SRITI Attaqwa LUMUT

SRITI Attaqwa LUMUT

Share

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam At Taqwa (SRITI) Lumut kesinambungan daripada pra-sekolah dengan menggabungkan kurikulum KSSR (UPSR), PSRA& PRA Tahfiz

Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah (JPSR) adalah badan yang menggerakkan SRITI kesinambungan daripada pendidikan awal pra-sekolah PASTI

Photos from SRITI Attaqwa LUMUT's post 29/05/2026

🏹πŸ”₯
Maliq Naufal bin Zulkifli
atlet cilik bawah 12 tahun,
mewakili Negeri Perak πŸ’›πŸ–€

Selangkah demi selangkah menuju kejayaan,
membawa semangat, disiplin dan keberanian
ke pentas Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan Perlis 2026. ✨

Semoga setiap panahan tepat ke sasaran
dan setiap usaha membuahkan kebanggaan. πŸ’ͺ🏹

β€œWalau kecil usianya,
besar semangat juangnya.”

SELAMAT BERJUANG πŸ”₯🏹

20/05/2026

Program Celik Haji Sriti At Taqwa Lumut oleh Ustazah Terani

Photos from SRITI Negeri Perak's post 16/05/2026
Photos from SRITI Attaqwa LUMUT's post 16/05/2026

Alhamdulillah Tahniah!
Sekalung Penghargaan πŸŽ‰

16 Mei 2026, Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Asyraf bin Zainal Abidin daripada SRITI At-Taqwa Lumut di atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SRITI Malaysia Tahun 2026.

Pengiktirafan ini merupakan tanda penghormatan terhadap segala jasa, pengorbanan dan komitmen berterusan dalam mendidik anak-anak ummah serta memperkasa gerakan pendidikan Islam.

Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diberkati Allah SWT dan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik SRITI.

Semoga terus istiqamah mendidik generasi rabbani demi agama, bangsa dan negara.



11/05/2026

πŸ“š Selamat menduduki Penilaian Pertengahan Sesi 2026 buat seluruh murid SRITI AT-TAQWA LUMUT.
Semoga dipermudahkan urusan, diberi ketenangan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang. 🀲✨

07/05/2026

✨ Pendaftaran Tahun 1 sesi 2027 & 2028 kini dibuka!
Jom jadi sebahagian keluarga SRITI At-Taqwa Lumut 🀍

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

25/04/2026

Alhamdulillah, syukur atas pencapaian yang sangat membanggakan ini 🀍✨

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ilham Mukhlis bin Mohd Ijaz atas penyertaan dan usaha dalam kejohanan MSSM Wilayah Persekutuan Labuan. Dengan catatan masa 16:30s dan kedudukan 37/80, ini satu pencapaian yang sangat baik dan penuh makna πŸ’ͺπŸ”₯

Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini, latihan yang konsisten, disiplin yang tinggi dan semangat yang kuat akhirnya membuahkan hasil. Walaupun bukan di podium, keberanian untuk bersaing di peringkat ini sendiri sudah satu kejayaan yang besar πŸ‘

Terima kasih juga kepada jurulatih, guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan, doa dan dorongan tanpa henti. Semua ini adalah hasil usaha bersama 🀝

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh selepas ini. Teruskan berusaha, jangan berhenti, dan kita aim lebih tinggi lagi selepas ini insyaAllah 🎯πŸ”₯

Tahniah sekali lagi! πŸ’

25/04/2026

Alhamdulillah, syukur atas pencapaian anak-anak SRITI Lumut dalam MAIS kali ni 🀍

🏡️KEPUTUSAN PENCAPAIAN MAIS SRITI LUMUT🏡️

✨ Syarahan Bahasa Arab (L)
Muhammad Izz Zafri – πŸ… Tempat Keempat

✨ Syarahan Bahasa Arab 2 (P)
Mujahidah Zinnirah – πŸ₯‰ Tempat Ketiga

Tahniah semua! Bukan mudah untuk sampai tahap ini. latihan, usaha, berani naik pentas. semuanya bukan perkara yang mudah πŸ’ͺ

Terima kasih juga buat jurulatih, guru-guru, AJK dan ibu bapa yang sentiasa bagi sokongan πŸ™Œ

Menang kalah itu adat, tapi pengalaman dan keberanian tu yang paling mahal ✨
Teruskan usahaπŸ”₯

Tahniah semua! πŸ‘πŸ’



24/04/2026

kepada Allah kami berserah 🀲🏻 road to MAIS SRITI Perak πŸ”₯

Photos from SRITI Attaqwa LUMUT's post 24/04/2026

πŸ”₯ DEBARAN MAKIN MEMUNCAK! πŸ”₯

MAIS Kali Ke-8 SRITI Negeri Perak semakin menghampiri… dan bahang persaingan sudah mula terasa!

Pasukan SRITI Lumut tak datang kosongβ€”kami datang dengan semangat, usaha tanpa henti, dan keyakinan untuk memberikan persembahan yang TERBAIK! πŸ’ͺ✨

Setiap latihan, setiap pengorbanan, semua untuk satu momen ini. Kami bersedia untuk buktikan kemampuan kami di pentas nanti!

πŸ“… 25 Mei 2026
πŸ“ ILF Trolak

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan sendiri persembahan kami!
Sokongan anda sangat bermakna buat kami πŸ’›

Doakan kami berjaya, semoga setiap langkah dipermudahkan dan setiap usaha membuahkan hasil! 🀲πŸ”₯

Want your school to be the top-listed School/college in Lumut?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Lumut
32040

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 12:00
14:45 - 16:00