27/05/2026
π Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H πβ¨
Ikhlas daripada warga KAFA SK GITA
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, keikhlasan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
βSesungguhnya bukan darah dan daging korban itu yang sampai kepada Allah, tetapi ketakwaan kamu.β
(Surah Al-Hajj : 37)
Semoga Aidiladha kali ini dipenuhi rahmat, keampunan dan kebahagiaan bersama insan tersayang. π€
Ilmu β’ Amal β’ Taqwa
22/05/2026
πBENGKEL UNIT KAFA BAHAGIAN KUCHING 2026
Alhamdulillah, pada 21 Mei 2026, Khamis, seramai 2 orang wakil guru KAFA SK Gita telah menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh Unit KAFA, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching iaitu:
β
Bengkel Penilaian Markah Ujian Lisan UPKK Bahagian Kuching Tahun 2026
β
Bengkel Pengemaskinian Data Simpeni Bahagian Kuching 2026
Bengkel ini telah dihadiri oleh SUP dan Guru Data KAFA SK Gita bagi tujuan penyelarasan pemarkahan ujian lisan UPKK serta pengemaskinian data SIMPENI dengan lebih teratur dan sistematik.
Semoga ilmu dan maklumat yang diperoleh dapat membantu melancarkan urusan pentadbiran serta pengurusan akademik KAFA SK Gita dengan lebih baik.
Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak. π€β¨
25/04/2026
Alhamdulillah, Bengkel Pendaftaran Calon UPKK Bahagian Kuching bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari bertempat di Jabatan Agama Islam Sarawak. Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan, panduan serta penyelarasan berkaitan proses pendaftaran calon UPKK agar berjalan dengan lebih sistematik, teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Dua orang wakil guru iaitu Setiausaha Peperiksaan dan Guru Data Sekolah untuk menghadiri bengkel ini. Kehadiran mereka amat penting bagi memastikan segala maklumat, tatacara dan kemas kini berkaitan pendaftaran calon dapat difahami dengan jelas dan dilaksanakan dengan tepat di peringkat sekolah.
Semoga segala ilmu, perkongsian dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi melancarkan urusan pendaftaran calon UPKK 2026. Diharapkan juga segala urusan berkaitan peperiksaan ini dipermudahkan serta berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih kepada pihak penganjur atas usaha dan komitmen dalam menjayakan bengkel ini.
18/04/2026
β¨ Suasana Penuh Makna & Ukhwah β¨
Alhamdulillah, Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-33 & Program Ramah Tamah Aidilfitri SK GITA berlangsung dengan penuh meriah, harmoni dan semangat kekeluargaan.
Seawal pagi, kehadiran ibu bapa dan warga sekolah menyerikan dewan dengan senyuman dan salam penuh keikhlasan. Agenda mesyuarat berjalan lancar dengan perbincangan yang matang demi kecemerlangan anak-anak SK GITA, tanda komitmen padu antara pihak sekolah dan ibu bapa.
Usai mesyuarat, suasana bertukar lebih santai dan ceria dalam Program Ramah Tamah Aidilfitri. Juadah tradisional dan moden yang disajikan menambahkan kemeriahan, diiringi gelak tawa, salam bermaafan serta ukhuwah yang semakin erat.
β¨ Inilah indahnya kebersamaan
β¨ Inilah kekuatan sebuah komuniti pendidikan
Semoga segala usaha dan perancangan yang dibincangkan diberkati serta membawa kejayaan berterusan kepada anak-anak SK GITA.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin π
Ikhlas daripada warga SK GITA & KAFA SK GITA π€
13/04/2026
Selamat datang diucapkan kepada guru KAFA yang baharu π
Alhamdulillah, bertambah lagi tenaga pendidik di sekolah kita. Selamat datang kepada 2 orang ustaz dan 2 orang ustazah yang bakal mencurahkan ilmu, mendidik serta membimbing anak-anak menjadi insan yang berakhlak mulia.
1. Ustaz Abang Mohammed Zheyhan Zhamoure Bin Abang Fadlilah
2. Ustaz Izham Mirza bin Khuarizam Naqis
3. Ustazah Siti Naqiyah binti Rosli
4. Ustazah Nur Hafizah Izzati binti Mohd Ismail
Semoga kehadiran kalian membawa sinar baru, semangat yang berterusan dan keberkatan dalam setiap usaha. Terima kasih kerana sudi berkhidmat dan menjadi asbab kebaikan buat generasi akan datang.
Selamat menjalankan tugas! π€
07/03/2026
π Salam Nuzul Al-Quran π
Peristiwa Nuzul Al-Quran memperingati turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam 17 Ramadan di Gua Hira melalui perantaraan Malaikat Jibrail A.S. π
Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan panduan hidup kepada seluruh umat manusia. β¨
Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian. π€²
βBacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.β
(Surah Al-βAlaq: 1)
π Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran
Warga KAFA SK Gita π