Pusat Kesihatan UTeM

Pusat Kesihatan UTeM

Share

This is the official Pusat Kesihatan UTeM page Pada 16 Oktober 2014, klinik pelajar telah diberi penjenamaan semula kepada PUSAT KESIHATAN.

Bermula pada hujung tahun 2015, Pusat Kesihatan dikendalikan oleh empat orang Pegawai Perubatan, seorang Pegawai Pergigian dan beberapa paramedik profesional yang terlatih. Ini adalah untuk memastikan perkhidmatan perubatan yang diberikan adalah terbaik dan selamat, agar seluruh warga UTeM dapat memberi tumpuan penuh kepada aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Fasiliti perubatan yan

Photos from Pusat Kesihatan UTeM's post 24/06/2026

24 JUN 2026

MAJLIS TERTINGGI KELAB RAKAN KESIHATAN (KRK) UTeM 2026/2027

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, saya mewakili Pusat Kesihatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka mengalu-alukan kehadiran seluruh barisan Majlis Tertinggi 2026/2027 ke dalam keluarga besar Kelab Rakan Kesihatan. Kelab ini bukan sekadar sebuah organisasi, malah merupakan platform untuk membentuk sahsiah, memupuk semangat kebersamaan serta menyebarkan kesedaran kesihatan dalam kalangan warga utem.

Semoga kepimpinan baharu ini dapat meneruskan legasi kecemerlangan yang telah dibina, membawa idea-idea segar, serta memimpin kelab ke arah pencapaian yang lebih gemilang.

Selamat datang dan selamat menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Jadikanlah pengalaman bersama Kelab Rakan Kesihatan sebagai medan untuk belajar, mengasah bakat kepimpinan, berbakti dan berkembang sebagai individu yang berilmu, berintegriti dan prihatin terhadap kesihatan komuniti.

"Bersama Menginspirasi Kesihatan, Bersama Mencipta Kecemerlangan."

Sekian.

24/06/2026

24 JUN 2026

JEMPUTAN KE SESI WEBINAR BUAL BICARA AMALAN HIDUP SIHAT: SERANGAN JANTUNG..SILENT KILLER!

Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Governan & Pengurusan Organisasi (BGPO), Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTeM akan menganjurkan program Webinar Bual Bicara Amalan Hidup Sihat: Serangan Jantung..Silent Killer!

Sehubungan dengan itu, Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menghadiri webinar ini pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh : 24 Jun 2026 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi
Penceramah : Dr. Mohd Al-Baqlish bin Mohd Firdaus
Pakar Perunding Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman
Applikasi : Microsoft Teams Meeting

Sekian, terima kasih

Photos from Pusat Kesihatan UTeM's post 23/06/2026

23 JUN 2026

PERBINCANGAN BERSAMA HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SYAH, UPM

Tarikh : 22/06/2026
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Alor Gajah & Jasin, Melaka

Photos from Pusat Kesihatan UTeM's post 23/06/2026

23 JUN 2026

AKTIVITI SEMBURAN KABUS OLEH UNIT VEKTOR PKD ALOR GAJAH

Tarikh : 16/06/2026
Masa : 5.30 petang sehingga selesai
Tempat : Fakulti Teknologi & Kejuruteraan Elektrik

19/06/2026

19 JUN 2026

Orang ramai dinasihatkan supaya meningkatkan langkah pencegahan denggi. Lakukan aktiviti gotong-royong bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes secara berkala terutama di persekitaran kejiranan, kawasan kebun komuniti dan lokasi tumpuan awam seperti premis ibadat, premis kedai atau kawasan taman rekreasi.

‼️ Setiap individu perlu memainkan peranan di lokaliti masing-masing termasuk di tempat kerja untuk memastikan risiko jangkitan rendah.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

19/06/2026

19 JUN 2026

BANTUT, KOGNITIF & AKADEMIK: Satu Hubungkait Kritikal Yang Panjang

Adakah anda sedar betapa kritikalnya hubungan antara nutrisi awal dengan keupayaan berfikir dan masa depan anak anda? 🧠✨

Kekurangan nutrisi dalam 1,000 hari pertama kehidupan boleh menyebabkan masalah bantut yang bukan sahaja menjejaskan tumbesaran, malah mengganggu perkembangan kognitif secara kekal.

βœ… Kesan Daripada Bantut:

πŸ‘Ά Kemerosotan kognitif yang serius.
πŸ“š Kesukaran menguasai kemahiran asas (matematik & bahasa).
❌ Keciciran pembelajaran di sekolah.
πŸ’Ό Peluang pekerjaan yang terhad & menjejaskan pendapatan apabila dewasa.

Kita tidak boleh memandang ringan isu ini. Masa depan anak-anak kita bergantung kepada keprihatinan kita hari ini. Ayuh, pastikan anak mendapat nutrisi yang cukup pada peringkat paling kritikal!

Jom tingkatkan kesedaran demi generasi masa depan yang sihat dan bijak. πŸ‘¨πŸ‘©πŸ‘§πŸ‘¦

Sumber : Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan

19/06/2026

19 JUN 2026

Tahukah anda?

Vitamin C boleh bantu badan serap zat besi dengan lebih baik. 🍊
Zat besi daripada makanan tumbuhan seperti bayam, kacang dal, tauhu dan tempe sebenarnya agak sukar diserap oleh badan.
Bila kita gabungkan dengan makanan yang ada vitamin C, penyerapan zat besi boleh meningkat.

Contoh mudah dalam hidangan harian:
πŸ₯— Salad kacang kuda + lada benggala + perahan limau
πŸ… Tauhu atau tempe + sambal tomato
πŸ‹ Dalca sayur + ulam + buah limau
Langkah kecil, tapi memberi manfaat besar untuk kesihatan. 😊

Sumber : Nutritionist Penang

19/06/2026

19 JUN 2026

Setiap pembelian adalah satu pelaburan. Sebelum membeli peralatan elektrik, semak dahulu Label Cekap Tenaga. Pilih peralatan dengan penarafan 4 hingga 5 bintang untuk penggunaan tenaga yang lebih cekap dan menjimatkan bil elektrik dalam jangka masa panjang ⭐

Label ini boleh didapati pada pelbagai peralatan elektrik seperti yang dipaparkan dalam visual. Jadikan ia panduan untuk membuat pilihan yang lebih bijak mengikut keperluan dan bajet anda ⚑

Sumber : TNB Careline

15/06/2026

15 JUN 2026

PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN KANAK-KANAK

Penjagaan kesihatan pergigian amat penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak.

Ibubapa perlulah cakna dalam menjaga gigi susu anak-anak pada usia seawal mungkin untuk memastikan pertumbuhan dan kesihatan anak dalam keadaan yang optimal dan baik.

Gigi sihat, senyuman ceria, masa depan gemilang🦷

AJK PERUBATAN,
TASKA & TADIKA AWLAD IMTIYAZ🌸

11/06/2026

11 JUN 2026

Ramai yang mungkin pernah melihat atau terbaca tentang kes mesin kisar yang terbakar sebelum ini. Walaupun tidak semua insiden berpunca daripada produk yang tidak mematuhi piawaian keselamatan, ia menjadi peringatan kepada kita untuk lebih berhati-hati ketika membeli peralatan elektrik.

Sebelum membeli, pastikan anda semak:
βœ… Label ST-SIRIM
βœ… Voltan yang sesuai dengan standard di Malaysia
Langkah kecil ini membantu melindungi rumah dan keluarga anda daripada bahaya elektrik 🏠

Jangan lupa kongsikan pesanan ini kepada keluarga dan orang tersayang ❀️

Sumber : Tenaga Nasional

Want your school to be the top-listed School/college in Malacca City?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


PUSAT KESIHATAN UTeM
Malacca City
76100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00