01/06/2026
🌾🌾 Team i-SPARK mengucapkan Selamat Hari Gawai 2026 kepada warga i-CATS UC yang meraikannya. Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua. Semoga perayaan pada tahun ini membawa kebahagiaan, kemakmuran, kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah kepada kita semua. 🌾🌾
24/04/2026
We're excited to invite you to the MYFutureJobs x GETS-WRP Career Fair 2026 organized by SCOPE in collaboration with PERKESO through the MYFutureJobs initiative!
Whether you're exploring new career paths, looking to level up or ready for your next big move. This is your chance to connect with potential employers and industry opportunities.
🗓️ Date: 20 May 2026
📍 Venue: Yayasan Sarawak Building, Jalan Masjid, 93000 Kuching
⏰ Time: 09:00 a.m. - 05:00 p.m.
Come prepared, bring your resume and be interview ready. You might just land your next opportunity on the spot!
09/04/2026
8th April 2026 : Orientation Day 1 for session April 2026.
09/04/2026
Registration Day 2 for our New Intake session April 2026. Welcome to ICATS University College ..
09/04/2026
Registration Day for our New Intake Students session April 2026. Welcome to ICATS University College everyone!!!
09/04/2026
5 April 2026 : MAJLIS MAKAN MALAM PERPADUAN SEMPENA PENUTUPAN PROGRAM SARAWAK UNITE MALAYSIA IN HARMONY
Majlis Makan Malam Perpaduan sempena Penutupan Program Sarawak Unite Malaysia in Harmony anjuran Kelab Belia Prihatin Bandar Kuching dirasmikan oleh Encik Mohd Faizal bin Lamat, Pengarah Akademi Kenegeraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Sarawak bertempat di Dewan Datu Merpati Jepang. Majlis Makan Malam ini dihadiri oleh wakil iCATS SPARK, Encik Wan Mohd Hamidi bersama 2 wakil Majlis Perwakilan Pelajar serta 30 pelajar iCATS UC yang merupakan peserta program ini.
Program 2 hari ini telah memberikan impak yang baik untuk pelajar dari i-CATS UC dan antara pengisian program adalah Townhall: Bicara Semarak Perpaduan Sarawak Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri, Bengkel Belia Kreatif: Bengkel Harmony Short Film dan Bengkel Fotografi “Lens of Unity”, Program Sukarelawan Belia “Serve with Harmony”, Youth Harmony Workshop: Kepimpinan dan Pembinaan Perpaduan.
09/04/2026
14 Mac 2026 : PROGRAM RAIKAN SYAWAL 1447H
Program Raikan Syawal 1447H telah berjaya dilaksanakan pada 14 Mac 2026 dengan kerjasama i-CATS University College (MPP), Staff i-CATS SPARK, KSKR, Sukarelawan Jalanan Sarawak (SJS) dan MAKNA.
Penganjuran program ini bertujuan untuk menyantuni serta menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat terhadap para pesakit kanser. Melalui program ini, para peserta telah berkesempatan mengunjungi Wad Kanser Kanak-Kanak dan Wad Kanser Dewasa di Hospital Umum Sarawak bagi menyampaikan sumbangan serta memberikan sokongan moral kepada para pesakit yang sedang menjalani rawatan.
Sebanyak 200 pek sumbangan berupa barangan keperluan peribadi, makanan kering dan buah-buahan telah diagihkan sebagai tanda ingatan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.
Program ini mencerminkan komitmen dan kerjasama erat antara pihak penganjur, para sukarelawan, penyumbang serta pihak hospital yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif yang penuh bermakna ini. Penglibatan semua pihak telah memberikan impak positif serta membawa kegembiraan kepada para penerima sumbangan.
Semoga penganjuran Program Raikan Syawal 1447H ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu usaha berterusan dalam memupuk nilai keprihatinan, kebersamaan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga i-CATS University College serta masyarakat setempat.
Sekian, terima kasih.
23/02/2026
21 Februari 2026, Sabtu, telah berlangsung Program Bubur Lambuk dari Kolej Universiti iCATS di Surau Waqaf Darul Rahmat, Kampung Bako Hilir yang turut dihadiri oleh Pegawai iCATS SPARK.
Program yang disempurnakan oleh Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor Kolej Universiti iCATS ini berjaya menghimpunkan warga iCATS bersama komuniti setempat dalam suasana penuh muhibah melalui aktiviti gotong-royong serta pengagihan bubur lambuk dan kicap Mahsuri kepada penduduk.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen iCATS dalam memupuk hubungan erat dengan masyarakat serta menyemarakkan semangat kebersamaan.
18/02/2026
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1447H
Semoga kehadiran bulan Ramadan ini membawa keberkatan, keampunan dan keinsafan kepada kita semua.
Semoga ibadah puasa, solat dan amal kebajikan kita diterima serta menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa dan dilimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua.
"Antara tanda Kejayaan sesuatu pada akhirnya adalah dengan kembali kepada Allah pada permulaannya."
iCATS SPARK 2026