir, jurulatih-jurulatih, guru-guru serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus cemerlang pada masa hadapan.
31/03/2026
𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓
Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada seluruh warga SMK Hajjah Laila Taib atas peningkatan keputusan SPM pada tahun ini.
Sekolah telah berjaya mencatat GPS 5.31 dan lebih membanggakan, seramai 6 orang pelajar memperoleh keputusan Straight A's dan seorang mendapat 10A!
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih pelajar, komitmen guru-guru serta sokongan padu ibu bapa dan semua pihak. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada calon-calon SPM pada masa akan datang.
Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat. Teruskan melakar kejayaan!
31/03/2026
Alhamdulillah. Tahniah semua!👏👏
30/03/2026
INFOGRAFIK:
MAKLUMAT PENGELUARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2025 DAN PANDUAN SEMAKAN KEPUTUSAN KEPADA CALON
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada Selasa, 31 Mac 2026, mulai jam 10.00 pagi.
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2025.
Sumber grafik dari laman Lembaga Peperiksaan Malaysia Lembaga Peperiksaan Rasmi
30/03/2026
MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2025
**Semua ibu bapa serta pelajar lepasan SPM 2025 dijemput hadir ke majlis tersebut. Mohon peka dengan etika berpakaian kemas dan sopan serta kasut bertutup.
Sekian, harap maklum.
10/03/2026
Hebahan dan Makluman
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac 2026 (Rabu) kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026. Pemberian cuti tambahan ini bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan yang sewajarnya bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
09/03/2026
𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐏𝐌) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
Tarikh pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 yang diumumkan oleh YBrs. Tuan Ab Aziz bin Mamat, Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) sebentar tadi.
Harap maklum.
28/02/2026
🌙 PROGRAM IHYA’ RAMADAN ASRAMA 2026 🌙
Pengurusan Asrama SMK Hajjah Laila Taib melaksanakan Program Ihya’ Ramadan Asrama 2026 sebagai usaha mengimarahkan bulan Ramadan serta memupuk penghayatan ibadah dalam kalangan pelajar asrama.
Antara pengisian program yang dirancang sepanjang bulan Ramadan ialah:
✨ Solat Terawih sepanjang bulan Ramadan
✨ Jemputan penceramah alumni SMK Hajjah Laila Taib
✨ Qiamullail pada 10 malam terakhir
✨ Tadarus Al-Quran sehingga khatam
✨ Pertandingan Azan
Program ini dilaksanakan khusus untuk pelajar asrama bagi menggalakkan amalan kerohanian, membentuk sahsiah terpuji serta mengeratkan ukhuwah dalam suasana penuh keberkatan.
Semoga program ini mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada semua warga asrama sepanjang Ramadan Al-Mubarak.