Assalamualaikum dan salam sejahtera.
π’ MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026
Dimaklumkan bahawa cuti pertengahan tahun bagi murid-murid akan berlangsung pada:
π 23 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026
Sepanjang tempoh tersebut, terdapat beberapa cuti umum dan perayaan seperti berikut:
π 27 Mei 2026
Cuti Perayaan sempena Hari Raya Aidiladha 1447H
π 31 Mei & 1 Jun 2026
Cuti Perayaan sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
πͺ· 1 Jun 2026
Cuti sempena Hari Wesak
π 1 Jun 2026
Cuti sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
π Murid-murid akan kembali ke sekolah pada:
π 8 Jun 2026 (Isnin)
Semoga semua warga sekolah menikmati cuti dengan selamat dan penuh kegembiraan bersama keluarga tersayang.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada
Seluruh warga
Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud
Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud
SRA DH MORTADZA Kuching dibuka bagi menampung permintaan tinggi terhadap pendidikan Islam. Premis siap Okt 2024 dan telah digunakan sepenuhnya pada 5 Mei 2025.
Mula beroperasi 17 Feb 2025 dengan jumlah 14 orang guru, 160 orang murid dan 2 staf sokongan.
16 MEI 2026/28 Zulkaedah 1447 - HARI GURU 2026 : GURU BITARA NADI NEGARA
___________________________________________________
SAJAK : KERANAMU GURU ( Hasil Nukilan : Cikgu Moza)
Guru,
tidak pernah jemu menabur ilmu,
meski hari berganti waktu.
Dengan sebatang pen penanda,
dia mencoret di atas papan putih,
papan bisu yang setia menjadi saksi
setiap ilmu yang disemai,
daripada bahasa hingga agama,
daripada seni hingga sastera,
daripada sains hingga angka-angka.
Segala ilmu bermula
di papan yang sama.
Guru,
kini bertemu p**a
arus deras kemodenan.
Namun dia tetap mengajar,
tetap mendidik,
cuma caranya berubah.
Dengan hujung jari,
dia menyentuh papan pintar,
membuka dunia hanya melalui layar,
menjadikan yang kabur semakin jelas,
yang bengkok semakin lurus,
yang sukar semakin mudah.
Begitulah teknologi,
mengubah cara,
tetapi tidak pernah mengubah jiwa seorang guru.
Biar apa pun zaman,
biar apa pun kaedah,
biar apa pun bahasa,
biar siapa pun dirinya,
dia tetap seorang guru,
insan yang sarat dengan ilmu,
untuk dicurahkan kepada anak bangsa,
agar tumbuh menjadi manusia berguna.
Keranamu guru,
lahir seorang raja
yang memerintah penuh daulat.
Keranamu guru,
lahir seorang pemimpin
yang bijaksana memacu negara.
Keranamu guru,
lahir seorang polis
yang teguh menegakkan keamanan.
Keranamu guru,
lahir seorang bomba
yang berani meredah api dan bahaya.
Keranamu guru,
lahir seorang tentera
yang gagah mempertahankan tanah air.
Keranamu guru,
lahir seorang doktor
yang merawat insan dengan penuh harapan.
Keranamu guru,
lahir seorang saintis
yang meneroka dunia dengan penemuan hebatnya.
Keranamu guru,
lahir seorang petani
yang memajukan bumi dengan inovasi dan usaha.
Dan keranamu guru,
lahir seluruh manusia
yang menabur bakti kepada bangsa dan negara.
Semuanya berpunca
daripada akar yang sama,
seorang guru
yang tidak pernah lokek mencurahkan ilmu.
Dan suatu hari nanti,
ketika guru itu duduk sendirian
di bangku usangnya,
menatap langit senja
sambil menunggu hari-hari terakhirnya,
akan terlintas wajah-wajah
anak didik yang pernah dibimbingnya dahulu,
yang kini berjaya membawa haluan sendiri.
Lalu terukirlah sebuah senyuman kecil
di bibir yang dimamah usia,
kerana itulah kejayaan sebenar seorang guru,
melihat anak didiknya
menjadi manusia berguna.
Dan saat itu,
bergemalah kembali suara-suara lama:
βSegala kejayaan iniβ¦
adalah keranamu, cikgu.β
07/05/2026
5 MEI 2026/17 ZULKAEDAH 1447 - "SEKOLAH SELAMAT TANPA BULI: CERAMAH KESEDARAN ANTI BULIβ
Assalamualaikum wbt.
Program Ceramah Anti Buli telah berjaya diadakan pada Selasa, 5 Mei 2026 sebagai salah satu inisiatif sekolah dalam usaha memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya dan kesan buli di sekolah.
Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching, dengan menjemput penceramah iaitu Koperal Detektif Jerry Anak Semis dan Koperal Detektif Abdul Mutalib bin Zaharudin.
Pencerahan yang diberikan memberi input yang sangat berguna kepada murid berkaitan kesedaran undang-undang, keselamatan diri serta kepentingan mengelakkan perlakuan buli.
Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan membantu membentuk persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada gejala buli.
02/05/2026
6th FEBRUARY 2026/17th Sha'ban 1447 AH - SPELLING BEE COMPETITION
Alhamdulillah, the Spelling Competition was successfully conducted in a smooth and wellβorganised manner.
This programme, organised by the English Language Panel as part of the coursework requirement from the Institute of Teacher Education (IPG) Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, aimed to strengthen pupilsβ language proficiency, particularly in spelling, while nurturing their confidence to perform before an audience.
The school community of Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud extends its heartfelt appreciation to all parties whose support and dedication contributed to the success of this event.
π Spelling Competition Winners
π₯ First Place
Ayra Adreena binti Sapuan (Muslim 1)
π₯ Second Place
Eshal Mikayla binti Safri (Muslim 5)
π₯ Third Place
Syafi Irsyad bin Khairul Fahmi (Muslim 1)
Congratulations to the winners for their outstanding achievements, and commendations to all participants for their effort, courage, and commitment throughout the competition.
It is our hope that such programmes will continue to flourish, cultivating pupils who are knowledgeable, confident, and competitive.
*Well done and congratulations to everyone involved! π*
29/04/2026
29 APRIL 2026/11 ZULKAEDAH 1447 - PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN KSM, KETUA DAN PENOLONG KELAS 2026
Alhamdulillah, Program Kursus Kepimpinan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar! π
Warga Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini yang berlangsung pada 29 April 2026 (Rabu) bertempat di kantin sekolah.
Program ini melibatkan Ketua, Penolong Ketua Kelas serta Kump**an Sokongan Murid dengan tujuan membina jati diri, memupuk semangat kepimpinan dan melahirkan pemimpin cilik yang berwibawa. πͺβ¨
Pelbagai pengisian menarik telah dijalankan termasuk slot pengenalan kepimpinan, peranan pemimpin, serta aktiviti berkump**an (LDK) yang memberi pendedahan secara interaktif kepada murid-murid.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta menjadi asas kepada pembentukan generasi pemimpin masa hadapan yang cemerlang. π
βPemimpin hari ini, peneraju masa depan!β
29/04/2026
29 APRIL 2026/11 ZULKAEDAH 1447 - UCAPAN TAHNIAH KEPADA PESERTA MUAYTHAI (AMEENA KHAILA MOHD KHAIROL)
Warga Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud dengan penuh rasa bangga mengucapkan jutaan tahniah kepada Ameena Khayla binti Mohd. Khairol atas pencapaian cemerlang dalam kejohanan Muaythai sepanjang tahun 2026 seperti berikut;
π₯ Juara (Pingat Emas)
Kejohanan Muaythai Piala TYT Sarawak 2026
π Waterfront Kuching, Sarawak
ποΈ 16β19 April 2026
π₯ Naib Juara (Pingat Perak)
Bintulu Amateur Muaythai Challenge IV
π Naim Street Mall Paragon, Bintulu
ποΈ 30β31 Januari 2026
π₯ Naib Juara (Pingat Perak)
Rentap Fighting Championship 7.0
π The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan, Sarawak
ποΈ 16β18 Januari 2026
Kejayaan ini mencerminkan semangat juang, disiplin dan keberanian yang tinggi. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kejayaan gemilang pada masa hadapan. π
22/04/2026
22 APRIL 2026 / 4 ZULKAEDAH1447 - PROGRAM SENAMROBIK KALI KEDUA TAHUN 2026.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, Program Senamrobik anjuran Unit Kokurikulum Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan keceriaan. Program ini dipimpin oleh Cikgu Mohd Haziq bin Damak, Penyelaras Sukan Sekolah, disertai oleh Ustaz Mohd Nazirul Shafiq yang berjaya menghidupkan suasana pagi dengan aktiviti bertenaga dan menyeronokkan.
Senyuman ceria di wajah murid-murid menjadi bukti bahawa langkah awal ke arah pembentukan minat dalam bidang sukan telah bermula. Aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah menyemai semangat aktif dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid.
Program ini diharap dapat melahirkan murid yang sihat, cergas dan seimbang dari segi jasmani serta emosi. Semoga usaha ini berterusan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
21/04/2026
17/04/2026
17 APRIL 2026/28 SYAWAL 1447 - πβ¨ MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2026 β¨π
Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan, warna-warni busana raya dan gelak tawa warga sekolah ππ
Suasana dewan dihiasi senyuman, murid-murid teruja bergambar, manakala guru-guru turut sama memeriahkan majlis dengan semangat kekeluargaan yang jelas terasa π€β¨
π Pengisian Utama:
β Penyampaian Bintang Sahsiah Khas Bulan Ramadan sebagai penghargaan kepada murid-murid terpilih π
πΈ Sesi penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi
β’ Kategori Guru β Panitia Sains dan Matematik
β’ Kategori Kelas:
π₯ Tempat Ketiga: Kelas 2 Muslim 2
π₯ Tempat Kedua: Kelas 1 Al-Bukhari 5
π₯ Tempat Pertama: Kelas 1 Al-Bukhari 6
π Persembahan Menarik:
β¨ Joget Lebaran oleh anak-anak Muslim 2 yang menceriakan suasana dengan langkah yang comel dan penuh semangat πΊπ
β¨ Persembahan khas guru-guru baharu yang menghiburkan π
β¨ Persembahan guru-guru senior yang mencuri perhatian dan mendapat sorakan gemuruh ππ₯
Majlis turut diserikan dengan jamuan Aidilfitri yang dinikmati bersama dalam suasana penuh mesra dan harmoni π½οΈπ₯°
Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah menjayakan majlis ini dengan penuh komitmen dan kerjasama ππΈ
π βMemupuk Ukhwah, Mengeratkan Silaturahimβ π
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Address
Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud
Kuching
93050
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 16:30 |
| Tuesday | 08:00 - 16:30 |
| Wednesday | 08:00 - 16:30 |
| Thursday | 08:30 - 16:30 |
| Friday | 08:00 - 11:30 |
| 14:30 - 16:30 |