SK Petra Jaya

SK Petra Jaya

Share

Welcome to SK Petrajaya, Kuching. Located in the heart of Matang Jaya, SK Petrajaya is home to over 900 students.

Our school embraces diversity and innovation to prepare students for the future.

Photos from SK Petra Jaya's post 12/06/2026

Pada minggu lepas, wakil murid SK Petra Jaya yang diiringi oleh beberapa orang guru telah berpeluang menghadiri Sarawak Career & Training Fair (S**T Fair) 2026 yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching.

Program ini memberikan pendedahan kepada murid tentang pelbagai peluang pendidikan, latihan kemahiran, kerjaya serta perkembangan teknologi yang ditawarkan oleh pelbagai agensi dan organisasi. Murid-murid turut berpeluang meneroka pelbagai pameran dan aktiviti interaktif yang berkaitan dengan STEM, inovasi dan pembangunan kemahiran.

Diharapkan pengalaman ini dapat membuka minda murid tentang pelbagai laluan pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan, di samping menyemai minat untuk terus belajar, meneroka dan mengembangkan potensi diri.

Photos from SK Petra Jaya's post 12/06/2026

Warga SK Petra Jaya mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kepada para pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang akan melaksanakan program di sekolah ini.

Selamat maju jaya kepada Muhammad Aidil Akmal bin Rizal, Francine Sharez anak Franky, Muhammad Aiman Sha’aban bin Jamal dan Amalina Batrisya binti Kalana sepanjang menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Petra Jaya.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan memperoleh pengalaman yang bermanfaat sepanjang berada bersama warga sekolah.

11/06/2026

Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada tiga orang murid yang akan mewakili Bahagian Padawan ke Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (MQNKSS) Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang akan berlangsung di Sibu pada 12 hingga 14 Jun 2026.

Wakil yang akan membawa cabaran Bahagian Padawan ialah Deandra Rumaisya binti Ismawi (5C) dan Muhammad Harraz Ukhael bin Mohd Hafif (5D) bagi acara Tilawah Al-Quran, serta Uwais bin Muhammad Yasir (4C) bagi acara Hafazan Al-Quran.

Semoga segala usaha, latihan dan persiapan yang telah dilakukan membuahkan hasil yang terbaik. Warga sekolah turut mendoakan agar mereka diberikan ketenangan, keyakinan dan kelancaran sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga berjaya mengharumkan nama Bahagian Padawan dan membawa pulang pengalaman yang berharga serta kenangan yang membanggakan.

Photos from SK Petra Jaya's post 10/06/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid PPKI SK Petra Jaya yang telah menyertai Pertandingan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Padawan yang dianjurkan bersama oleh tiga buah sekolah pengelola iaitu PPKI SK Petra Jaya, SMK Batu Kawa dan SK Stapok.

Penyertaan murid-murid PPKI SK Petra Jaya pada tahun ini amat membanggakan apabila sekolah berjaya mengambil bahagian dalam semua acara yang dipertandingkan. Komitmen, semangat juang dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang kejohanan wajar diberikan penghargaan.

Tahniah diucapkan kepada Nuraini yang berjaya terpilih ke peringkat negeri bagi acara lontar peluru serta Alia Haziqah bagi acara lompat jauh. Kedua-dua atlet akan mewakili daerah ke Pertandingan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak yang dijadualkan berlangsung di Miri pada bulan Julai nanti.

Bagi murid-murid yang belum berjaya, teruskan berusaha dan jangan berputus asa. Setiap penyertaan dan usaha yang dicurahkan merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, seluruh warga SK Petra Jaya serta ibu bapa atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang kejohanan ini. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Photos from SK Petra Jaya's post 23/05/2026

Semalam ini telah berlangsung lawatan tapak daripada pihak PPD Padawan, Puan Midah bersama penolong jurutera bagi meninjau keadaan bilik darjah untuk pembukaan Kelas Model Autisme yang dijangka mula beroperasi pada tahun hadapan. Lawatan ini bertujuan memastikan ruang pembelajaran yang bakal disediakan dapat memenuhi keperluan murid autisme dengan lebih selesa, sesuai dan kondusif.

SK Petra Jaya merupakan salah satu daripada dua sekolah sahaja di Sarawak yang dipilih bagi pelaksanaan sekolah rintis Kelas Model Autisme, bersama SK Pendidikan Khas Kuching. Pemilihan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna dan mencerminkan kesediaan sekolah dalam menyediakan persekitaran pendidikan yang lebih inklusif dan memenuhi keperluan murid berkeperluan khas.

Kekuatan semangat kerjasama serta komitmen yang ditunjukkan oleh setiap guru PPKI dan PPM SK Petra Jaya, disokong oleh pihak pentadbir, warga sekolah serta ibu bapa, menjadi antara faktor yang membantu SK Petra Jaya dipilih sebagai salah sebuah sekolah rintis. Semoga usaha ini dapat membuka lebih banyak ruang pembelajaran yang lebih sesuai dan memberi manfaat kepada anak-anak autisme pada masa akan datang.

19/05/2026

Selamat pagi. Mulakan pagi dengan senaman untuk badan lebih cergas dan minda lebih segar 🫶

Photos from SK Petra Jaya's post 14/05/2026

Pada 6 hingga 9 Mei yang lalu, SK Petra Jaya telah membuat penampilan sulung dalam Borneo International Robot Tournament (BORNEO-IRT) 2026 di Meritz Hotel, Miri. Penyertaan ini memberi pengalaman dan pendedahan baharu kepada pasukan SK Petra Jaya Robotic apabila berpeluang bersaing bersama pasukan dari dalam dan luar negara.

Pasukan SK Petra Jaya berjaya mencatat 4 kemenangan dan 1 kekalahan di peringkat kumpulan sebelum mara ke pusingan Top 16 daripada 48 pasukan bertanding.

Tahniah kepada Ziyad Qays Alsyarossi dari kelas 5C dan Uwais bin Muhammad Yasir dari kelas 4C atas usaha dan komitmen sepanjang kejohanan berlangsung.

Pencapaian ini menjadi satu permulaan yang positif dan memberikan banyak pengalaman serta pendedahan baharu sepanjang kejohanan berlangsung.

Walaupun perjalanan pasukan berakhir di peringkat Top 16, penyertaan ini dilihat sebagai langkah awal yang positif buat SK Petra Jaya Robotic dalam membina pengalaman dan persediaan menghadapi pertandingan National Robotic Competition Peringkat Negeri Sarawak yang akan berlangsung pada bulan 7 nanti.

Photos from SK Petra Jaya's post 01/05/2026

Tahniah diucapkan kepada pasukan sepak takraw SK Petra Jaya yang mewakili pasukan Matang A dan Matang B atas pencapaian cemerlang sebagai Juara dan Naib Juara dalam Kejohanan Sepak Takraw 12TKB MSS Daerah Padawan.

Kejohanan ini telah berlangsung pada 29 April 2026 bertempat di SK Jalan Haji Baki dan dianjurkan oleh SK Rantau Panjang.

Pencapaian ini jelas mencerminkan usaha, disiplin serta semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh para pemain sepanjang pertandingan.

Syabas dan tahniah kepada semua pemain dan jurulatih atas kejayaan ini. Semoga pasukan MSSD Padawan terus melakar kejayaan di peringkat MSSB Kuching kelak.

Photos from SK Petra Jaya's post 01/05/2026

SK PETRA JAYA JUARA KEJOHANAN BOLA SEPAK 12TKB ZON MATANG 2026

Pasukan Bolasepak SK Petra Jaya telah menjuarai kejohanan Bola Sepak 12 Tahun Zon Matang yang berlangsung dengan jayanya semalam di SK Telaga Air.

Dalam saingan peringkat kumpulan A, pasukan SK Petra Jaya berjaya muncul juara kumpulan selepas mencatat kemenangan dalam semua perlawanan.

Kecemerlangan diteruskan di peringkat separuh akhir apabila berjaya menewaskan SK Tanjung Bako untuk melangkah ke pentas final.

Pada perlawanan akhir, pasukan SK Petra Jaya berjaya mengalahkan SK Tan Sri Datok Hj Mohamad dengan keputusan 2-0, sekali gus menobatkan mereka sebagai juara Zon Matang 2026 serta mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan ini.

Tahniah diucapkan kepada lima orang murid yang telah dipilih untuk mewakili Zon Matang ke peringkat seterusnya. Juga syabas dan tahniah kepada semua pemain, jurulatih serta seluruh warga sekolah, khususnya ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang kejohanan berlangsung.

Photos from SK Petra Jaya's post 30/04/2026

Program Kepimpinan Pengawas SK Petra Jaya telah berlangsung dengan jayanya sepanjang 29 hingga 30 April 2026, melibatkan pelbagai aktiviti yang bertujuan membentuk sahsiah dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pengawas sekolah.

Program ini memberi penekanan kepada pembangunan keyakinan diri, khususnya dalam kemahiran pengucapan awam, di samping membantu pengawas menjadi individu yang lebih berani, berdisiplin dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemimpin kecil di sekolah.

Melalui penglibatan sepanjang dua hari ini, para pengawas bukan sahaja memperoleh pengalaman baharu, malah diberi ruang untuk mengasah potensi diri ke arah menjadi pemimpin yang berkaliber dan berintegriti. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam menjalankan amanah dengan lebih berkesan di SK Petra Jaya.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Lorong Matang Jaya 6, Matang Jaya
Kuching
93050