20/06/2026
Jom Graduan...
SARAWAK: Hebahan Panggilan Temu Duga Graduan Pendidikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Bagi Pengambilan Tahun 2026.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2026 di Sarawak bermula 30 Jun 2026 melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon / mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026.
Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di https://www.spp.gov.my/pengumuman/2026/pengumuman-sarawak/sarawak-hebahan-panggilan-temu-duga-graduan-pendidikan-ke-jawatan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg9-bagi-pengambilan-tahun-2026
Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan pertukaran tarikh, lokasi atau opsyen temu duga adalah tidak akan dipertimbangkan.
03/06/2026
Keputusan UPU failed atau x dapat apa yang diidamkan? Jom hubungi kami..
25/05/2026
Tahukah anda bidang pengajian lebih utama berbanding institusi pendidikan?
๐ program pengajian lebih penting dari institusi - Google Search
31/03/2026
PERHATIAN KEPADA CALON LEPASAN STPM/SETARAF SESI 2026/2027
Dimaklumkan bahawa permohonan UPUOnlineยฎ Fasa 1 kini telah ditutup secara rasmi. Bagi calon yang terlepas atau ingin mengemaskini permohonan:
๐น Pembukaan Fasa 2: 13 April 2026 (Isnin)
๐น Waktu: 12.00 Tengah Hari
๐น Peringatan: Program pengajian yang memerlukan Temu Duga dan/atau Ujian tidak akan ditawarkan pada fasa ini.
Gunakan masa yang ada untuk meneliti syarat am dan syarat khas program melalui portal rasmi. Semoga berjaya dalam urusan kemasukan ke Menara Gading! ๐๏ธ
09/03/2026
Semoga Berjaya untuk anak bangsa
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025
Seramai 413,299 calon telah menduduki peperiksaan SPM di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.
๐ Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai 10.00 pagi.
๐ Calon persendirian p**a boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar.
Selain itu, semakan keputusan juga boleh dibuat melalui:
i. Dalam talian: myresultspm.moe.gov.my
ii. SMS: Taip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888
Semakan bermula 31 Mac 2026, 10.00 pagi hingga 6 April 2026, 6.00 petang.
Syabas dan tahniah kepada semua calon SPM 2025. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Tahun Ini, Tahun Kita
07/03/2026
Ibu Bapa dan Pelajar Harap Bersabar...
Tarikh keputusan SPM 2025 diumum Isnin depan โ KPM
Oleh Atikah Azlan PUTRAJAYA: Tarikh pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan pada Isnin depan menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan (KPM). Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad be...
25/10/2025
Berminat jadi guru? Anda digalakkan memohon mengikut terma dan syarat.
SARAWAK: Hebahan Panggilan Temu Duga Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH9 Di Sarawak Tahun 2025
Calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di pautan:
https://www.spp.gov.my/pengumuman/2025/pengumuman-sarawak/sarawak-hebahan-panggilan-temu-duga-jawatan-pegawai-pendidikan-pengajian-tinggi-pppt-gred-dh9-di-sarawak-tahun-2025