12/06/2026
Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka akan mengadakan kursus seperti di atas pada ketentuan berikut :
Tarikh : 20 Jun 2026 (Sabtu)
Pendaftran : 8.00 pagi
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Kolej Komuniti Bukit Beruang
Yuran Kursus : RM 250.00/ Seorang termasuk
(bahan kursus & sijil
penyertaan)
Jika berminat boleh menghubungi Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat di talian 06-2332806 /06-2332837 / 0126350746,
Tempat adalah terhad.
11/06/2026
10 Jun 2026, Kursus Micro - Credential Stand Alone - Pengenalan Mesin Jahit bagi modul MCSAJP03K004M1 & MCSAJP03K00M2 (Jenis-jenis Mesin Jahit & Cara pengendalian Mesin Jahit Industri) bertempat di Kolej Komuniti Bukit Beruang
Kursus ini telah di hadiri seramai 15 pelajar perempuan dari Pusat Tahfiz Baitul Hamalatul Quran
Objektif utama program ini adalah memberi pengenalan alat dan bahan dalam pengendalian mesin jahit dan cara pengendalian mesin jahit industri mengikut kaedah yang betul.
Penceramah : Cik Shabana binti Mohamad Yusoff
Pembantu : Pn. Norhaslina binti Shariff
Untuk maklumat lanjut berkaitan kursus pendek yang di tawarkan sila tekan link telegram di bawah
https://t.me/kursuspendekKKBBM
Telegram (https://t.me/kursuspendekKKBBM)
Kursus Pendek KKBBM
Group ini adalah medium sebaran maklumat berkaitan kursus yang di jalankan di KKBBM.
11/06/2026
๐๐ฅ KKBBM GEGAR FIRA 2026, RAIH PINGAT PERAK DALAM SUMO WARRIOR 1KG ๐ฅ๐
Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) telah membuktikan kecemerlangannya apabila berjaya meraih Pingat Perak dalam kategori Sumo Warrior 1kg pada 19th Malaysia FIRA Roboworld Cup 2026 yang berlangsung di Politeknik Kota Bharu, Kelantan dari 6 hingga 11 Jun 2026.
Kejohanan robotik bertaraf kebangsaan ini menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari institusi pendidikan seluruh negara untuk bersaing dalam bidang robotik, automasi dan inovasi teknologi. Dalam pertandingan tersebut, pasukan KKBBM telah menyertai dua kategori iaitu Sumo Warrior 1kg dan Sumo Warrior 3kg.
๐
Pencapaian Pasukan KKBBM
๐ฅ Pingat Perak โ Kategori Sumo Warrior 1kg
๐ 8 Pasukan Terbaik โ Kategori Sumo Warrior 3kg daripada 20 pasukan yang bertanding
Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, komitmen dan semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam kalangan peserta serta barisan pengurusan pasukan. Pencapaian ini turut membuktikan bahawa pelajar TVET mampu bersaing secara kompetitif serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran teknikal di peringkat kebangsaan.
๐จโ๐ซ Barisan Pengurusan dan Jurulatih
๐น En. Mohd Yuzi Bin Abdul Kadir โ Pengurus Pasukan
๐น Tn. Hj. Norasid Bin Majid โ Jurulatih 1
๐น En. Izhan Rezafy Bin Saat โ Jurulatih 2
๐ง Pegawai Teknikal Pertandingan
๐น Ts. Muhammad Zamani Bin Ismail
๐จโ๐ป Peserta (Sijil Teknologi Elektrik Semester 1)
๐น Joshua Jayaraj a/l Thamil Murugan
๐น Muammar Bin Mohd Sofi
๐น Muhamad Fikri Zikrullah Bin Sulaiman
๐น Muhammad Imran Bin Mohd Zuki
๐น Muhammad Fakhrullah Bin Yaman
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh pasukan atas dedikasi, disiplin dan kesungguhan yang telah mengharumkan nama KKBBM di pentas robotik kebangsaan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kolej untuk terus melakar kecemerlangan, memperkasa budaya inovasi serta menyemarakkan minat dalam bidang sains, teknologi dan robotik.
"Melakar Inovasi, Menjana Kecemerlangan."
11/06/2026
11.6.2026
Berlangsung Taklimat DH dan Ceupacs bersama warga kerja Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka
11/06/2026
๐๐๐ฅ๐ก๐๐ฉ๐๐ ๐ง๐ฉ๐๐ง ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
JOM sama-sama meriahkan Karnival TVET Negeri....
10/06/2026
๐ฃ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐๐ง๐จ๐๐จ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ฆ๐ ๐ ๐ฆ๐ง. ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ฆ
10 Jun 2026 (Rabu) - Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Francis Melaka Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka hadir pada Pameran Halatuju Kerjaya Bidang Kemahiran Peringkat SMK St. Francis.
Hadir sama pelajar Kolej Komuniti Kota Melaka yang memberikan perkhidmatan gunting rambut. Sekalung penghargaan kepada pihak sekolah dan Cikgu Jen atas jemputan dan memberi peluang kepada pihak Kolej berkongsi maklumat berkaitan KKBBM kepada para pelajar SMK St. Francis.