14/06/2026
Syabas dah tahniah kepada penerima rekod Terbaik AINS bagi Bulan Mei ππ»
Terima kasih kerana menunjukkan komitmen yang tinggi dalam AINS Nilam. Semoga terus Istiqamah dan menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain π€.
19/05/2026
πβ¨ Tahniah kepada murid-murid yang berjaya mencatat rekod terbaik NILAM bagi bulan April! π
Walaupun pengumuman ini sedikit lewat, pihak sekolah tetap ingin menghargai usaha dan semangat membaca yang ditunjukkan oleh anak-anak hebat ini πͺπ
Semoga lebih ramai murid terus aktif membaca dan merekod bacaan dalam AINS selepas ini π Terima kasih tidak terhingga kepada ibu bapa atas kerjasama menggalakkan budaya membaca dalam kalangan anak-anak.
Jom sama-sama semarakkan budaya membaca β€οΈπ
12/04/2026
Stress? Jom Chill dengan Teknik 10B! π§ββοΈβ¨
Hai semua! π Pernah rasa burnout atau serabut dengan macam-macam urusan? Jangan biarkan diri korang hanyut! π
Jom kita amalkan Teknik 10B untuk kekal tenang dan positif:
1οΈβ£ Bersyukur (Hati tenang)
2οΈβ£ Bernafas (Tarik nafas dalam-dalam...)
3οΈβ£ Bicara Diri (Cakap: "Saya boleh!")
4οΈβ£ Beribadat (Cari ketenangan rohani)
5οΈβ£ Berkongsi Perasaan (Luahkan, jangan simpan sorang-sorang)
6οΈβ£ Berurut (Relakskan otot)
7οΈβ£ Berehat & Muzik (Tenangkan minda)
8οΈβ£ Beriadah (Buat hobi kegemaran)
9οΈβ£ Bersenam (Peluh keluar, stress hilang)
π Berfikiran Positif (Fikir yang baik-baik saja)
Minda yang sihat barulah belajar pun masuk! π§ π‘
Kita jaga kita! β€οΈ
10/04/2026
πβ¨ BULETIN NILAM β EDISI MAC 2026β¨π
Dengan ini diumumkan terbaik bacaan Nilam bagi setiap kelas π
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Terima kasih juga atas sokongan dan galakan ibu bapa. Semoga sokongan dan galakan ini dapat membina budaya membaca dalam diri anak-anak.
05/04/2026
πΏ Jom Kenali Stres: Apa Itu Tekanan? πΏ
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua π
Sebagai langkah pertama dalam siri Promosi Minda Sihat, jom kita fahami dahulu apa itu "stres".
Stres ialah tindak balas semula jadi tubuh terhadap perubahan atau cabaran yang melibatkan emosi, fizikal dan mental. Ia boleh berpunca daripada diri sendiri atau persekitaran seperti sekolah, tempat kerja dan rumah.
β οΈ Tanda-tanda stres yang perlu diberi perhatian:
π Gelisah, cepat marah, sukar fokus
π€ Sakit kepala, letih, gangguan tidur
π½οΈ Perubahan selera makan atau tingkah laku
β¨ Jangan risau, stres boleh diurus!
Berikut beberapa tips praktikal untuk semua:
π§π§ Untuk murid:
βοΈ Tarik nafas dalam-dalam (kira 1β5, hembus perlahan)
βοΈ Luahkan perasaan kepada guru/ibu bapa
βοΈ Ambil rehat seketika (minum air, regangkan badan)
βοΈ Buat aktiviti yang disukai seperti melukis atau bermain
π¨βπ©βπ§ Untuk dewasa:
βοΈ Susun keutamaan tugas (buat satu persatu)
βοΈ Ambil masa rehat berkualiti walaupun sekejap
βοΈ Amalkan gaya hidup sihat (tidur cukup & pemakanan seimbang)
βοΈ Berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga
π Ingat: Mengenali stres adalah langkah pertama untuk mengawalnya. Anda tidak keseorangan.
π Ikuti siri seterusnya untuk lebih banyak panduan menjaga kesihatan mental!
17/03/2026
Ambilan pekerja sambilan harian sebagai PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRA DELIMA SK JEMUKAN.
Warga kpg Jemukan di alu-alukan. Sila ambil borang permohonan di pondok pengawal bermula jam 2 petang hari ini. 17 Mac 2026.
Borang permohonan tersebut perlu dihantar semula sebelum jam 12.00 tengahari 18 Mac 2026 (Khamis) untuk diperimbangkan. Sila sertakan bersama salinan kad pengenalan dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
Borang adalah terhad. Terima kasih.
03/03/2026
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
PENDAFTARAN PRASEKOLAH BAGI SESI 2027 telah dibuka seperti berikut
Tarikh buka : 02 MAC 2026
Tarikh tutup : 31 MEI 2026
Semua permohonan dilakukan secara ONLINE di pautan berikut :
https://eprasekolah.moe.gov.my
Permohonan ke prasekolah SK Jemukan adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2021 - 31 Disember 2023.
Namun begitu keutamaan diberi kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2021 dan 2022.
Bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2023, digalakkan memohon ke TABIKA KEMAS terlebih dahulu.
Selepas permohonan dibuat, sila cetak borang permohonan dan dihantar bersama salinan yang diperlukan ke PRASEKOLAH SK JEMUKAN selewat-lewatnya pada 12 JUN 2026.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi
Pn Hasliza : 019-8182860 (Pra Nilam)
En Zulhilmi : 011-19851253 (Pra Delima)
Sekian, terima kasih.
27/02/2026
πβ¨ BULETIN NILAM β EDISI FEBRUARI 2026β¨π
Dengan ini diumumkan terbaik bacaan Nilam bagi setiap kelas π
Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih juga atas sokongan dan galakan ibu bapa. Semoga sokongan dan galakan ini dapat membina budaya membaca dalam diri anak-anak.
23/01/2026
Letβs recap βπ»
Asas Islam, Iman dan Ihsan yang menjadi panduan dalam kehidupan harian.
12/01/2026
Selamat Kembali ke Sekolah! ππ
Perjalanan anak-anak murid mungkin serupa seperti sebelumnya,
tetapi niat yang diperbaharui memberi nilai pada setiap langkah.
Rasulullah ο·Ί mengingatkan kita:
βSesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.β
Maka hari ini, mari kita betulkan niat.
Belajar bukan sekadar mengejar keputusan,
tetapi sebagai jalan menuntut ilmu, membina akhlak
dan mendekatkan diri kepada Allah.
Selamat kembali ke sekolah buat semua murid SK Jemukan.
Semoga setiap langkah ke sekolah selepas ini dicatat sebagai ibadah dan diberkati-Nya. Allahumma amiin.
Amal dulu, baru feel hidup π«‘